Pages
▼
Thursday, February 26, 2009
Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
kemaskini 11.04 pm
Kabinet batal kenaikan tol di lima lebuh raya
27/02/2009 4:30pm
Oleh Zulkifli Jalil
PUTRAJAYA 27 Feb. – Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. – Utusan
Kadar tol di lima lebuh raya dinaikkan bermula 1 Mac
26/02/2009 11:50am
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. - Bernama
Saya memang terkejut dengan kadar kenaikan tol di PLUS ,SPRINT,AKLEH ,NPE dan Besraya bermula 1 mac (AHAD ini ) .Memang waktu yang dipilih terlalu cepat dan terburu-buru dilakukan . Adakah dengan memahsuhkan 2 tol di Lembah Klang oleh Zin Mohammad baru-baru ini boleh dijadikan pampasan untuk rakyat dengan menaikkan harga tol di 5 lebuhraya lagi .
Sebentar tadi juga Pak Lah juga memberi komen mengenai kenaikan tol ini dan minta Kabinet kaji semula kenaikan tol ini
PATTAYA 26 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.
Perdana Menteri berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini hari ini. klik di sini
Kita berharap Pak Lah dapat mengkaji semula kenaikan tol ini yang diumumkan oleh Zin Mohmmad dalam mensyuarat kebinet akan datang agar tidak membebankan rakyat yang sekarang ini dihimpit oleh krisis ekonomi global ,penganguran pekerja dan harga barang meningkat .
Sebenarnya kenaikan kadar tol ini memang menguntungkan syarikat-syarikat konsesi sahaja seperti PLUS yang memang dari tahun lepas meminta kerajaan menaikkan harga tol .Apakah wajar kenaikan harga tol ini ??? harga bitumen untuk tar sudah turun dan kos maintenance dan baik pulih jalanraya sudah turun , jadi apa lagi PLUS ini hendak?? jangan kerana mahu mengejar PROFIT dan meningkatkan KPI company sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat yang dihimpit beban jika kadar tol ini dinaikkan .
Kesan kadar tol naik
1- harga tambang bas ( sekolah ,ekspress ,persiaran ) naik
2- harga kos pengankutan naik menyebakan
3- harga barang juga naik
4- bila musim perayaan ,kesian kepada rakyat yang terpaksa pulang ke kampung membayar kadar tol yang tinggi
Pemuda UMNO perlu bertindak mengenai hal ini dan suara2 wakil rakyat di Parlimen juga tidak bersetuju dengan tindakan menaikkan harga tol ini . Memetik ucapan dari calon Ketua Pemuda UMNO yang bercakap Pemuda perlu membawa suara rakyat ,inilah masanya Pemuda UMNO perlu menjadi SUARA RAKYAT dan menentang kenaikan kadar tol ini.
Pemuda UmNo kena bertindak...dah kena cucuk hidung macam lembu macamana nak bertindak. terima jerrr la beb !! nanti lalu kat tol, tunjuk kad UmNo sure diaorang bagi freee punyerrrr.. kakakaka
ReplyDeleteNampaknya Malaysiakini tidak memaparkan lagi Blog yang dirujuk dengan perkataan 'Malaysiakini' di bawah ruangan Malaysiakini in Blog.
ReplyDeleteOleh itu sama-samalah kita memaparkan blog-blog bloggers tanahair di dalam blog-blog kita sendiri untuk mengetahui posting terkini dari sahabat bloggers.