Pages

Saturday, February 28, 2009

Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar



BUKIT MERTAJAM: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.
Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung.

Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

sumber - Berita Harian

komen PB

Ini lah sistem pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz jelmaan PAS yang dipelopori LGE.Tidak sampai setahun ulangtahun pemerintahan ala CAT ,rupa-rupanya CAT itu sendiri tidak diikut oleh pemimpin kerajaan negeri . CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!

Hujung tahun lepas dan awal tahun ini , Pejabat Tanah dan Daerah dengan MPSP telah melakukan operasi di seluruh kuari di PP bagi mengutip semula hasil royalti batu untuk hasil kerajaan negeri setelah beberapa lama tidak menerima daripada syarikat tersebut .Kadar Royalti ini bergantung kepada kapasiti pengeluaran Crusher tersebut dan jika banyak pengeluarannya maka royalti juga bertambah . Mungkin operasi yang dilakukan ini telah berjaya mengbongkarkan penyelewengan yang dilakukan oleh 2 orang pemimpin PKR ini seperti yang didakwa oleh Ahli Majlis MPSP itu . Menariknya mengenai Pulau Pinang ini walaupun negeri kecil tetapi jumlah kuarinya juga antara yang terbanyak di Malaysia .

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ..

Friday, February 27, 2009

Antara Berani Berubah ke Berubah Berani


Oleh Zainal Yusof


MELIHAT Saudara Khairy Jamaluddin di barisan depan Pergerakan Pemuda Umno, hati kecil saya berkata; “Pemuda Umno seperti berada di zaman Harun Idris, Jaafar Albar dan Najib Tun Razak.”

Pemuda Umno betul-betul menjadi sayap parti yang tiba-tiba berubah. Ia berubah bukan seperti orang yang suka berubah-ubah, seperti sumpah-sumpah tetapi ia berubah kerana selama ini, seperti ada satu kerinduan datang, mahu melihat Pemuda Umno betul-betul mempunyai semangat setiakawan dan berubah dari penakut kepada berani.

Keberanian mereka, bukan setakat ditunjukkan di depan Karpal Singh yang mengelarkan dirinya ‘Singh is King’ tetapi keberanian sebenarnya Pemuda Umno bersama-sama Khairy Jamaluddin ialah mempertahankan Raja-Raja Melayu, sebelum ini Khairy Jamaluddin juga mempunyai keberanian berdepan dengan sesiapa sahaja, termasuk Pas (Husam Musa), Salahuddin Ayub (Pas) dan pimpinan Siqiu dan sebagainya sebelum ini hingga menyebabkan orang lain cemburu.

Sebenarnya ‘sicelaka’ Karpal Singh ini terlalu kecil bagi Khairy Jamaluddin tetapi disebabkan Khairy Jamaluddin ini seorang yang terpelajar, pandai beradat dan tidak mahu menunjukkan kebiadapan kepada seorang Ahli Parlimen, maka cabarannya supaya Karpal Singh membuktikan bahawa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru kepadanya secara penuh hemah!

Inilah sebenarnya karisme. Ia bukan boleh dibuat-buat tetapi ia sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka yang layak. Kecaman dan kutukan Pemuda Umno terhadap tuduhan Karpal Singh bahawa pergerakan itu menghantar dua peluru bertujuan menggugutnya serta memberi tempoh 24 jam untuk peguam itu membuktikan dakwaannya.

Sambil menyifatkan perkara itu tuduhan liar, gila dan berniat jahat, Naik Ketua Pemuda Umno itu mencabar Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengemukakan bukti.

“Karpal penakut kerana membuat kenyataan itu dengan berselindung di sebalik kekebalan dalam Dewan Rakyat. Tuduhan itu berat serta mencabar maruah dan intergriti Pemuda Umno, sekaligus membangkitkan kemarahan 700,000 ahli dari seluruh negara.

“Jika beliau gagal menunjukkan bukti dalam tempoh 24 jam, secara otomatik rakyat boleh membuat kesimpulan Karpal penipu yang ketandusan modal dan hilang kreadibiliti serta kewarasan.

“Kami memintanya memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak reti (faham) makna taubat dan mengaku salah,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen Khamis lalu.

Hadir sama lebih 30 ahli Pemuda Umno seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.

Inilah sebenarnya potensi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Inilah yang diharapkan menjadi pilihan perwakilan Pemuda. Seorang AJK Umno dari salah satu bahagian di utara tanahair ketika di temui di PWTC berkata, ketika saya mengkagumi kebolehan dan kemampuan Khairy Jamaluddin, saya juga mengharapkan Pemuda Umno turut mengkaguminya.

Ahli Parlimen Rembau ini bukan sahaja bergaya dengan slogan untuk bertanding sebaliknya membuktikan beliau benar-benar menjadi ikon kepada Pemuda Umno dari seluruh pelusuk tanahair, membuktikan karisme, berpendidikan, berani, berketerampilan, tegas tetapi dalam masa yang sama, mempunyai semangat setiakawan.

“Biasalah. Bila beliau cerdik, berani dan berkemampuan, akan datanglah fitnah dan serangan dari mereka yang mencemburuinya. Malanglah kalau Pemuda Umno tidak memilihnya menjadi Ketua apabila peluang memilih itu datang,”
tegasnya ketika menonton Berita TV3 jam 1.30 di Riverside Café PWTC.

Khairy Jamaluddin sebenarnya dilihat berani kerana ‘berani mempertahankan kebenaran’. Itulah sebabnya, ketika menjadi penalis program Hujah TV9 di Dewan Bahasa dan Pustaka, keberanian Khairy Jamaluddin mempertahankan Umno dan kerajaan dilihat ‘keberanian yang tidak menjadikannya popular’.

Sedangkan dua lagi penalis, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula terus menerus menyalahkan Umno dan kepimpinan sedangkan mereka berdua terpilih menjaid calon dan menang pilihan raya lalu kerana pilihan dari pemimpin dan mewakili parti yang mereka salahkan itu.

Ketika Dr. Mohamad Khir Toyo menyerang Umno, kononnya Umno perlu berubah, sedarkan dia bahawa kerana dia tidak mahu berubahlah yang menyebabkan pengundi di Selangor menolak BN. Ketika Mukhriz menyerang kepimpinan, sedarkan dia bahawa kepimpinan yang dia serang itulah yang meletakkan dia bertanding dalam pilihan raya dan kerosakan yang berlaku dalam Umno hari ini adalah legasi Dr. Mahathir yang terlalu lama ‘berkuku’ dalam Umno.

Sedarkan Dr. Mohamad Khir Toyo, Anwar Ibrahim yang menjadi musuh Umno hari ini adalah ‘ikon’ dia ketika dia baru-baru menjadi ADUN dan belum dilantik menjadi Menri Besar Selangor, ada orang nampak kelibatnya di sekitar Masjid Kampung Baru ketika reformasi sedang bergema di Kuala Lumpur setiap Sabtu.

Ketika Mukhriz membawa slogan ‘berani berubah’ hanya sebagai slogan dan retorik, Khairy Jamaluddin pula melakukan sesuatu yang dilihat ‘berubah menjadi berani’ dengan meletakkan slogan Setiakawan di depan.

Maruah Pemuda Umno dipertahankan Khairy Jamaluddin dengan membawa Pemuda Umno berhimpun di Ipoh bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Perak yang digugat mereka yang biadap dan mahu mempersoalkan kuasa yang ada pada Baginda.

Beberapa pemimpin Pas cuba membuka cerita lama kononnya Umno mempelopori semangat tidak setia kepada Raja-Raja tetapi mereka lupa, bahawa institusi Raja-Raja menjadi semakin dihormati ketika Umno/BN memerintah tetapi jika kuasa ini terlepas ke tangan mereka, mereka akan membawa cerita baru… semua manusia adalah serupa sahaja walaupun mereka dari keturunan Raja.

Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..


Nizar tetap enggan serah kereta MB
Feb 27, 09 2:53pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.( MAKLUMAT APA LAGI ,HAIRAN PERASAN LAGI DIA MENJADI MB DAN NIZAR DAN KENA PENYAKIT GILA MEROYAN JADI MB )

Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.

KOMEN PB

Biarlah Nizar ini guna Kereta Camry kesayangnya itu ,patut la mereka kalut sangat nak tukar kereta dari Perdana ke Camry kerana Camry ini memang idaman Nizar .Muka dia memang muka tak tahu malu langsung .


pautan


Bekas MB Pas yang kemaruk Camry

Thursday, February 26, 2009

Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak



kemaskini 11.04 pm

Kabinet batal kenaikan tol di lima lebuh raya
27/02/2009 4:30pm

Oleh Zulkifli Jalil

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. – Utusan


Kadar tol di lima lebuh raya dinaikkan bermula 1 Mac
26/02/2009 11:50am

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. - Bernama


Saya memang terkejut dengan kadar kenaikan tol di PLUS ,SPRINT,AKLEH ,NPE dan Besraya bermula 1 mac (AHAD ini ) .Memang waktu yang dipilih terlalu cepat dan terburu-buru dilakukan . Adakah dengan memahsuhkan 2 tol di Lembah Klang oleh Zin Mohammad baru-baru ini boleh dijadikan pampasan untuk rakyat dengan menaikkan harga tol di 5 lebuhraya lagi .

Sebentar tadi juga Pak Lah juga memberi komen mengenai kenaikan tol ini dan minta Kabinet kaji semula kenaikan tol ini

PATTAYA 26 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini hari ini. klik di sini


Kita berharap Pak Lah dapat mengkaji semula kenaikan tol ini yang diumumkan oleh Zin Mohmmad dalam mensyuarat kebinet akan datang agar tidak membebankan rakyat yang sekarang ini dihimpit oleh krisis ekonomi global ,penganguran pekerja dan harga barang meningkat .

Sebenarnya kenaikan kadar tol ini memang menguntungkan syarikat-syarikat konsesi sahaja seperti PLUS yang memang dari tahun lepas meminta kerajaan menaikkan harga tol .Apakah wajar kenaikan harga tol ini ??? harga bitumen untuk tar sudah turun dan kos maintenance dan baik pulih jalanraya sudah turun , jadi apa lagi PLUS ini hendak?? jangan kerana mahu mengejar PROFIT dan meningkatkan KPI company sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat yang dihimpit beban jika kadar tol ini dinaikkan .

Kesan kadar tol naik

1- harga tambang bas ( sekolah ,ekspress ,persiaran ) naik
2- harga kos pengankutan naik menyebakan
3- harga barang juga naik
4- bila musim perayaan ,kesian kepada rakyat yang terpaksa pulang ke kampung membayar kadar tol yang tinggi

Pemuda UMNO perlu bertindak mengenai hal ini dan suara2 wakil rakyat di Parlimen juga tidak bersetuju dengan tindakan menaikkan harga tol ini . Memetik ucapan dari calon Ketua Pemuda UMNO yang bercakap Pemuda perlu membawa suara rakyat ,inilah masanya Pemuda UMNO perlu menjadi SUARA RAKYAT dan menentang kenaikan kadar tol ini.

Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )


PEMUDA UMNO MALAYSIA





Kerana mulut badan binasa.

Gara-gara menuduh Pemuda UMNO celaka, pengerusi DAP Karpal Singh, petang Khamis hampir menerima padah apabila sekumpulan pemimpin UMNO Selangor menghalang beliau masuk ke bangunan Parlimen selagi belum minta maaf.



Insiden kekecohan itu berlaku di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri itu sudah bersedia setengah jam sebelum itu menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sampai bagi sessi petang sidang Dewan Rakyat.





Walaupun hujan dan sebahagian mereka basah, kumpulan itu terus meluru ke arah Karpal yang baru tiba dan menaiki kerusi roda untuk menuju lif fi lobi menara tersebut.

Beberapa pemimpin Pemuda terbabit kemudiannya meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" di dalam dewan, Rabu dan meminta pemimpin DAP itu mengulanginya.

Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terus mendesaknya.



Ketika kekecohan itu, beberapa ahli parlimen yang dimaklumkan insiden tersebut, meluru ke arah kumpulan Pemuda UMNO dan hampir mencetuskan ketegangan.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara tersebut.

Namun, keadaan panas semula apabila anak Karpal, Gobind Singh Deo turun dari Parlimen dan mencabar Pemuda UMNO Selangor berdepan dengannya.

Cabar mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.

Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing dan Ketua Pentadbiran Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria serta Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Datuk Omardin yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda UMNO celaka.

“Pemuda UMNO Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani mengulangi apa dia sebut semalam depan 13 ketua pemuda UMNO bahagian,” tegasnya.

Menurut beliau, terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu.

“Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara. Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat,” katanya.

Katanya, Karpal memulakan perkara ini dan beliau perlu menamatkannya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Md Salleh Engku Jamal berkata, Pemuda UMNO Selangor sanggup mati bagi mempertahankan maruah orang Melayu dan parti UMNO.

“Karpal kata Pemuda UMNO celaka bermakna dia juga mengatakan orang Melayu juga celaka,” katanya.- 26/2/2009

agendadaily



Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal Singh- KJ

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP, dalam Dewan Rakyat semalam.

Tuduhan beliau bahawa Pemuda UMNO bertanggungjawab atas kiriman peluru pistol padanya adalah satu tuduhan liar, gila dan berniat jahat serta telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli Pemuda UMNO Malaysia.

Perkataan celupar, kesat dan “unparliamentary” yang diguna dan dilontarkan kepada Pemuda UMNO juga membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertamaddun, tiada adab, kesopanan, kelas dan
kualiti.

DAP sering membangkitkan isu “Parlimen kelas atau tahap dunia pertama”. Namun, tindakan Pengerusinya itu jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen yang langsung tiada kelas.

Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan.

Kami tidak akan membuangkan masa dengan meminta beliau memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa tindakan ahli-ahli kita yang telah membuat laporan polis terhadap Karpal yang berjumlah lebih dari 100 laporan, mencerminkan perasaan majoriti rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak ke mahkamah.

Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda UMNO ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis berkenaan yang dibuat sebelum ini.

Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda UMNO yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat. Pemuda UMNO tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kemaslahatan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.

Sumber : REMBAU.NET

Komen Pemuda

"Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh pergerakan Pemuda Umno sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya,"klik di sini
Datuk Muhkriz Mahathir

"Kita sudah cukup bersabar dan kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap biadap Karpal Singh yang terus celupar mengeluarkan kata-kata mengguris perasaan kita.Hari ini kita mahu dia (Karpal) ulangi kenyataannya semalam di dalam Parlimen dan meminta maaf namun dia takut untuk melakukannya di luar Parlimen", kata Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal.

Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka.” Itulah kata-kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam

komen PB

Saya sebagai Ahli Pemuda UMNO melihat gelagat Karpal celaka ini yang bercakap dalam Parlimen dan mengata Pemuda UMNO celaka memang kurang ajar ,biadap dan memang tidak sedar diri dia itu OKU . Ini bukan cerita Hindustan dengan main ugut guna peluru dan mungkin lakonan beliau untuk tunjuk simpati terhadap dirinya. KJ mewakili Pemuda UMNO sudah cabar Karpal ini kemukakan bukti kukuh jika Pemuda terbabit dengan peluru ini dalam masa 24 jam . Jika tiada jawapan balas dalam masa 24 jam memang dasar penipu /pembelit /penderhaka adalah kata-kata paling baik kepada pemimpin seperti ini . Kekecohan di Parlimen siang tadi oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian Selangor ini jelas menunjukkan Pemuda kini akan bangkit dengan semangat dan iltizam yang tinggi untuk tidak sanggup lagi melihat dihina malah Raja Melayu kita sendiri sanggup mereka menderhaka .Pemuda UMNO perlu berani seperti seekor Sang Harimau Malaya untuki mengaum semula !! Hidup Pemuda UMNO !!


link

Gambar Pertunjukan Sarkas Di Parlimen

Wednesday, February 25, 2009

Jangan korbankan Khairy kerana persepsi


Apabila saya membaca ruang rencana di Utusan Malaysia hari ini ,saya tertarik dengan padangan dari pembaca dari Sg Petani yang mengulas tulisan Feriz Omar dalam Utusan beberapa hari lepas. Saya tahu Prowaris pimpinan Feriz sememangnya penyokong kuat Muhkriz dan Tun Mahathir dan sejak Mac 2008 dan mereka banyak menganjurkan forum pasca pilihanraya di seluruh negara dan mengkritik kerajaan pimpinan Pak Lah . Kalau hendak memberi pandangan dalam media cetak seperti Utusan ,selaku pemimpin NGO seharusnya berpandangan neutral dan jangan mengkritik pemimpin lain jika anda menyokong muhkriz pun .


Jangan korbankan Khairy kerana persepsi

SAYA tertarik untuk mengulas tulisan saudara Feriz Omar dalam Utusan Malaysia, semalam yang memaparkan mengenai perebutan jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

Sebenarnya adalah menjadi hak Feriz untuk menyokong sesiapa termasuklah kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Sebagai seorang pemerhati politik saya berpendapat, adalah tidak wajar jika kita hanya menilai kemampuan seorang calon sahaja.

Dalam soal ini, secara terus-terang saya katakan bahawa dari segi karisma dan kemampuan untuk mengetengahkan suara generasi muda, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga dilihat lebih layak.

Adalah tidak wajar jika Feriz menggunakan ayat ''Walaupun Khairy dan Mohd.Khir dapat menepis tanggapan ramai terhadap mereka, peringkat akar umbi sememangnya mengenali siapakah mereka sebenarnya.''

Kita tidak tahu maksud di sebaliknya ayat ini tetapi apa yang diharapkan sebagai seorang yang memimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Feriz perlu bertindak neutral dan tidak terlalu mencampuri urusan pertandingan dalam UMNO.

Biarlah ahli-ahli Pemuda menilai dan memilih siapa yang mereka mahu. Namun dalam keadaan UMNO berhadapan dengan cabaran yang begitu hebat termasuklah berusaha meraih sokongan generasi muda, adalah lebih baik kemampuan setiap calon yang bertanding bagi jawatan ketua Pemuda dinilai sejujur-jujurnya dan bukannya berasaskan kepada persepsi.

Pada pendapat, saya berbanding dengan calon-calon lain, Khairy adalah satu-satunya calon yang sering sahaja menjadi mangsa persepsi tidak baik. Malah apabila BN mencatat keputusan buruk dalam pilihan raya umum lalu pun nama Khairy dikaitkan.

Persoalannya kenapakah orang seperti Feriz hendak mengikut rentak pembangkang dalam menilai Khairy. Kenapakah perlu Khairy hanya dilihat dari sudut negatif? Kenapa tidak kita melihat banyak lagi kelebihan yang ada kepada Khairy?

Jika diperhatikan, Khairy sememangnya seorang pemimpin muda yang tidak disenangi oleh pembangkang kerana beliau dilihat begitu lantang dalam memperjuangkan nasib orang Melayu. Cadangan menambah kuota biasiswa dan sentiasa ke hadapan dalam mengetengahkan isu-isu melibatkan orang Melayu adalah kelebihan beliau.

Pembangkang sememangnya mengharapkan karier politik pemimpin seperti Khairy berakhir dan cara terbaik ialah memastikan beliau tewas dalam pemilihan Pemuda bulan depan. Oleh itu dalam keadaan UMNO memerlukan pemimpin yang berwibawa dan mampu menarik generasi muda menyokong parti itu, Khairy adalah pilihannya.

Ingin ditegaskan, pandangan saya ini bukanlah bermaksud saya penyokong setia Khairy malah saya tidak menyokong mana-mana calon. Cuma sebagai orang Melayu, saya sentiasa mengkaji setiap tindak tanduk pemimpin UMNO dan mahu pemilihan pemimpin UMNO dilakukan melalui pemikiran yang terbuka dan bukannya berasaskan kepada persepsi.

Kita harus lihat langkah Khairy yang mencadangkan semua calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua bersemuka bagi membincangkan pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta bersedia untuk berkhidmat dengan UMNO biarpun tewas dalam pemilihan parti nanti sebagai jiwa besar seorang pemimpin muda.

Janganlah kerana persepsi kita akhirnya mengorbankan mereka yang dilihat pemimpin masa depan UMNO. Kita seharusnya tidak terperangkap dengan hujah dangkal soal sudah diberi peluang atau tidak, hakikatnya ketiga-tiga calon masih belum berpeluang menjadi Ketua Pemuda.

Oleh itu penilaian sebaik-baiknya perlu dilakukan, kenapa perlu Khairy seolah-olah dihukum dan terus diburukkan sedangkan beliau masih belum diberi peluang menjadi pemimpin nombor satu Pemuda?

Apakah kita hendak mengajar rakyat negara ini terus berpolitik melalui pendekatan persepsi semata-mata?

Justeru adalah lebih wajar jika kita menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan Pemuda untuk menentukannya. Kita percaya mereka lebih arif untuk membuat keputusan yang berasaskan kepada fakta dan realiti, bukannya persepsi seperti mana dilakukan oleh Feriz.

Berilah peluang kepada Khairy mengetengahkan visi dan misinya. Jika beliau gagal, ahli-ahli Pemuda sudah pasti tahu apa yang patut mereka lakukan dalam pemilihan akan datang.

ZULKARNAIN BAKAR

Sungai Petani, Kedah

Utusan Malaysia 25/2/2009

Bincang dulu isu ISA


Oleh Rohani Ibrahim

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menuntut Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengadakan perbincangan mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah tertangguh sejak tiga bulan lalu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membuat tuntutan itu ketika Salahuddin menghantar surat cabaran supaya Dewan Pemuda Pas berdebat dengan Pemuda UMNO berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Parlimen hari ini.

Khairy berkata, beliau tidak pernah lupa jemputannya kepada Salahuddin untuk membincangkan isu ISA tiga bulan lalu.

''Hari ini Dewan Pemuda Pas minta bincang isu PPSMI pula.

''Saya sudah tiga bulan minta dia bincang tentang ISA tapi masih belum sampai ke meja rundingan," katanya ketika menerima surat cabaran berdebat mengenai isu PPSMI yang ditujukan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mengenai cabaran Dewan Pemuda Pas untuk berdebat mengenai isu PPSMI, Khairy menambah, perkara berkenaan mesti dibincangkan terlebih dulu memandangkan pemilihan parti sudah semakin hampir.

''Pemuda UMNO akan membincangkan jawapan kepada surat Dewan Pemuda Pas yang disampaikan kepada saya hari ini," katanya.

Sementara itu, Salahuddin menjelaskan, perbincangan mengenai ISA tertangguh kerana beliau menunaikan fardu haji, terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan kemelut politik di Perak.

''Justeru hari ini saya ingin maklumkan saya bersedia mengadakan perbincangan tidak formal empat mata dengan Khairy minggu depan di satu bilik di Parlimen. Ia bukanlah satu debat tapi sekadar perbincangan saja," katanya.

Mengenai isu PPSMI, jelas Salahuddin, ia sudah menjadi isu masyarakat Melayu dan sayap Pemuda dari dua parti yang besar dalam negara perlu memberikan input.

''Input yang diberikan akan membolehkan keputusan lebih tepat dan berlandaskan realiti dicapai berhubung isu PPSMI. Ini adalah demi masa depan negara," katanya.

Monday, February 23, 2009

PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS


PPSMI: Khairy sedia terima surat cabaran debat Pemuda PAS
Jimadie Shah Othman | Feb 23, 09 5:44pm
Hasrat Dewan Pemuda PAS (DPP) untuk menyerahkan surat cabaran debat kepada Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), tidak berhasil apabila menteri berkenaan tidak menghadiri sidang Parlimen pagi tadi.




Berikutan itu, DPP akan menyerahkan surat tersebut kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada jam 12.30 tengah hari esok di lobi Parlimen.

Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub ketika dihubungi Malaysiakini petang ini mengesahkan perkara tersebut.

"Kita hendak serah tadi, tetapi tidak ada yang berani terima. Bila kita hubungi Khairy, beliau setuju terima (bagi pihak Hishammuddin)," katanya.

Salahudin juga berkata, beliau mencabar Hishammuddin berdebat atas kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno dan "kebetulan ada jawatan dalam kerajaan" (sebagai menteri bertanggungjawab).

Bagaimanapun, tambah Salahudin, jika Hishammuddin menolak cabaran itu dan menghantar wakil dalam debat yang dirancang itu, beliau "tidak ada masalah selagi isu PPSMI dapat diketengahkan".

Salahudin juga menafikan cabaran itu dibuat semata-mata sebagai reaksi daripada penyerahan memorandum Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kepada beberapa tokoh politik BN dan Pakatan, termasuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Mahu disegerakan

"Ini adalah perjuangan lama (PAS). Kita suarakannya sejak dari dulu lagi. Hari ini kita merasakan suara anak muda mesti disambut," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Mengenai format debat yang beliau diinginkan, Salahudin berkata, tidak ada masalah dengan apa format pun yang dikendaki Pemuda Umno, asalnya ia dapat disegerakan.

Ditanya tentang persepsi orang ramai bahawa debat tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menjadi medan tuding-menuding antara dua pihak yang berbeza pendapat, Salahudin berkata beliau mempunyai pandangan sebaliknya.

"Berlainan pendapat boleh disusuli dengan dialog dan sebagainya. Ia boleh menjana intelektual dan pemikiran ideal," katanya.

komen PB

Isu PPSMI ini sudah dijadikan ISU BESAR seperti berlaku perang oleh sekelompok NGO yang memperjuangkan bahasa dan juga termasuk parti pembangkang . Ketua Pemuda PAS sudah menghantar surat untuk berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO mengenai isu ini dan jika Hisyamuddin tidak mahu berdebat ,beliau sudah tentu akan hantar orang yang hebat untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang ini . Adakah YB yang mewakili kepada Ketua Pemuda yang menerima surat jemputan itu hari ini akan dihantar menghadapi Salahudin Ayub ?? sama-sama kita nantikan ...


link

Khairy buktikan kepimpinan Pemuda Berubah Berani dan Setiakawan

Khairy lebih utamakan kepentingan parti


Khairy tetap sokong Pemuda jika gagal

REMBAU 22 Feb. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tetap akan memberi sokongan kepada sayap parti itu walaupun ditakdirkan gagal dalam pemilihan parti Mac ini.

Beliau berkata, perkara itu antara persetujuan dan kesepakatan yang dicapai dalam pertemuannya dengan dua calon Ketua Pemuda yang lain, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo baru-baru ini.

''Kita sudah sepakat sesiapa yang memenangi jawatan Pemuda UMNO wajar diberikan sokongan penuh oleh semua ahli untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa ribut yang membabitkan 78 buah keluarga dari beberapa buah kampung dan kawasan perumahan iaitu Kampung Titian Akar, Kampung Sungai Radin, Kampung Sungai Timun dan Rumah Rakyat Kampung Lubuk Cina di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr. Awaluddin Mohd. Said.

Kejadian ribut yang berlaku kira-kira 25 minit pukul 6.30 petang semalam merosakkan kebanyakan bumbung kediaman penduduk di kawasan itu termasuk sebuah surau di Kampung Sungai Radin.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, beliau berkata, kesepakatan juga dicapai dalam menggerakkan jentera bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Katanya, usaha berkenaan sudah mula dilaksanakan dan ia tidak akan mengambil kira siapa yang bakal memenangi jawatan dalam pemilihan itu nanti.

"Semua calon pergerakan sudah sepakat dan berazam untuk bekerjasama menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional,'' katanya.


komen PB

kenyataan daripada YB KJ jelas menunjukkan beliau lebih mengutamakan parti dan Pemuda lebih daripada soal jawatan . Saya setuju dengan pandangan beliau kerana selepas pemilihan ini UMNO akan menghadapi pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan semua jentera dalam Pemuda perlu sepakat dan bersatu dengan Ketua baru bagi memastikan kemenangan BN.

Saturday, February 21, 2009

Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Setia Pertahan Institusi Raja





uala Lumpur – Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama hampir 10,000 ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) malam tadi menyatakan ikrar sokongan taat setia kepada instutusi raja dan seterusnya mempertahankan kedaulatan institusi berkenaan dari terus diperlekehkan pihak-pihak tertentu.

Selain bacaan ikrar yang diketuai Setiausaha Pemuda BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" Di Dewan Tun Razak 1, PWTC Di Sini, Khamis Malam turut menyaksikan penyerahan secara simbolik “Sumpah Menjunjung Setia” seluruh komponen Pemuda BN kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir untuk disampaikan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Antara isi kandungan ikrar itu ialah Pemuda BN berjanji dan bersumpah akan menentang sebarang cubaan dan tindakan berbentuk merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sama ada menerusi perbuatan atau ucapan.

Ikrar itu turut menyeru seluruh Pemuda untuk memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan kaum yang dinikmati selama ini serta bersama-sama mempertahankan negara dari segala cabaran dalam usaha menjadi negara maju.

Selain bacaan-bacaan sajak, perhimpunan tersebut juga menyaksikan ucapan wakil-wakil Pemuda komponen BN dimulai dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Bumiputera (PBB), Sarawak, MIC dan MCA serta Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Pada ucapan kemuncak, Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Pemuda perlu mempertahankan Perlembagaan dan mematuhi Rukun Negara kerana ia terbukti berjaua menyatupadukan rakyat di negara ini.

Rakyat katanya perlu sedar kemerdekaan negara turut disokong oleh Raja-raja Melayu dan institusi beraja terus menjadi paying kepada kemerdekaan negara sehingga kini.

Beliau seterusnya memberi amaran Pemuda BN akan mempertahankan institusi Raja sehingga ke titisan darah terakhir.

"Pembangkang terbukti menjadi pengkhianat kepada generasi masa depan kerana cuba mengkhianati payung negara.

"Hari ini adalah permulaan gelombang yang akan menjadi gelombang tsunami kita bagi menyatakan sokongan kepada institusi beraja seterusnya memberi amaran kepada pembangkang jangan mencabar sejarah Melayu", katanya
.

Ucapan beliau itu turut berselang dengan laungan bergema “Daulat Tuanku” daripada ahli Pemuda yang ternyata cukup bersemangat mengikuti perhimpunan itu dari mula hingga akhir.






Sementara itu, pada sidang media selepas perhimpunan tersebut, Hishammuddin berkata anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Katanya api kemarahan begitu mudah untuk dinyalakan sekiranya dilakukan secara tidak bertanggungjawab.



"Cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan.

"Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," kata beliau merujuk semangat yang ditunjukkan ribuan ahli Pemuda yang hadir pada perhimpunan tersebut.


Sumber Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

Friday, February 20, 2009

Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas pertahan Raja-Raja Melayu ..


Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.



Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..

Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan.

Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?..Syabas Pasir Mas," katanya.

Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.

Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.

"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh. Apapun selepas selesai membahaskan usul berkenaan, Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada beberapa penyokong kerajaan kerana ketegasannya di Dewan malah, 'chief' Parlimen, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga berkata kepada Ibrahim ,"Inilah wira,".- 19/2/2009

www.agendadaily.com

KOMEN PB

PB memang memang tabik kepada YB Pasir Mas yang juga Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang lantang berbahas dan mengkritik pembangkang iaitu DSAI ketika di Parlimen kelmarin .Biar la YB Pasir Mas ini dilabelkan sebagai katak @ lalang oleh pihak pembangkang tetapi perjuangan dan semangat beliau untuk bangsa dan mempertahankan Raja-Raja Melayu tidak pernah luntur . Kalau anda boleh teliti teks ucapan DSAI semalam ,memang penuh ayat hipokrit dan retorik kosong dan memang wajar Ibrahim Ali marah dan mengatakan Ketua Pembangkang itu munafik dan cuba menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih.

Wednesday, February 18, 2009

Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9


Semalam 3 calon KP UMNO telah duduk semeja dan telah bercakap mengenai banyak isu yang ditanya oleh Prof Agus Yusof .Dalam iklim politik sekarang yang dihujani pelbagai isu ,kita mencari Ketua Pemuda UMNO yang bukan sahaja boleh mengetuai Pemuda UMNO malah PEMUDA BN juga yang akan disertai oleh parti -parti komponen lain . Ketua Pemuda BN harus dilihat sebagai yang bersifat sederhana, moderate dan terbuka untuk mendengar pandangan dan isu-isu kaum lain disamping mempertahankan agenda Melayu yang menjadi agenda nasional negara.


1. KJ menunjukkan beliau seorang pemimpin yang matang dengan melihat tindakan kerajaan dengan objektif dan tidak sahaja mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pemimpin yang hanya menguntungkan pembangkang



· Khir Toyo menyatakan bahawa rakyat kecewa kerana kerajaan lambat bertindak kerana mereka mahu kerajaan mengatasi isu itu dengan segera. Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka mengadakan demontrasi katanya.



Mukhriz menyalahkan pemimpin parti yang dakwanya mahu bersikap telus dan terbuka sehingga menyebabkan demonstrasi jalanan tetapi tidak menggunakan undang-undang seperti ISA, sehingga menyebabkan BN kalah pilihan raya.



· KJ memberikan analisa yang matang dan berbeza mengenai kekalahan pilihanraya 2008, dengan menyatakan bahawa iklim politik kini adalah berbeza dengan suasana yang lebih terbuka sepertimana di dunia siber, blog dsb. Dalam mengharungi keterbukaan dan hostile ini, BN, menurut KJ juga, telah menjuarai isu-isu keterbukaan seperti inisitif pencegahan rasuah, suruhanjaya perlantikan hakim dan juga penambahbaikan urus tadbir. KJ juga menyatakan bahawa, peralihan kuasa dan pembaharuan, perlu diikuti dengan langkah untuk memenuhi janji-janji, agar perubahan itu tidak menjadi sia-sia.



Dalam mengulas mengenai ISA, KJ juga menyatakan pendapat bahawa ISA adalah satu perundangan yang penuh berkuasa dan memberi autoriti kepada Menteri untuk tahan tanpa bicara selama 2 tahun. Di sini, rakyat perlukan penjelasan mengenai keberkesanan ISA supaya mereka memahami akan keperluan ISA dan pada masa yang sama juga, menyatakan hasratnya bersedia duduk semeja walaupun dengan pembangkang untuk mencari titik pertemuaan perbincangan mengenai ISA dari segi kepentingan dan aspek penambahbaikan, seperti judicial process untuk ISA.






2. KJ mengutamakan kepentingan parti dengan mempertahankan UMNO



Dalam menjawap soalan mengenai perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO, Khir berkata Umno tidak dilihat sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama, atau jati diri, (maka) jadi orang yang meluat dengan Umno akan menyertai parti lain.



MM pula memulakan ucapannya dengan memuji bapanya dengan menyatakan semuanya berjalan dengan lancar sebelum tahun 2004, apabila pemimpin telah terpesong dari hala tuju rakyat. Adakah MM menyalahkan Pak Lah? Bagaimana pula kekalahan pilihan raya kecil? Adakah beliau juga menyalahkan pemimpin atau adakah realitinya, politik kita kini dan kehendak pengundi adalah telah berubah dan tidak hanya cukup dengan perubahan pemimpin?



·Hanya KJ yang mempertahankan UMNO dengan menyatakan bahawa apa yang diperlukan ialah suatu perubahan dan pengisian. Bahawa UMNO tidak lah begitu teruk dan ditolak sampai menjadi suatu krisis yang begitu teruk. Kita menang pada tahun 2004 berdasarkan harapan yang diberikan kepada rakyat. Seterusnya harapan hendaklah berdasarkan kepada nasib rakyat. Dari segi pilihanraya 2004 v 2008, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Mengakui bahawa nampaknya tidak berjaya urus kejayaan, KJ seterusnya menyatakan kepada keperluan bahawa kita haru kikiskan persepsi tanggapan pembangkang dan tunaikan harapan rakyat.





3.KJ setiakawan - tidak sekali-kali memperlekehkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pemuda



Khir Toyo berkata Pemuda Umno perlu berusaha menggarapkan semula Umno yang dulunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Adakah sebelum ini Pemuda tidak sedemikian? Malah, tegas Dr Khir, rata-rata anggota Pemuda Umno sendiri - bila ditanya tujuan mereka menyertai Umno - jarang boleh menjawabnya. Tidakkah ini menghina ahli Pemuda masa kini?



·Mukhriz pula membayangkan seolah-olah pemimpin pemuda sebelum ini tidak berintegriti, tidak berwibawa dan tidak mesra rakyat apabila beliau menyatakan bahawa Pemuda dahagakan integrity dan beliau akan memperbaiki hal ini.



·Walaupun ketika diejek dengan tepukan apabila ditanya kenapa KJ sebagai NKP tidak berbuat apa-apa mengenai isu kenaikan harga minyak, KJ mempertahankan Pemuda dan Dato' Hisham dengan menyatakan bahawa rundingan dan perjumpaan telah dibuat dengan Menteri serta pihak kementerian terbabit bagi mencari jalan mengurangkan harga barangan. Disamping itu, KJ berpendapat majlis penetapan harga patut ada bagi memastikan harga barang yang sepatutnya.





4.KJ menunjukkan dia benar-benar pemimpin peringkat nasional apabila dia menunjukkan apa yang diperbincangkan bukan sahaja utk kemenangan pilihanraya UMNO tetapi kepentingan pilihanraya kecil yang akan datang.



Khir Toyo menyatakan bahawa orang Melayu sebagai tunggak kepada politik Malaysia, jika tumbang politik Melayu, maka akan tumbang politik negara, jadi tidak boleh samakan Umno dengan MCA dan Gerakan. Ini menunjukkan bahawa Khir Toyo adalah sememangnya layak menjadi pemimpin UMNO, tetapi dalam suasana politik sebegini, adakah ia satu realiti politik dan layakkah beliau menjadi Ketua Pemuda BN?



·Mukhriz menyatakan beliau tidak faham kenapa isu boleh dibangkitkan, dengan memberikan contoh bahawa pada tahun 2000, MAPEN 2 yang dianggotai oleh semua kaum bersetuju dengan dasar DEB. Walaupun ternyata bahawa isu sekolah satu aliran menjadi satu isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang ketika pilihan raya Kuala Terengganu, Mukhriz tetap menyuarakan lagi cadangan sekolah satu aliran dengan alasan untuk memupuk perpaduan diperingkat awal lagi.



KJ menunjukkan bahawa beliau faham kenapa segolongan masyarakat tidak memahami m mengenai isu kontrak social, dimana beliau mencadangkan bahawa perlu diperbaharui pemahaman konsep kontrak sosial, dimana ia memerlukan cerita dan pandangan baru tentang kontrak sosial, termasuklah dalam aspek keadilan dsb.





5.KJ pemimpin masa depan



Bercakap tentang ketuanan Melayu, Dr Khir berkata, persoalan hak istimewa orang Melayu dan kontrak sosial tidak perlu dipersoalkan kerana ia dijamin dalam perlembagaan. Beliau mencadangkan bahawa kalau kaum lain tidak berpuas hati, maka mereka boleh membawa perkara ke parlimen, pinda perlembagaan, barulah menjadi seperti negara Barat, kalau itulah yang diidamkan. Khir Toyo sebenarnya tahu bahawa realiti politik Negara ini menyatakan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku, tetapi beliau bermain dengan sentiment bangsa pada forum ini.

KJ pula, dalam membincangkan mengenai DEB, kita memerlukan satu pakej baru yang lebih kepada pengisian. Lebih menjiwai dan memperjuangakn keseluruhan rakyat secara bersama. Ini adalah satu realiti politik masa kini. KJ melihat agenda pembangunan Melayu sebagai satu agenda nasional.

pautan

Gaya - Gaya Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia

SIAPAKAH TERBAIK ANTARA YANG BAIK?

Malaysiakini : Khir salahkan kerajaan, Mukhriz menyerang kepimpinan

Apa maksud Liabiliti ??

KJ pemidato terbaik

KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana


Ramai yang menonton rancangan Hujah TV9 malam semalam menjangkakan bahawa platform forum dan diskusi idea antara tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan memperlihatkan trend agresif Khairy Jamaluddin terus diketengahkan kepada khalayak ramai. Khairy yang dilihat sebagai antara penceramah paling hebat dalam Pemuda UMNO mahupun UMNO induk sekalipun, dijangka mendominasi forum tersebut dengan ungkapan dan hujah yang radikal, dinamis dan bersemangat. Namun, dalam konteks di mana dua lagi calon untuk jawatan Ketua Pemuda, Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir dilihat menghentam dan mengkritik sekuat-kuatnya institusi parti dan Kerajaan, Khairy dilihat terpanggil memainkan peranan yang lebih bersederhana untuk mempertahankan institusi tersebut daripada terus menerus dihentam oleh individu berkepentingan.

Memang jika dilihat persepsi sejurus selepas tamatnya forum tersebut, Khir tampak meninggalkan impak yang paling mendalam melalui kelantangannya mengkritik secara terbuka parti UMNO dan Kerajaan dalam isu ISA, Karpal Singh mahupun isu ekonomi. Selain itu, 'keberaniannya' mengungkap sejarah Islam – malah cuba menyamakan kebangkitannya selepas kekalahan Selangor ditangannya dengan kebangkitan Rasulullah s.a.w. selepas kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud – barangkali diharap mampu menambat hati para hadirin (yang ramainya terdiri daripada penyokongnya sendiri walaupun arahan penganjur untuk tidak membawa sebarang penyokong kecuali tiga atau empat pengiring). Namun jika dikaji, Khairy-lah yang paling bertanggungjawab dalam menyampaikan hujah di hadapan penonton dari seluruh pelusok tanah air yang bukan sahaja terdiri daripada ahli UMNO, tetapi juga rakyat biasa pelbagai kaum. Dengan pendiriannya yang memperlihatkan suatu kesinambungan dari kepimpinan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy memastikan bahawa strategi dan perjuangan UMNO selama beberapa tahun ini tidak dibuang dan dipijak sewenang-wenangnya di saluran televisyen nasional.

Jika dahulu ada yang membantah cadangan Khairy untuk diadakan satu debat antara ketiga-tiga calon ini atas alasan ianya akan hanya membuka pekung di dada, kini seolah-olah Khairy pula yang terpaksa menjaga muka dan maruah parti. Apa tidaknya, Datuk Mukhriz pun cukup lantang membantai parti UMNO yang dikatakan sudah menyimpang dari perjuangan asal agama bangsa dan negara – suatu tamparan yang cukup hebat kepada institusi parti itu sendiri serta segenap pimpinan parti UMNO ini.

Dari segi pengisian hujah pula, Khairy tampak lebih nasional dan menyeluruh dari segi pendekatannya untuk memenangi hati pengundi muda di dalam dan luar jangkauan tradisi UMNO. Dalam isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) contohnya, Khairy mengambil pendekatan yang lebih matang sebagai seorang ahli politik dengan mengatakan bahawa ada keperluan untuk kepimpinan Pemuda turun padang menerangkan dan berbincang bersama golongan muda ini tentang peri pentingnya ISA disamping mendengar cadangan-cadangan mereka sama ada perlu ISA diubah sedikit sebanyak supaya tidak digunakan untuk sebarang kepentingan politik. Ini jauh berbeza dengan dua calon lain yang tidak teragak-agak mengesyorkan bahawa ISA digunakan sebagai penyelesai masalah, tanpa menghiraukan persepi orang muda kini yang cenderung kepada suatu politik baru di mana hak asasi dan kebebasan individu diberi tempat tinggi dalam sesuatu percaturan atau tindakan.

Dalam isu Kontrak Sosial dan Hak-hak Melayu pula, Khairy sepertimana yang pernah ditunjukkannya sebelum ini, berhujah dengan penuh hikmah dan berjaga-jaga supaya tidak mengguris hati mana-mana golongan pada waktu UMNO dan BN mahu meraih kembali sokongan pengundi bukan Melayu, tanpa langsung mencairkan semangat pejuang Melayunya itu. Contoh terbaik, Khir ada menyebut bahawa ideologi Ketuanan Rakyat yang dibawa Pakatan Rakyat merbahaya kerana cuba menyamarata-kan antara rakyat berbilang kaum. Memang ada kebenaran dalam hujah Khir, tetapi cara penyampaiannya tidak langsung strategik kerana sudah pasti berbaur bahawa UMNO tidak merasakan orang Cina dan India ini sama rata dengan orang Melayu. Apa gunanya menjadi wira Melayu di studio tetapi hilang undi bukan Melayu dalam Pilihanraya-pilihanraya kecil yang bakal menjelang. Apa gunanya menang sorak kampong tergadai?

Akhirnya, terpanggil kepada Khairy untuk membawa kembali perbincangan ke arah yang lebih bersederhana dan berhikmah sejajar dengan usaha UMNO menjadi mesra rakyat. Beliau sekali lagi menekankan kepentingan Pemuda UMNO bersama Pemuda BN mendampingi golongan muda bukan Melayu yang merasakan bahawa Kontrak Sosial yang dipraktikkan oleh generasi-generasi pendatang sebelum mereka tidak lagi begitu relevan kerana mereka dilahirkan di Malaysia dan tidak merasakan perlu terhutang kepada golongan Melayu se-generasi mereka. Proses mendampingi dan mencari titik persefahaman dalam isu-isu Kontrak Sosial, ISA dan sebagainya amat penting jika UMNO dan BN mahu meraih kembali sokongan orang muda.

Yang pasti, malam tadi menonjolkan Khairy Jamaluddin yang lebih rendah diri, lebih matang mirip pemimpin negarawan yang mampu mewujudkan suatu pengisian baru kepada perjuangan Pemuda setakat ini. Dibandingkan dengan dua calon yang lain, Khairy sebenar jauh sekali dari imej tuduhan budak nakal, agresif keterlaluan dan 'samseng' yang kerap dilemparkan terhadapnya. Malam tadi, negara Malaysia dapat menyaksikan dan menilai sendiri siapa liabiliti dan siapa aset sebenar untuk memenangi kembali undi golongan muda dalam pilihanraya kelak.

prokhairy.com

link

Calon Pemuda UMNO sepakat bawa perubahan

Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo

penilaian ke atas 3 calon Ketua Pemuda

Tuesday, February 17, 2009

Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua Pemuda


Pembabitan Tun Mahathir mencampuri pemilihan Ketua pemuda UMNO bertambah teruk dan lupa kepada hukum alam dan hukum kehidupan bahawa setiap yang datang ke dunia ini akan tetap kembali. Tun seolah-olah tidak merasakan bahawa waktu itu akan datang melamarnya dan masih sibuk menghabiskan sisa peluang untuk dekat kepada Allah SWT pada sisa waktu yang tinggal. Masih mahu memburukkan insan tertentu bagi memastikan anak dan generasi beliau berada dalam kepimpinan kerajaan, jika ini pilihan beliau tidak siapa yang dapat menghalang. Namun hanya sekadar teguran kepada orang yang pernah kita hormati dan sayangi.

Seperti tulisan terbaru MSO yang bertajuk UMNO, Mahathir dan ular tedung beliau telah mengulas bagaimana Tun menjadi ular tedung membunuh semua musuh beliau dengan kaedah yang sama tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Beliau juga menulis bagaimana Tun telah membunuh kerjaya, Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein On, Anwar Ibrahim dan yang terbaru Perdana Menteri Malaysia yang sedia ada, Pak Lah. Tidak cukup dengan akuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Mac ini. Tun terus mengasak Pak Lah dan seolah-olah mahu melihat Pak Lah benar-benar telah meletakan jawatan barulah beliau mempercayainya.

Kini sasaran Tun adalah, Naib Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Khairy mesti dicincang dan tempatnya mesti digantikan dengan anak beliau Mukhriz Tun Mahathir.

klik di sini serangan terbaru Tun

Tun mahu memaksa perwakilan untuk memartabatkan Mukhriz di kerusi Ketua Pemuda UMNO walupun penglibatan Mukhriz dalam UMNO hanya baru setahun jagung dan Mukhriz juga tidaklah sama seperti Tun yang punyai daya pemikiran yang pintar dalam segala espek. Mukhriz anak lembab yang mana ketika Tun menjadi PM, Mukhriz adalah enjin penyedut untuk keluarga Tun di mana Mukhriz akan sedut apa yang boleh disedut untuk kekayaan keluarga.

Mukhriz bukan tidak dibenarkan berpolitik, cukuplah Tun berpolitik pada masa itu, yang lain buatlah kerja yang boleh mendapat keuntungan dari Tun. Namun itu juga merupakan satu kesilapan besar Tun yang sering kita ketahui sering membuat keputusan dan kesilapan yang besar. Sepatutnya Tun telah meletakan anaknya pada satu tempat yang selesa ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak perlu membuat dosa menabur fitnah dan memburukan menatu dan anak orang pada saat beliau sepatutnya berehat bermain dengan anak cucu.

Sebenarnya Mukhriz tidak hebat, Mukhriz tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tun sendiri tahu akan keadaan ini. Jika tidak masakan Tun terpaksa berhempas pulas melonjakan nama Mukhriz bagi menyaingi dua calon lagi Dr Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin. Jika dibandingkan anatar tiga tokoh ini, Mukhriz nampak lembab dan sentiasaa blurr, tidak nampak hala tuju politik dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan melainkan Tun terpaksa mengetuk beliau sepanjang masa. Mukhriz juga pernah tewas ketika merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO di bahagian beliau (Kubang Pasu) tanpa pertolongan Tun. Nyata Mukhriz hanya hidup dalam politik dibawah bibir Tun Mahathir. Sebagai anak jantan, Mukhriz kurang kejantanannya menghadapi pemilihan ini sendiri.

Dalam tulisan terbaru Tun menyerang Khairy Jamaluddin yang menuduh budak-budak tingkat 4 menasihati Pak Lah agar jangan berundur ditulis secara positif sekali sedangkan perkara ini tidak berlaku. Tun telah membuatnya sebagai satu isu besar yang seolah-olah perkara ini berlaku bagi mengaitkan Khairy Jamaluddin masih bernaung di bawah pengaruh Pak Lah. Tun sedar dan sangkaan Tun bahawa Khairy akan menjadi lemah setelah Pak Lah mengumumkana akan membuat perlaihan kuasa pada Mac ini meleset. Tun sedar bahawa Khairy sekarang bergerak atas kepintaran dan usaha belaiu sendiri. Tun tahu bahawa semua orang tahu bahawa Khairy sekarang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO atas landasan beliau sendiri dan Mukhriz sebenarnya tidak mampu bersaing dalam pemilihan ini.

Buktinya, Tun telah menyerang Khir Toyo dengan isu rasuah, kerana Khir telah nampak bahawa lonjakan persaingan adalah antara Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz kini berada jauh dari gelanggang persaingan walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi. Pencalonan tertinggi tidak bermaknan beliau akan mendapat sokongan pengundian kerana pencalonan dibuat atas hormat kepada Tun dan hormat kepada agen-agen Mukhriz yang telah berjasa kepada bahagian-bahagian berkenaan.

Kalau Mukhriz benar-benar hebat, tentu sekali Mukhriz tidak menggunakan ayahnya yang bukan ahli UMNO untuk menyerang calon-calonn yang lain. Tun tidak perlu bermusuh dengan calon yang menentang anaknya untuk menafikan bahawa kerusi Ketua Pemuda UMNO akan dimiliki oleh Mukhriz yang dikenali sebagai si lembik ini. Tun juga tidak perlu menghancurkan UMNO bagi mencapai niat beliau. UMNO hancur pada pilihan raya yang lalu kerana Tun mahukan Pak Lah mengundurkan diri. Kini UMNO akan hancur lagi kerana Tun mahukan anaknya menajdi Ketua Pemuda UMNO.

Jika Mukhriz memenangi pemilihan Pemuda UMNO ini bererti UMNO akan mempunyai Ketua Pemuda UMNO yang paling lemah sekali. Calon yang paling lemah dan yang langsung tidak berkaliber telah memenangi pemilihan ini. Calon yang lembik telah menajdi Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya , pertandingan ini adalah di antara Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo saja. Mukhriz telah ditelan arus dan populariti beliau kurang bukan kerana siapa tetapi kerana kesilapan dan kelemahan diri beliau sendiri. Pemuda bukannya bodoh, mereka telah nampak dengan matanya bagaimana yang menonjol kehadapan adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Mereka seakan-akan bertanya mana Mukhriz kerana yang mereka nampak ialah Tun Mahathir sahaja. Apakah Tun Mahathir yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Sebenarnya belum terlewat bagi Mukhriz mahu tunjukan bahawa beliau juga ada ketrampilan dan kekuatan, kerana apa yang dilihat oleh pemuda sekarang adalah bayangan Mahathir yang membayang Mukhriz. Mukhziz perlu keluar dari bayanagan Tun Mahathir kerana hanya Mukhriz sahaja yang masih menyusu dan dibuai oleh ayahnya dalam gelanggang pemilihan Ketua Pemuda UMNO.


Oleh : Tepak Bersulam

komen PB


bila membaca blog che det ,lagi menyampah aku dengan sikap beliau ini .Tuduhan yang tidak berasas langsung dan jika kita mendegar titah YDPA Sultan Mizan yang bertitah menyebut berharap peralihan kuasa berjalan lancar pada bulan depan .

"Beta maklum bahawa Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalan Perdana Menteri pada bulan depan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.

"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka ketika merasmikan persidangan Parlimen bagi penggal kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya


11.30 PAGI - TERBARU: Satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan. SAH Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong umum letak jawatan ADUN dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya jam 11 pagi ini. Suasana kecoh timbul sejurus beliau umum nak letak jawatan apabila kira-kira 30 penyokongnya jerit pekik di situ persoalkan kenapa beliau perlu letak jawatan .Beliau memberi alasan keputusan ini dibuat demi kepentingan parti PKR. Pada ketika yang sama berbagai-bagai spekulasi berlegar tentang siapakah teman lelaki misteri yang didakwa merakam secara curi gambar Wong di rumahnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Sumber-sumber PKR beritahu ada yang kata ia mungkin Pemuda Melayu. Jika betul cerita ini kata mereka, ini kes berat kerana ia sudah masuk bab kes bersekedudukan. Ini sekaligus cetus isu moral. Jika tidak mereka sendiri hairan kenapa tiba-tiba Wong umum nak letak jawatan." Kalau tak salah kenapa takut sampai nak letak jawatan...mesti ada kes berat ni,"kata mereka membuat andaian mengenainya.

Sementara itu seperti diduga walaupun kes ini tak jelas jalan ceritanya lagi kalangan pemimpin pembangkang terus hentam Barisan Nasional (BN) terlibat.Antaranya Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok. Mereka dakwa ini taktik kotor BN nak jatuhkan wakil rakyat pembangkang. Dalam sidang akhbar itu Wong dakwa beliau tidak merasa bersalah dan tidak malu dengan seksualitinya sebagai wanita bujang. "Saya berdiri teguh dengan prinsip demokrasi bahawa setiap orang mempunyai hak privasi - 17/2/2009

agendadaily.com

Monday, February 16, 2009

Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz







Saksikan Rancangan Hujah jam 9:30 malam pada hari Selasa, 17 Februari ini di saluran TV9 untuk menyaksikan forum Ketua Pemuda yang membariskan kesemua calon-calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Khairy, Mukhriz dan Khir. Ia akan dipengerusikan oleh Prof Agus Yusof dibuat secara live dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur .

Sunday, February 15, 2009

SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO


Ikuti temu bual antara Wartawan B.Harian dan Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam ruangan Rencana, Berita Minggu bertarikh 15.2.09.

MENGAPA YB membuat keputusan bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Saya percaya Pemuda perlukan calon yang membawa suara orang muda di akar umbi. Berbanding calon lain, saya paling muda. Saya masih lagi umur Pemuda dan tidak melangkaui umur Umno dewasa. Maka, pendekatan, aspirasi, isi hati, memahami kebimbangan orang muda itu, saya rasa ada sedikit kelebihan kerana dapat merasai peralihan generasi yang sedang berlaku.

Apabila kita melihat Umno induk sendiri ada peralihan generasi daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak, maka saya nampak di dalam Pergerakan Pemuda kita perlukan peralihan itu.

Jika tidak, kita hanya retorik apabila menyebut mengenai peremajaan Umno dan tidak memberi peluang kepada generasi muda mengambil tampuk kepemimpinan berkenaan.

Dulu, tidak mengapa jika Ketua Pemuda berada di dalam kelompok usia dewasa. Mungkin kerana ada ketandusan pemimpin muda. Tetapi kini, Akta Belia pun sudah dipinda dan menyatakan Pengerusi dan pemimpin persatuan belia berada di bawah umur 40, maka dalam Pergerakan Pemuda ini perlu dipraktikkan.

Cabaran pilihan raya umum akan datang untuk menarik minat pengundi muda di bawah umur 40. Jadi kita perlukan kepemimpinan yang menjiwai orang muda, dipimpin oleh orang muda. Tahun ini, kita mahu catatkan sejarah, Pemuda Untuk Pemuda.

Kenapa YB menjadi calon terakhir mengumumkan untuk bertanding.

Saya mengambil sikap tunggu dulu kerana mahu lihat calon lain yang menawarkan diri. Kita kena bagi alternatif kepada perwakilan. Saya nampak dua calon menawarkan diri sudah masuk usia pertengahan 40-an. Jadi saya tunggu mana tahu kalau ada calon dalam lingkungan umur 30-an membuat pengumuman dan ke depan. Apabila tiada, saya selaku Naib Ketua Pemuda, rasanya ada platform untuk ke jawatan Ketua Pemuda.

Bagi saya Pergerakan Pemuda memerlukan pemimpin jangka panjang dan wawasan masa depan. Bagi saya umur masih 33 tahun, boleh lama bersama Pemuda. Untuk mengukuhkan Pemuda memerlukan sentuhan jangka masa panjang.

Mengapa YB memilih slogan 'setia kawan' bagi persaingan ini.


Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita.

Jika di medan perang, rakan ditembak, kita juga berasa sakitnya. Kalau rakan menganggur, kita pun rasa susah. Kalau kawan ada masalah, kita pun rasa kebimbangannya. Jadi saya mahu tanamkan dalam hati Pemuda, apa yang paling penting adalah menjaga rakan. Saya tak suka budaya tamak atau pentingkan diri. Setia kawan adalah budaya orang Timur dan Melayu seperti kita menjaga kampung sendiri. Saya tak mahu Pemuda hanya jaga diri sendiri.

Sedari awal berpolitik, saya sering mendengar ungkapan Inggeris - 'In politics there are no permanent friends and permanent enemies.' (Dalam politik, tiada rakan atau musuh yang kekal). Contoh paling jelas Pakatan Rakyat, dulu musuh sekarang kawan. Tetapi untuk kata tiada rakan kekal, saya tidak setuju. Kalau kita pegang pada ungkapan tiada rakan kekal, ia seolah-olah kita tiada prinsip. Kita mesti ada prinsip. Susah senang bersama rakan. Jangan guna perwakilan hanya ketika kempen untuk menang. Dengan slogan setia kawan ini, saya sebenarnya berikrar dan berjanji akan ingat jasa perwakilan selama-lamanya.

Ada menyifatkan YB masih baru atau kurang
berpengalaman.


Dari segi pengalaman dan mengikut usia, saya memang masih muda tetapi di dalam Pemuda selaku Naib Ketua sudah empat tahun. Sebelum itu menjadi Exco untuk empat tahun juga. Jadi sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman terutama di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ketua Pemuda). Tidak hanya visinya, tetapi juga aspek pentadbiran dan pengurusan Pemuda. Soal pengalaman menjaga orang muda ini, saya memang sudah ada. Calon lain pun ada pengalaman dan tidak boleh dipertikaikan. Pengalaman menjaga Pemuda itulah yang relevan menjadi Ketua Pemuda.

Bagaimana YB melihat peluang memandangkan saingan lain tidak kurang hebatnya.

Susah nak buat rumusan mengenai peluang kemenangan tetapi saya merayu perwakilan pertimbangkan pencalonan saya. Kalau mereka inginkan kepemimpinan muda dan pemimpin yang mengutamakan kebajikan mereka, itulah slogan setia kawan yang saya bawa. Kalau ada kawan yang setia, kita akan membantu kawan-kawan kita. Saya anggap ahli pergerakan ini kawan-kawan. Saya bukannya ketua dan yang lain pengikut. Itu bukan saya kerana saya adalah sebahagian daripada angkatan ini. Cuma diangkat dan diamanahkan menjadi Naib Ketua tetapi saya kena ingat bahawa amanah itu berdasarkan kepada setia kawan untuk bantu akar umbi.

Kini, tekanan ekonomi dirasai oleh semua bukan saja ahli Umno tetapi seluruh rakyat. Apabila menjadi ketua, saya kena menjaga akar umbi, memastikan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi untuk generasi muda Melayu dan ahli Pemuda dijaga dengan sempurna. Saya ada memberitahu ahli, saya mahu menjadi pekerja untuk mereka dan jangan anggap saya sebagai ketua dan pemimpin saja. Saya diberi amanah dan perlu bekerja. Sebab itu, sebagai calon yang ada rancangan masa depan, saya tidak menganggap jawatan Ketua Pemuda sebagai batu loncatan, duduk hanya satu penggal dan kemudian mendapatkan jawatan lebih tinggi.

Berikutan hasrat memegang jawatan ini untuk jangka masa lama, perkara pertama yang harus saya buat adalah bekerja bersungguh-sungguh. Jika tidak saya akan ditolak pada penggal seterusnya. Apabila kita ada kesungguhan untuk jangka panjang ia berbeza dengan azam mereka yang mahukan ia sebagai batu loncatan ke peringkat lebih tinggi atau menjadi pemimpin untuk satu penggal saja.

Apakah ciri seorang Ketua Pemuda pada pandangan YB.

Pertama mestilah seorang yang mempunyai kelantangan menyuarakan hasrat rakyat dan bangsa. Kedua, dapat berhujah dengan berkesan. Kadang-kadang kita lantang tetapi tidak berisi, maka tidak dapat menyampaikan mesej dan patahkan hujah pembangkang. Jadi kita kena ada kebolehan berhujah bagi menyampaikan maklumat serta berdepan pembangkang.

Ketiga, lebih kepada perkhidmatan. Mereka perlu memastikan telinga selalu mendengar masalah daripada bawah. Ketua Pemuda perlu meruntuhkan segala dinding protokol yang ada bagi merapatkan jurang kepemimpinan dan akar umbi. Itu paling penting. Jika kita berhenti mendengar rintihan dan masalah akar umbi, maka di situlah kita berhenti menjadi pemimpin berkesan.

Andai terpilih, apakah YB akan menjadi lebih lantang bersuara.


Kelantangan ini kena bertempat. Kalau kita hanya lantang bersuara tetapi tidak bekerja, ia tidak memberi sebarang kesan. Apa yang penting, Pemuda ini bukan hanya pendesak tetapi pembawa penyelesaian masalah. Zaman Pemuda dulu amat berbeza berbanding sekarang.

Pemuda zaman dulu tidak ada cara dan peranan untuk menentukan dasar orang muda dan menyelesaikan masalah mereka. Kini Pemuda sudah ada peranan dalam kerajaan dan diberikan tempat oleh kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk selesaikan masalah.

Minggu lalu misalnya, kelantangan Pemuda terserlah memperjuangkan dan mempertahankan Raja Berperlembagaan dalam kes di Perak. Pemuda juga membuat laporan polis dan saya menghimpunkan lebih 4,000 orang di padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Malah, selepas itu Pemuda Selangor dan Wilayah mengambil tindakan susulan membuat demonstrasi dan perhimpunan. Ini semua adalah kelantangan Pemuda. Kelantangan Pemuda bertempat, kita bukannya buat semua itu untuk setiap isu. Kalau tidak ia akan menampakkan kita tiada kerja lain selain berdemonstrasi saja. Bagi saya, kita perlu ada dua pendekatan, satu kelantangan dari segi ke hadapan tetapi biarlah bertempat dan kedua, ada penyelesaian.

Apa pandangan yang melihat YB sebagai samseng Umno.

Saya bukan samseng... agresif Pemuda pun bertempat. Apa yang saya lakukan bukannya membawa budaya samseng tetapi kelantangan bersuara, bukan kekerasan. Itu bukan budaya kita.

YB adalah Naib Ketua Pemuda. Bukankah ini satu kelebihan berbanding calon lain.

Saya nampak, jika calon yang lain tidak popular maka ia akan bagi kelebihan kepada saya. Namun, dua calon itu ada nama dalam politik. Saya sebagai Naib Ketua Pemuda tidak bawa apa-apa kelebihan. Calon lain saya lihat menawarkan perubahan secara menyeluruh kepada Pemuda, seolah-olah apa yang sudah dilakukan Pemuda sebelum ini tidak berkesan langsung.

Sebagai Naib Ketua, saya mengambil tanggungjawab bersama Hishammuddin dan tidak benar apa yang kita buat selama ini semuanya tidak betul. Saya tidak boleh menerima dakwaan itu. Saya akui ada benda yang perlukan pembaharuan dan diperbaiki. Mungkin calon lain merasakan mereka bebas mengkritik kepemimpinan Pemuda sekarang.


Apa yang YB maksudkan peremajaan dan pemugaran dalam Umno.

Peremajaan adalah peralihan generasi. Kita melihat kini berlaku peralihan kuasa yang bukan hanya membabitkan perubahan pemimpin tetapi peralihan generasi. Daripada seorang pemimpin negara dan parti yang terakhir lahir sebelum kemerdekaan kepada pemimpin yang dibesarkan dalam era pasca kemerdekaan. Inilah peralihan generasi yang cukup ketara sekali.

Dalam konteks Pemuda, saya mahu menyeru ahli supaya buat peralihan generasi daripada kepemimpinan pada usia 40-an kepada 30-an, generasi Wawasan 2020. Saya adalah generasi Wawasan ini. Jadi itulah maksud peremajaan. Dalam konteks gerak kerja, kita kena bagi peluang ramai lagi orang muda masuk parti dan bersama dengan kita.

Kini, orang muda rasakan ada sekatan untuk berada dalam Umno dan perkara ini bukan hanya membabitkan keahlian semata-mata tetapi program yang kita laksanakan untuk generasi muda. Program yang kita laksanakan juga tidak harus syok sendiri saja. Buat program hanya untuk orang Umno. Saya nampak program yang dianjurkan hanya untuk ahli, muka yang sama dan tidak membabitkan generasi muda yang umum dan luas.

Kita harus sedar hakikat, pengundi muda untuk pilihan raya umum akan datang ada lebih 7 juta berbanding keahlian Pemuda 750,000. Oleh itu, kita kena menjangkaui batasan tradisi, tidak hanya menganjurkan program untuk ahli Umno.

Jika kita menarik penyertaan lebih ramai orang, proses meremajakan Umno akan berlangsung secara automatik kerana keyakinan orang muda kembali kepada Umno kerana Umno menampilkan wajah dan satu gerak kerja yang lebih sesuai dan serasi dengan orang muda.

Apa yang boleh YB tawarkan jika dipilih sebagai Ketua Pemuda.

Pertama, kita mahu bergerak dalam keahlian Pemuda Umno. Kita jaga kebajikan ahli Pemuda yang boleh menyebabkan ahli bersemangat membawa perjuangan. Jika kita tidak mampu menjaga rumah tangga, serta ekonomi ahli, maka semangat perjuangan turut terbatas kerana mereka terpaksa memikirkan kepentingan diri tanpa fikirkan masalah bangsa.

Kedua, menarik minat generasi muda di luar Umno. Kita nak mengenal pasti program untuk golongan muda di bawah umur 40-an ini. Kita akan mengadakan program untuk masyarakat bawah usia 40-an seperti pegawai kerajaan, guru, profesional, imam, ahli akademik serta media. Jangan kita fikir mereka yang bukan ahli Umno ini tidak sokong kita. Mereka ini menyokong cuma tidak menjadi ahli saja. Jadi, sentuhan ini berbeza. Kita perlu bertanya apa yang mereka mahukan dan apa yang patut Pemuda lakukan. Kadang-kadang kalau kita hanya mendengar suara orang Umno, pemikiran kita terbatas dan kita tidak menjadi masyarakat terbuka kerana tidak mendengar pendapat mereka di luar. Jadi saya mahu pecahkan sentimen sebegini dan segmen masyarakat. Kita mungkin adakan dialog dengan mereka dan buat program tertentu. Kita kena buat program mengikut sasaran masyarakat dan kehendak mereka.

Ketiga, saya mahu merapatkan lagi hubungan dengan parti komponen kerana sebagai Ketua Pemuda Umno, pemimpinnya juga menjadi Pengerusi Pemuda BN. Kita tidak boleh lupa kepada 14 parti komponen ini. Pendekatan yang ingin saya bawa adalah yang berhemah dan berprinsip tanpa berkompromi dengan perjuangan Umno serta pendekatan mengukuhkan lagi hubungan antara Pergerakan Pemuda komponen yang lain.

Sebelum ini kita melihat dan mencari penyelesaian dalam perbalahan yang berlaku. Kini, kita kena cari formula yang dapat kukuhkan hubungan malah, saya akan kerapkan mesyuarat Pemuda BN di semua peringkat supaya dalam apa isu kita akan bercakap senada dan satu suara. Saya tidak mahu lagi selepas ini isu seperti isu Melayu hanya dibangkitkan oleh Umno, Cina oleh MCA dan kemiskinan golongan muda India oleh MIC. Apa salahnya kita bangkitkan isu secara bersama, saya rasa tak salah. Saya rasa tak kurang semangat nasionalisme kalau saya bantu bangsa lain untuk masalah mereka sendiri. Inilah konsep perkongsian kuasa tulen.

Tidakkah YB melihat pendekatan bersuara bagi bangsa lain boleh mencetuskan rasa tidak senang.


Tidak. Apa salahnya kita melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan perjuangan. Contohnya jika kita perjuangkan isu kemiskinan di estet, adakah ini dilihat sebagai bercanggah dengan orang Melayu? Saya rasa tidak. Jika kita cakap mengenai bantuan kepada pelajar Cina, ia juga tidak menjejaskan tumpuan kepada kepentingan Melayu. Begitu juga dengan rakan MCA dan MIC yang sepatutnya sama-sama membantu isu lain yang turut membabitkan kepentingan Melayu di luar bandar. Ini bukan 'zero sum game' iaitu saya untung kamu kalah. Kita perlu cari isu yang boleh bawa keuntungan kepada semua bangsa.

Pandangan YB mengenai politik wang hingga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen mencadangkan sayap Umno dibubarkan.

Cara menangani politik wang bukan membubarkan, sebaliknya mengukuhkan lagi sayap parti. Inilah tempat kita mendidik ahli muda erti perjuangan sebenar iaitu majukan negara, bangsa serta tegakkan syiar Islam. Kalau kita bubarkan sayap ini, habislah idealisme parti yang membara di kalangan orang muda. Inilah tempatnya kita perangi habis-habisan politik wang. Kita terapkan jati diri, prinsip, keikhlasan perjuangan di kalangan mereka. Bagi menangani politik wang, kita harus kuatkan idealisme ahli.

Kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu seolah-olah politik wang cuma wujud dalam sayap sedangkan ia masalah umum yang perlu ditangani. Kalau pendidikan politik itu dijalankan menyeluruh dengan memberi latihan ahli Pemuda dan Puteri, mereka dapat menilai pemimpin berdasarkan kesungguhan dan keikhlasan perjuangan.

Saya juga mahu bawa satu budaya dalam Pemuda iaitu pemikiran yang matang. Apa saja kita buat perlu berdasarkan kepada hikmah dan kebijaksanaan. Kita pilih pemimpin bukan ikut sentimen, tapi kekuatan dan kesesuaian. Kalau tiada budaya ini dalam Pemuda, mereka akan ikut nafsu seperti kerakusan mendapatkan duit yang tidak berdasarkan kewarasan.

Tidakkah status menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengaburi kemampuan sebenar YB.

Saya melihat sebahagian besar perwakilan dapat menilai calon berdasarkan kekuatan peribadi bukan persepsi, pertalian keluarga atau kekuatan ekonomi. Selepas bertemu perwakilan dalam tempoh dua tiga bulan lalu, saya dapat rasakan kejujuran dan pemikiran mereka.

Saya tekankan kepada mereka, jangan pilih pemimpin kerana beliau menantu, anak atau pernah pegang jawatan tetapi pilih untuk masa depan Pemuda dan apa yang boleh beliau lakukan.

Apakah YB yakin dapat terus bertahan dalam bidang politik selepas peralihan kepemimpinan bulan depan.

Jika kemasukan saya dalam politik bergantung sepenuhnya kepada usaha Pak Lah, mungkin soalan itu relevan. Tapi dari dulu, saya cuba berdikari dan di atas kekuatan sendiri. Bagi saya, Insya-Allah saya boleh terus bertahan dalam senario pasca pentadbiran Pak Lah sebab saya tak pernah bergantung kepada pertalian itu. Saya berpolitik atas kekuatan dan kesungguhan saya.


Bagaimana dengan pandangan pihak yang beranggapan YB patut berundur selepas ketiadaan Pak Lah.


Biarlah kita serahkan kepada perwakilan membuat keputusan itu. Tiada siapa pun yang layak menentukan sama ada seseorang itu relevan atau tidak dalam parti selain ahli dan perwakilan.

Apa harapan YB bagi pemilihan ini.

Pertama, harapan saya perwakilan membuat pilihan calon mengikut merit. Kita perlu ada sistem merit dalam politik. Apabila kita nilai calon, kita tahu kelayakan calon itu untuk jadi Ketua Pemuda. Keupayaannya dari segi kebolehan dan kejujuran.

Kedua, saya harap perwakilan pilih calon yang mempunyai perancangan masa panjang untuk Pemuda bukan hanya 'singgah' untuk jawatan lain. Buat pilihan ikut realiti, bukan persepsi. Saya rasa perwakilan Pemuda lebih mengenali saya dan realiti siapa saya daripada persepsi yang ada.

www.bharian.com.my