Pages

Monday, June 22, 2009

MPSP pilih bulu robohkan gerai peniaga Melayu


KEPALA BATAS 20 Jun – Beberapa peniaga kecil di Taman Bertam Perdana di sini kesal terhadap sikap ‘pilih kasih’ Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang merobohkan gerai mereka tetapi tidak mengambil tindakan ke atas peniaga lain yang turut melakukan kesalahan.

Peniaga terbabit mempersoalkan tindakan MPSP merobohkan gerai peniaga kecil tepi jalan seperti mereka tetapi pada masa sama membiarkan ratusan premis yang didirikan di atas jalan di banyak kawasan lain termasuk di Taman Chai Leng, dekat sini.

Menurut mereka, adalah tidak wajar MPSP merobohkan gerai peniaga berpendapatan kecil yang tidak berpeluang dan tidak mampu menyewa tapak gerai yang mahal tetapi ‘menutup mata’ membiarkan peniaga kaya meneruskan perniagaan walaupun menyalahi peraturan.

Peniaga yang juga orang kurang upaya (OKU), Mohd. Rosli Md. Isa, 33, berkata, dia terkejut apabila MPSP bertindak merobohkan gerainya semalam dengan memberikan notis kurang daripada 24 jam.

Menurutnya, dua penguat kuasa MPSP ada datang menghantar notis arahan meroboh gerainya kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan memintanya datang ke pejabat MPSP jika ingin membuat sebarang rayuan.

“Tapi belum sempat (buat rayuan), lebih 30 penguat kuasa datang robohkan gerai saya dan gerai rakan-rakan lain. Kalau datang seorang (penguat kuasa) sekalipun, saya tidak lawan sebab saya ini cacat, tapi itu bukan soalnya.

“Saya ingin tanya kenapa MPSP beria-ia mahu roboh gerai kecil saya ini sedangkan banyak lagi gerai yang buat salah tidak diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Mohd. Rosli yang cacat kaki kiri dan memakai kaki palsu memberi contoh bagaimana deretan premis perniagaan di Taman Chai Leng yang didirikan sehingga mengganggu lalu lintas dibiarkan beroperasi sejak bertahun-tahun lamanya.

“Tapi gerai kecil kami ini pula dirobohkan, kami bina gerai tepi jalan dan tidak kacau siapa-siapa. Pendapatan pula tidak seberapa berbanding mereka. Adilkah begitu?” katanya yang berniaga menjual air kelapa sejak dua tahun lalu.

Seorang lagi peniaga, Che Yam Edon, 52, mempersoalkan mengapa baru sekarang MPSP bertindak merobohkan gerai peniaga di situ yang sudah wujud antara dua hingga tiga tahun lalu.

“Mereka datang seolah-olah kami buat jenayah besar, sudahlah pendapatan tidak seberapa, habis segala barangan perniagaan rosak dan ada pula yang dirampas.

“Dulu tidak pula MPSP nak datang roboh dan orang-orang (penduduk) di sini tidak pernah merungut malah ramai yang datang membeli kuih- kuih saya,” tambahnya.

Peniaga kuih-muih, Bahari Osman, 59, pula berkata, sepatutnya MPSP memberi peluang kepada peniaga di situ kerana mereka dalam proses untuk mendapat kebenaran berniaga secara sementara di kawasan itu.

sumber : www.utusan.com.my

Komen PB

Saya cukup kesal dengan tindakan MPSP ini yang baru sahaja menerima YDP MPSP yang baru merobohkan gerai mereka dengan zalim dengan memberi notis tidak kurang 24 jam .Saya setuju dengan kenyataan mereka ini ,tidak dinafikan kalau kita lalu di Taman Chai Leng Park ,deretan banyak penjaja berniaga di tepi jalan yang menganggu jalanraya . Kenapa MPSP memilih kawasan penjaja untuk dirobohkan di Bertam ini dan tidak melakukan tindakan yang sama di Taman Chai Leng mahupun di sekitar Kubang Semang ? Kerana di Bertam ialah kawasan Parlimen BN iaitu Kepala Batas manakala Taman Chai leng ialah kawasan majoriti pengundi Cina dan di dalam Parlimen Bagan . Adakah mereka ini menjual air kelapa dan kuih telah melakukan jenayah berat sama seperti membuka pusat perjudian sehingga MPSP sanggup meroboh dan merampas barang mereka. Yang jelas dan nyata Melayu Pulau Pinang akan terus dipinggirkan.. ..

3 comments:

  1. Padanlah muka-muka hangpa. Dulu dok pangkah Pakatan Pembangkang kunun nakkan perubahan. Tu! perubahanlah tu. Kalau dah tak suka, nanti PRU-13 tukaq balik kat BN. (Sapa makan cili, dia rasalah pedasnya!!!)

    ReplyDelete
  2. orang melayu pulau pinang harus pikiaq semula balik . kita golongan minoriti di PP jadi kita perlu bersatu . jika kita berpecah jadi seperti inilah ..melayu akan terus ditindas oleh Lim Guan Eng

    ReplyDelete
  3. Memang betul padan muka puak2 Melayu yang dok sokong Cina kiasu DAP dan melayu PKR pembelot.

    Marahkan nyamuk bakar kelambu... menang sorak kampong tergadai... padan muka hangpa.

    Aku pun anak Penang sejati ada perasaan tapi taklah bodoh macam Melayu Penang lain yang gatal sokong pembangkang.

    Nak tergelak tengok muka Melayu Penang yang dok sungguh2 sokong LGE dan DAP tapi lani dok merungut.

    Yang dok sokong PAS pun bangang juga... macam kena cucuk hidung ikut je kata Nik Aziz yang berlagak pandai tapi dok jual Melayu kat cina.

    Tau tak satu rahsia... Orang Inggeris dah tulis buku dan kata kalau nak kalahkan orang Melayu senang je... bagi Melayu lawan Melayu. Sogok depa dengan wang, harta, pangkat, keseronokan pasti mereka akan lupa diri .Bila orang agama pun lawan Melayu... maka hancurlah empayar Melayu...

    ReplyDelete