Pages
▼
Saturday, January 10, 2009
Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) -- Kemesraan dan kematangan berpolitik jelas tergambar antara pemimpin Umno dan PAS semasa kempen rumah ke rumah pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang tiba-tiba bertembung dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut di Kampung Raja Chendering dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk kira-kira 4 petang, bertegur sapa dan saling beramah mesra.
Khairy ketika itu menunggang motosikal "kapcai" bersama beberapa petugas pilihan raya dalam lawatan rumah ke rumah apabila bertembung dengan Mohd Abdul Wahid yang mahu memulakan lawatan rumah ke rumah di kawasan yang sama.
Anggota Parlimen Rembau itu dan Mohd Abdul Wahid serta penyokong mereka kemudian sempat berbual mesra dan berjenaka selama kira-kira 10 minit berbicara mengenai kempen masing-masing sebelum mereka meneruskan program menemui pengundi.
Semasa pertemuan itu, Khairy kedengaran memberitahu Mohd Abdul Wahid supaya PAS tidak menggunakan taktik menyerang peribadi, sambil disambut oleh beberapa orang sekeliling mereka yang berkata "let's the best man win".
Ketika mengulas mengenai pertembungan itu, Khairy berkata ia menunjukkan kedua-dua parti saling bekerja keras bagi memastikan kemenangan.
"Pertembungan tadi cukup mesra. Tadi dia (Mohd Abdul Wahid) ada kata pendekatan BN ini cukup baik.
"Dia kata kempen yang dijalankan BN juga cukup baik kerana kita tidak menyerang peribadi calon. Kita ucap tahniah pada dia. Kita nampak kempen yang dijalankan oleh kedua-dua parti cukup matang dan berhemah," katanya.
Khairy berkata terdapat segelintir penyokong PAS sendiri tidak menyenangi strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan serangan peribadi dalam kempennya.
"Saya dengar cerita, penyokong PAS dan jentera PAS tidak senang dengan kehadiran Anwar... bila dia buat serangan peribadi termasuk menyamakan Umno dengan Israel, ini yang tidak boleh diterima mereka (penyokong PAS)," katanya.
Sebelum itu, Mohd Abdul Wahid memberitahu pemberita beliau yakin mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kali ini.
"Sokongan daripada pengundi Cina saya amat berpuas hati dan saya telah terangkan kepada mereka tentang wadah perjuangan saya dalam Pakatan Rakyat dan saya yakin mereka menyokong saya," katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Abdul Wahid, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan calon Bebas, Azharudin Mamat alias Adam.
-- BERNAMA
Dah bertembung, mestilah bertegur sapa..
ReplyDeletesekurang2nya senyum :-)
Suara Keramat Rakyat Terengganu :
Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
itu lah yang kita mahu kan ..dalam kita berpolitik semangat ini yg kita mahukan ..
ReplyDeletetiada serangan peribadi seperti PKR itu yg awal2 lagi sebelum penamaan calon sudah tampal gambar altantunya .ini semua kerja anwar ibrahim dan konco2 dia la
xkan la nak bermusuh... politik politik la jugak... apa ke bodohnya ko nih? bengong... aku hrp biar be end (bn) kalah padan muka...
ReplyDeleteNate kahairy
ReplyDeleteaku masih percaya BN mampu menang di K. Terengganu ..
ReplyDeleteGelombang Biru 2004 akan bersama dgn BN ..
gelombang biru ke? atau tidak... kita sama2 tgk laa nanti... kalah menang adat bertanding..... islam hadhari... terengganu bestari... ia sesat dan menyesatkan...khaaaakkk..tuihhh!!!!
ReplyDeleteislam hadari tidak menyesatkan , ustaz pas je kata sesat ..
ReplyDeletekita tunggu joe keputusan mcmana nanti 17hb