Pages
▼
Thursday, February 12, 2009
Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat Tuanku" 19 Februari Ini
Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 19 Februari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi untuk menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan konstruktif bagi menyatakan sumpah taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Beperlembagaan.
Jelas beliau pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai golongan masyarakat, termasuk kelompok profesional, bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan dan seni pertahanan diri diseru untuk menyertai perhimpunan terbabit.
"Adalah menjadi harapan Pemuda BN bahawa perhimpunan ini akan menjadi satu indikator kepada seluruh masyarakat bahawa kita semua boleh berpolitik dan berbeza pandangan dengan mana-mana pihak termasuk dengan pihak istana sekalipun tetapi ianya tidak boleh melampaui batasan susila.
"Kesedaran bahawa hukum perundangan adalah hukum yang sah dari segi perlembagaan adalah perlu tetapi jatuh letak sesuatu pihak dalam usaha mengheret institusi raja ke ruang pengadilan hanya kerana dibayangi oleh sentimen politik dan kuasa adalah sesuatu yang dangkal dari segi nilai dan pemikiran.
"Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan menjadi amalan kita kerana dibimbangi berkecenderungan akan menjadi satu budaya", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Justeru tegas baliu perhimpunan tersebut berpendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan-sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan.
"Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak mutakhir agar rakyat dapat melihat semula secara lebih positif hubungan harmoni antara Istana dan rakyat dengan berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negara berperlembagaan dan rakyat bersultan.
"Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama", ujarnya.
Beliau berkata senario politik terbaru di negeri Perak ternyata telah membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini.
Institusi raja yang selama ini dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat yang terbanyak tambahnya telah mulai dilihat sebagai sebuah institusi yang negatif oleh kelompok-kelompok rakyat yang tertentu.
"Tindakan-tindakan yang dilakukan bermula dengan demonstrasi dan akhirnya ke peringkat menyaman terhadap Ke bawah DYM Sultan Perak telah menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat tentang institusi raja dan perundangan.
"Persepsi negatif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu ini, ternyata sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencalar dan memalukan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Malaysia ini", ujarnya.
pemudaUMNO.org.my
komen PB
Syabas kepada Ketua Pemuda UMNO Dato Seri Hisyamuddin dan kepimpinan Pemuda UMNO yang mahu menganjurkan Perhimpunan Menjunjung Setia Daulat Tuanku di PWTC minggu hadapan tatkala sekelompok bangsa Melayu sendiri menyokong Karpal dan Nizar menderhaka Sultan Perak . Di masa inilah pemimpin Pemuda UMNO harus menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kita membela bangsa kita yang sedang dihina sekarang .Saya sedih melihat hanya beberapa pemimpin Pemuda UMNO seperti YB Khairy ,Datuk Azeez ,Zainol Fadzi ,Datuk Reezal Marican yang berani bangun menentang Karpal da Nizar yang telah menghina Raja kita . Ke mana hilangnya suara calon-calon lain seperti Muhkriz ,Khir ,dan calon-calon Exco lain ?? Pada 19 Feb ini kita harap semua pemimpin Pemuda UMNO dapat bergabung dan berganding bahu bersama-sama mempertahankan daulat Raja dan bangsa Melayu. Hidup UMNO !!
Kerabat Kedah cadang Karpal diharam ke Perak
ReplyDeleteALOR SETAR: Persatuan Kerabat Di Raja Kedah (PKDK) mencadangkan supaya Pengerusi DAP, Karpal Singh diharamkan daripada menjejak kaki ke Perak kerana kebiadabannya terhadap Sultan Azlan Shah.
“Raja-raja Melayu Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri bagi menggantikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.
“Tindakan Karpal adalah satu teladan yang tidak bertamadun dan ia dikhuatiri menjadi ikutan serta virus kepada individu yang mudah terpengaruh dengan hasutan sebegini,” kata Tengku Zainol.
Pelbagai laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi DAP itu kerana didakwa menghasut.
Beliau meminta Karpal Singh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Perak. — Bernama
Patik Menjunjung Kasih Tuanku Baginda Sultan, sembilan Raja-Raja Melayu...Takbir!...Allhuakbar! Daulat Tuanku! Hidup Melayu!
ReplyDelete19 februari ni dari jam berapa sampai jam berapa?
ReplyDelete19 February ini dari jam 8.00 pm ..insyaalah saya akan ke sana ,kalau tak ada trip Pemuda UMNO bahagian ,saya akan pergi sendiri ke KL ..
ReplyDeleteDaulat Tuanku!!
bagus mcm tu pejuang bangsa....
ReplyDeleteini lah semangat yg kita mahukan... kalo xde trip..bleh pegi sendiri.. jgn tunggu org sediakan duit poket..mkn minum..bas barulah seluruh org2 kg mau pergi...
syabas..... hari2 keluar citer pasal Nizar/PR/Karpal derhaka ni... tp aku duk heranlah.. Derhaka celah mana beb?adakah Bank yg saman arwah sultan dulu juga diharamkan berada di N9 dan seluruh malysia?Owner bank disaran ditangkap ISA?dikatakan anak haram?melanggar kesucian kedaulatan raja2 melayu??
TV singapore..TV thailand.. TV indon semua keluar pasal kehairanan perlembagaan kita yg suci lagi murni ini... hahahaha.. betul ke?
Islam hadhari sesat lagi menyesatkan
salam?
ReplyDeletemacam aku ada tau d kl time tu..uhuh aku pun mau p jugak.
joe chanker
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan saudara ..aku pernah pergi Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu anjuran Majlis Profesional Melayu tahun lepas juga dengan duit poket sendiri .malah Datuk-datuk yang aku jumpa di sana menghargai usaha aku yang atas usaha sendiri datang berlainan dengan peserta lain yang kebanyakan wakil NGO dan persatuan
aku tidak kisah semua itu kerana yang lebih penting perjuangan membela bangsaku ..
Antara penderhaka yang harus ditentang habis-habisan. Bukan fakta tapi auta, malah sesat dan terpesong. Fikirannya sempit, mengelirukan, sesat yang menyesatkan. Manusia yang kecewa kerana dirinya gagal dan lemah. Tersepit antara kehendak dunia semata. Tiada semangat dan keikhlasan dan tiada arah tujuan...http://mt.m2day.org/2008/content/view/18060/84/
ReplyDeleteInipula penderhaka ke-2 yang dikenalpasti. Malah lebih teruk masalah dalaman jiwanya. Benar-benar sakit jiwa rasanya. Pakar-pakar IT mungkin boleh mengesan daripada mana mereka ini dan siapa mereka sebenar untuk ditempatkan di Hospital Tampoi atau Tg. Rambutan. Penderhaka besar ni, bukan kepada Sultan sahaja, malah pada tanahair ini. Jalur Gemilang diterbalikan..Kira pengkhianatlah...http://nangbonangkuibokui.blogspot.com/
ReplyDeleteencik fahd... saudara pernah x tgk gambar artis melayu kita pakai baju ala2..seksi gitu... tp baju itu dr bendera malaysia....
ReplyDeletealaa.. ape ade hal kan... itu namanya semangat demokratik... sayangkan negara.. dibuatnya baju sedemikian rupa....
pernah tgk movie musang berjanggut x?filem p.ramlee tu.. haha mcm2 ada kat situ.....
antara skrip yg paling best.. antara bini p.ramlee tu dengan datuk nikah kawen.....
ape2 pon.. islam hadhari itu sesat dan menyesatkan.....
saya menulis tanpa dibayar
ReplyDeletekepada sesiapa yang menuduh bahawa penulis pro-kerajaan itu dibayar.. hakikatnya tidak... KARMA akan membuatkan SELURUH KETURUNAN ANDA MENJADI PELACUR demi wang..
terima kasih..
selamat mendidik keturunan anda..