Pages
▼
Friday, February 13, 2009
Jangan biadab - titah Sultan Selangor
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.
"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak barubaru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini.
Dalam kenyataan tiga muka surat itu, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebih-lebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga Diraja kedua-dua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.
Menurut baginda, Sultan Azlan Shah dikenali sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu serta berpengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sesuai dengan kedudukan Sultan Perak itu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.klik di sini
Sultan Selangor juga telah murka dan Siapa yang derhaka yang dimaksudkan oleh baginda ??
1. Anwar Ibrahim
2. Nizar Jamaluddin
3. Karpal Singh
4. Konco2 Pakatan Rakyat seperti Ngeh ,Nga ,
4. Penyokong taksub Pakatan
SMUA SKALI...KALAU NAK BUEK APO2 TINDAKAN..KONOLAH BERTOMPEK SKIT.
ReplyDeleteKALAU TAK KAU TERIMOLAH PADAH NYA.
beb..ade berita biadap.... betul ke atau tidak..ntahlah.....
ReplyDeletetp sekadar buat bacaan dan pengetahuan.... islam hadhari itu sesat dan menyesatkan.... x jugak2 sultan bertitah sebegitu....
http://isuhangat.blogspot.com/2009/02/sultan-ceraikan-sultanah-talak-tiga.html
Masa insiden sepanduk 'NATANG' di Trengganu kepada Yang Di Pertuan Agung sedikit masa lalu, takde pulak kecoh-kecoh hal derhaka.
ReplyDeletePemimpin dan pencacai yang bawa sepanduk tu tak de pulak yang dicadang, didakwa, dan dikenakan di bawah akta hasutan dan I.S.A.
Ini lah antara semangat malaysia BOLEH.
berita begini..sengaja dihebohkan... agar menunjukkan "derhaka"nya itu... agar rakyat melupakan tragedi pertukaran kuasa yg tidak mengikut perlembagaan dan melupakan Si SPR menolak permohonan PRK....
ReplyDeletepadahal.. kes sebegini.. pernah berlaku kt kelantan suatu masa dulu... walaupon kes kt kelantan itu..dibawa ke mahkamah....PRK ttp dijalankan kerana itu bidang mereka[SPR]..
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan........
isu Natang ini bukan ditujukan kepada Sultan tetapi kepada Datuk Ahmad Said ...isu Natang itu sudah selesai dan UMNO mengikut keputudan Raja ..ini berlainan dgn Nizar dan DAP yang menderhakan Raja ...
ReplyDeletenatang itu untuk mat said?hahahaha...
ReplyDeleteisu natang dah selesai?hahahahaha...
cukup mudah... cukup mudah... haha.. bila isu derhaka ni muncul... mcm2 citer yg aku dpt tau.....
kes anuar musa ngan sultan kelantan laa.. kes individu tu buat lari anak sultan..kt siam laa.. sekarang dh cerai pon...
kes.. sultan bernazar x nak cukur janggut la... selagi mb tu..x letak jawatan la...
kes.. kena saman ngan bank la.....
kes gamuda sdn bhd laa...
adik najib n anak sultan perak kt cimb la....
masterskill kolej laa...
mcm2 laa... mukriz pon sama gak.. kedaulatan sultan mesti kita sanjung.. haha ape budak ni dh lupa sape itu mahathir?hahaha
tapi PAS x pernah pon samasekali.. lawan sultan.. cuma kes kat perak.. kita mau lawan org yg bodohkan sultan.....
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan....