Pages
▼
Monday, November 17, 2008
YB Khairy Jamaluddin yang mudah didekati
Gambar atas: SUKJ berbaju kemeja biru]
Sebelum ini saya ada dengar sesetengah orang mengatakan KJ itu sombong dan susah untuk kita dekati dirinya.
Maka atas faktor itu, saya telah berusaha untuk mengenal pasti apakah dakwaan-dakwaan sesetengah pihak itu benar atau disebaliknya.
Akhirnya saya dapat bertemu juga dengan KJ minggu lepas. Di sini saya ingin menyatakan bahawa apa yang dikatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Pertama kali dapat berjumpa KJ, saya rasa beliau sememangnya merupakan seorang pemimpin yang amat mudah untuk kita dekati.
Dalam pertemuan pertama kali itu, saya telah melontarkan berbagai-bagai soalan sama ada berkaitan politik, sosial, ekonomi sama ada dalam mahu pun luar negeri. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah saya akui dan mengiktiraf YB Khairy Jamaluddin sememangnya merupakan seorang Pemimpin generasi muda UMNO yang amat berkualiti pada masa kini.
Terus terang saya katakan UMNO akan rugi sekiranya pemimpin pemuda seperti Khairy Jamaluddin ini tidak diberi tempat oleh ahli-ahli UMNO khususnya dikalangan pemuda-pemuda. Bukanlah niat saya untuk sengaja mengangkat atau memujinya tanpa sebab dan fakta tetapi itulah realitinya. Pemilihan KJ sebagai pemimpin masa depan pilihan saya adalah tepat sekali dan tidak boleh dinafikan lagi.
Sebenarnya pada hari ini UMNO kekurangan pemimpin-pemimpin yang 'berkualiti'. Jika UMNO mempunyai pemimpin yang berkualiti, saya percaya UMNO tidak akan menghadapi masalah seperti hari ini.
Hari ini rakyat dahagakan dan mahukan seorang pemimpin yang berkualiti. Saya tidak menafikan bahawa Dr.M adalah seorang pemimpin yang berkualiti. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seorang pemimpin yang berkualiti.
Kenapa Dr.M boleh bertahan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun? Ini kerana beliau seorang pemimpin yang berkualiti. Begitu juga kenapa kini ramai dikalangan anak muda agak condong ke pihak pembangkang? Ini kerana di situ terdapat seorang pemimpin yang lebih berkualiti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh itu mulai sekarang sekiranya UMNO mahu kekal sebagai parti pilihan rakyat dan parti pilihan golongan muda-mudi, saya fikir UMNO mestilah melahirkan dan menampilkan pemimpin-pemimpin yang lebih berkualiti.
Dalam hal ini saya ingin meyakinkan semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO bahawa Khairy Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berkualiti yang ada dalam UMNO pada hari ini. Oleh itu tidak salah lagi sekiranya saya meletakan diri beliau sebagai pemimpin masa depan pilihan saya.
SUARA SUKJ
Salam,
ReplyDeleteJika takdir Allah menentukan bahawa KJ akan menang, maka semua pihak kena akur nanti.. Nampak gaya dia boleh menang jika usaha lebih.. tapi banyak halangan dan cobaan... Jika kalah nanti, jangan frust atau buat tindakan yang bertentangan sebagai orang cerdik pandai. Walaupun saya bukan penyokong KJ tetapi semua pihak harus 'sporting' dalam politik. Saya percaya KJ punyai nilai kematangan yang tinggi untuk menilai semua ini dengan baik dan rasional.
Sokong usul satu bahagian 1000 blogger oleh blogger taipingmali...
ReplyDeletepaling kurang satu bahagian satu blogger utk perang cyber seperti cadangan blogger pedangberbisa.
sy cdg kt semua dpt contact melalui YM antara satu sama lain.
Sy hrp sesama kt dpt buat team dan selalu chat selalu dlm conference.
Kita listkan member yg aktif dan selalu ziarah menziarahi beri komen utk posting terkini team kita.
Siapa join kita listkan dlm link blog kita.
Time tu may be kt leh buat conference open to sapa2 dan berhujjah apa2 isu menarik dgn mereka.
Rasa jika dah popular ramai akan dtg tgk.
Sbb menarik dn pantas respon....
mohon mencadangkan..
add YM saya :
panglimaperangcyber@yahoo.com
Dr Khir Toyo tak nak komen ke pasal politik wang? Kite heran le kenape name naik 'baik punya' di akhir akhir persidangan Pemuda? Ajaib...ajaib...ajaib...!
ReplyDeleteterima kasih org muhkriz -perlis
ReplyDeleteseperti YB KJ cakap bila masuk politik ,kita jgn meletak harapan tinggi .menang dan kalah asam garam politik dan kadang kala kita di atas dan dia bawah .
yang penting kita kena ikhtiar dan tawakal la. YB kj byk belajar falsafah politik Pak Lah ,walaupun pernah kalah ,dan jatuh tapi dia bangun semula ..
apapun kita orang UMNO ,selepas pemilihan ini kita bersama balik dan berjuang bersama-sama ..
salam setiakawan