Pages

Saturday, February 28, 2009

Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar



BUKIT MERTAJAM: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.
Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung.

Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

sumber - Berita Harian

komen PB

Ini lah sistem pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz jelmaan PAS yang dipelopori LGE.Tidak sampai setahun ulangtahun pemerintahan ala CAT ,rupa-rupanya CAT itu sendiri tidak diikut oleh pemimpin kerajaan negeri . CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!

Hujung tahun lepas dan awal tahun ini , Pejabat Tanah dan Daerah dengan MPSP telah melakukan operasi di seluruh kuari di PP bagi mengutip semula hasil royalti batu untuk hasil kerajaan negeri setelah beberapa lama tidak menerima daripada syarikat tersebut .Kadar Royalti ini bergantung kepada kapasiti pengeluaran Crusher tersebut dan jika banyak pengeluarannya maka royalti juga bertambah . Mungkin operasi yang dilakukan ini telah berjaya mengbongkarkan penyelewengan yang dilakukan oleh 2 orang pemimpin PKR ini seperti yang didakwa oleh Ahli Majlis MPSP itu . Menariknya mengenai Pulau Pinang ini walaupun negeri kecil tetapi jumlah kuarinya juga antara yang terbanyak di Malaysia .

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ..

2 comments:

  1. Kalau dah keturunan penyamun..maka penyamun jugak..cuma penyamun alim kucing..janggut dan berserban

    ReplyDelete
  2. Dalam Pemilihan UMNO 99% calon dari cawangan,Bahagian dan MKT adalah pengamal rasuah.
    Kalau nak nafi adakan 'sumpah laknat' seperti saiful buat terhadap DSI. kalau berani baru rakyat boleh terima UMNO kembali.TQ.

    ReplyDelete