Selamat Hari Bapa
Selamat Hari Bapa untuk abah saya yang sekarang tengah bekerja di outstation .Kenapa saya meletakkan gambar lokomotif keretapi ini kerana saya dari kecil hidup membesar ,belajar di sekolah hingga ke IPTA hasil dari titik peluh abah saya bekerja sebagai Pemandu Lokomotif yang sudah lebih 28 tahun .Keretapi cukup sinonim dengan kehidupan saya sekeluarga ,dari kuartes keretapi kini kami sekeluarga mempunyai rumah sendiri hasil dari pengorbanan abah bekerja sebagai Pemandu Keretapi.
Jasa dan pengorbanan abah saya yang bekerja siang dan malam untuk membesarkan saya dan adik-adik tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih abah .
Adakah hari bapa (dan juga hari ibu) disebut dalam Al-Quran dan Hadith dan merupakan amalan orang Islam? Setahu saya, tiada hari bapa dan hari ibu dalam Islam. Dalam Islam, SETIAP HARI adalah hari ibu/bapa. SETIAP HARI kita wajib menyayangi, mengingati, menghormati dan mentaati ibu bapa kita. Kalau nak ikut logik pun, mengapa mesti kita tunggu hari ibu/bapa untuk mengingati mereka? Sekadar mengingat-ingatkan..... Kalau saya silap, harap maaf.
ReplyDeletesaya setuju dengan anda.. manusia ini kadang2 mudah lupa. Betul kalau ikut tidak semestinya kita tunggu hari bapa untuk wish kepada mereka.
ReplyDeleteTetapi sy ingin berkongsi juga dengan sdr iaitu bila saya sms hari bapa buat pertama kalinya ,abah saya reply
" terima kasih ,kamu semua anak yang menyenangkan hati abah "
sebelum ini sy tidak pernah pun ingat pun hari bapa dna tidak wish pun .Tidak semestinya juga kita perlu wish sayang bapa kita menunjukkan kita ingat dan sayang kepada mereka. Melalui cara menghormati ,mendengar cakap mereka, mentaati mereka sudah cukup membuatkan mereka bahagia dan gembira.
terima kasih sdr alizul atas nasihat anda. Sayangila ibubapa anda selagi mereka masih ada...