Pages
▼
Wednesday, July 1, 2009
Dr Zambry turun padang mendengar masalah rakyat
Dr Zambry sedang menulis sesuatu mengenai aduan dan masalah yang dibangkitkan rakyat
Cukup sesak kehadiran begitu ramai rakyat untuk bersemuka dengan MB Perak
KIRA-KIRA 2,000 orang bersesak di Arena Square Pengkalan Baru untuk bertemu dan membangkitkan masalah mereka bagi diselesaikan oleh YAB Menterii Besar Perak Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir pagi ini. Mereka bersesak di dewan sejak 9 pagi lagi.
Tidak seperti pakatan pembangkang yang hanya mempolitikkan masalah rakyat, pendekatan Dr Zambry ialah mendengar dan menyelesaikan masalah mereka “on the spot”.
Rakyat Perak sudah muak mendengar celoteh pembangkang yang hanya merengek-rengek seperti anak kecil yang mahu dimanja. Rakyat juga sudah jelek dengan hasutan, fitnah dan kritikan negatif yang dilemparkan oleh PAS, DAP dan PKR dalam ceramah-ceramah mereka.
Tadi juga saya menerima panggilan dari sekumpulan anak muda yang mahu menerbitkan filem dokumentari tentang keadaan di Perak. Filem yang dibuat untuk pesta Film For Freedom itu akan menyiarkan pandangan Dr Zambry tentang apa yang dikatakan sebagai kemelut politik di Perak.
Jawapan saya mudah, Perak tidak akan dilanda kemelut jika semua berpegang kepada prinsip asas demokrasi. Berkali-kali sudah diingatkan yang 28+3 adalah lebih besar dari 28, dan asas prinsip demokrasi menyebut golongan majority memerintah.
Selagi pembangkang, Dato Seri Nizar Jamaluddin serta rakan-rakannya tidak menerima kenyataan bahawa pakatan sudah kehilangan majoriti, selagi itulah Perak terus berkemelut.
Bagi Kerajaan Barisan Nasional, tugas sebagai pemerintah akan terus dilaksanakan dan rakyat terus diberi keutamaan.
Yang pasti kehadiran rakyat untuk bertemu Dr Zambry serta mengemukakan masalah mereka untuk diselesaikan dalam pertemuan dengan rakyat di Batu Gajah, Lenggong, Gerik, Slim River dan tempat-tempat lain termasuk di Pengkalan Baharu, membuktikan rakyat percaya serta mengesahkan Dr Zambry dan kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.
Sumber: Merentas Gelombang!
Komen PB
Perak bertuah memilikan pemimpin seperti Dr Zambry yang menjadi MB .Pemimpin seperti inilah yang menepati slogan Rakyat Didahulukan iaitu rajin turun padang dan berjumpa dengan rakyat .Jika dahulu nak salam dan cakap dengan Menter Besar cukup susah ,kini di mana ceruk,daerah ,kampung akan sampai la MB Perak Dr Zambry untuk melihat rakyatnya. Kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan bahawa rakyat Perak menyokong kepimpinan Dr Zambry dan ia juga menunjukkan kerajaan dahulu gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat. Mereka lebih sibuk berpolitik.lulus balak dan memberi tanah sahaja.
Syabas dan Tahniah Dr Zambry !!!
Salam Bro Pejuang Bangsa,
ReplyDeletePemimpin begini yang kita inginkan. Pemimpin harapan rakyat di dalam susah dan derita, bukan semasa pilihanraya sahaja.
Beruntung rakyat Perak mendapat seorang MB seperti beliau.
Tahnian YAB MB Dr Zambery. Beliau seperti YAB MB di negeri saya.
zedmagel
ReplyDeletePerak mmg beruntung memiliki Dr Zambry .Cemburu aku melihat negeri Perak yang mendapat Zambry sbg MB yang sentiasa turun padang menjengok rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.
CM PP nak tengok muka pun susah ..tengok di ceramah2 politik bolehla ,Itu pun tunggu Pilihanraya sahaja seperti PRK Penanti .