Pages
▼
Sunday, November 16, 2008
Saya rela menjadi Mangsa dari menjadi seorang biadab
Apabila saya membaca akhbar alternatif SIASAH terbaru ,saya lebih berminat berita mengenai temuramah oleh Editor SIASAH MSO . Temuramah ini merupakan kali pertama dan YB KJ sedia ditemuramah oleh akhbar itu . Kemunculan KJ di dalam arena politik negara menimbulkan banyak kontroversi ,fitnah dan pelbagai tohmahan .Apakah persepsi terhadap beliau merupakan realiti atau pun retorik untuk memburukkan imej beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO ?
Di dalam temuramah itu ,beliau telah memberi pandangan tentang permasalahan dalam UMNO dari pandangan seorang anak muda iaitu UMNO perlu perubahan dan pembaharuan untuk menarik minat orang muda kepada UMNO. UMNO perlu tonjolkan lebih terbuka ,lebih inklusif dan bukannya imej elite yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Selain itu ,beliau juga menerangkan kaedah2 yang akan digunakan untuk menarik golongan muda iaitu tidak hanya mengadakan program untuk Pemuda sahaja,malah perlu bersama dengan generasi muda di luar . Turun padang dan bertemu golongan muda di setiap negeri di sesi dialog bersama golongan muda ,town hall meeting merupakan antara idea-idea bernas KJ untuk menarik orang muda kepada UMNO.
Saya cukup tertarik soolan ini dan YB KJ telah menafikan tuduhan mengenai pembahagian projek2 kepada ketua2 pemuda.
" Seperti yang saya cakap dalam interview saya akhir-akhir ini ,ada usaha nak buruk dan menjatuhkan saya.Dilempar tuduhan saya kaya ,main projeklah dan macam-macam.Ini semua semata-mata untuk menjatuhkan imej dan secara tidak langsung tempiasnya kena kepada PM. Memang saya terima padahnya hari ini dengan pencalonan begitu rupa .Tetapi saya tidak mudah patah semangat,saya berjumpa dengan perwakilan saya exlain.Kalau saya tidak explain maka ia akan terima saja aa yang dia dengar itu "
Selain itu ,KJ apabila ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh Tun dan beliau bersikap tidak menjawab ,ini jawapan KJ
" Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .
Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB "
Debat
KJ juga menghuraikan debat antara calon Ketua2 Pemuda ini baik,diadakan dalam tertib dan sebagai platform terbaik untuk calon2 tunjukkan perubahan apa yang hendak di bawa. Sebenarnya debat itu sendiri adalah perubahan dalam UMNO dan UMNO perlu lebih terbuka. Tafsiran Muhkriz bahawa pemilihan UMNO ini adalah hal dalaman UMNO ini yang masalah dan persepsi orang UMNO ini tertutup. Debat ini juga boleh kita tonjolkan bahawa kita bukan parti perkauman kepada kaum lain dan gagasan Melayu boleh dibawa dalam agenda kebangsaan .
Untuk semua perwakilan Pemuda ,jangan menilai seorang itu dari mendengar cerita dari orang tanpa mengetahui cerita sebenar @ mengenali peribadi beliau . Jika ada kemusykilan lebih baik terus ke bertanya kepadanya sendiri @ berjumpa. Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.
" jangan kita tutup hati dan minda kita atas rasa kebencian dan ketaksuban kepada seseorang "
klik link:Saya lebih rela menjadi mangsa dari menjadi seorang biadab
Hidup YB Khairy, satu contoh kepada Melayu muda. Towering Malay. Hanya anak diplomat kerajaan tetapi ke puncak menara gading. Syabas. Bukan macam mukhriz, SPM level gred 3, sungguh memalukan Bapaknya bekas PM.
ReplyDeleteHalim
terima kasih sdr Halim .. YB KJ adalah bakal pemimpin masa hadapan negara . Kita jangan percaya kepada cerita buruk orang mengenainya jika tidak pernah kenal padanya.
ReplyDeleteHidup KJ
salam setiakawan ..
setiap insan pasti ada kelebihan dan kelemahan tetapi akal diberi untuk menilai kelemahan seterusnya memperbaikinya bagi menonjolkan kelebihan yang ada.salam singgah blog pejuang nii...hehee...
ReplyDeleteSalam PB,
ReplyDeleteAku petik kata-kata Khairy:
Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB "
Sebaliknya analisa SWOT yang dilakukan oleh pro setiakawan kata antara kelemahan Khairy ialah lambat menjawab tuduhan. Dah tahu tu sebagai masalah, jawab la kalau tak bersalah.
Satu lagi, aku rasa Khairy yang kena label oleh MP Pokok Sena sebagai BABI Negara dalam dewan parlimen. Tu lah nak cakap fakta biar betul.
Aku dah pesan, nak jadi pendekar Melayu, tuntut ilmu dulu.
Wassalam.
Hidup KJ!!!! Calon yang masih umur pemuda, 2 peggal jadi KP Rembau, 1 penggal NKP UMNO M'sia. Mukhriz, tak pernah pon jadi KP Pemuda Bhg, kalah kpd towkay beras Zulkipli 2004 di Kubang Pasu.
ReplyDeleteAli
Salam pejuang bangsa
ReplyDeletepiggy sigh ,lambat menafikan tuduhan kerana kita respect orang tua tu ..dia ramai org hormat ,maybe YB KJ tahu orang akan marah kalau dia membuat kenyataan balas balik dengan fakta . Itu maksud dalam blog pejuang bangsa "SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB "
kalau YB pokok sena kata KJ spt itu ,aku nak bgtahu Muhkriz punya la memalukan kena marah dengan Tajuddin Pasir Salak ,dok teragak2 nak bangun untuk mencelah ,tiba2 Tajuddin cakapa Nak bangun,bangun la !! dalam parlimen ..malu woi depan MP Pembangkang..sampai Mahfuz cakap macam ni ke nak jadi Ketua Pemuda UMNO ,kalah la !!!
ini la hakikat piggy woi penakut muhkriz itu ..patutla tidak mahu debat kerana dia mmg tak berani
Saya amat bangga dan kagum dengan cara KJ menagani sesuatu masalah. Bukan dengan membuat kenyataan media tetapi kosong. Mengguanakan fakta yang tepat dna jitu dalam segala hal. Syabas.
ReplyDeleteSaya doakan YB anak menang pertandingan merebut jawatan ketua pemuda UMNO malaysia pada March nanti.
Inilah contoh pemimpin muda yang amat diperluakan pada masa kini. Bukan sekadar berani tetapi berisi.
ReplyDeleteHIDUP KJ! HIDUP KJ! HIDUP KJ!
Selamat maju jaya.
Wahai ahli-ahli PEMUDA yang diberi mandat pada Mar 2009. Lihatlah dan nilailah bakal calon Ketua Pemuda Malaysia dengan pengisian. Ketepikan sentimen-sentimen retorik dan semasa. Jangan gelap mata hanya kerana wang. Kita perlukan kepimpinan yang kuat dan berilmu.
ReplyDeleteI LOVE KJ!
ReplyDeleteTak kenal maka tak cinta. HIDUP KJ!
ReplyDeleteKJ Pahlawan Melayu yang gemilang dan terbilang!
ReplyDeletehh
ReplyDeleteterima kasih kerana menyokong KJ
Pemuda UMNO hanya perlukan pemimpin yang boleh memimpin seperti Yb KJ .
kita jangan terlalu mendengar persepsi orang tanpa mengenali peribadi beliau . KJ adalah mudah didekati dan mesra dengan siapa saja. Cuba kita memahami visi dan misi KJ terlebih dahulu dan perubahan yang hendak dibawa.
Salam setiakawan
YB KJ adalah aset UMNO dan seperti kata blogger sukj ,KJ adalah pemimpin berkualiti dalam UMNO
ReplyDeletesyabas pejuang bangsa kerana anda berani menyokong KJ ,hatta orang banyak membencinya kerana mendengar persepsi salah ttg KJ . Anda dan beberapa blogger lain seperti SUKJ menyokong YB KJ bukan hanya membuta tuli tetapi anda melihat Yb KJ mempunyai masa depan yg cerah sebagai pemimpin .
joe bukit mertajam