Pages
▼
Monday, November 3, 2008
Muhkriz takut berdebat
Debat bukanlah perkara yang tidak baik, jika pendebat pandai dan bijak untuk menyusun ayat dan apa yang mahu disampaikan. Bukan semua orang boleh berdebat dan berfikir secara pantas di hadapan khalayak ramai. Ramai orang percaya bahawa pendebat yang baik ialah pendebat yang mempunyai kepintaran akal, selain kepintaran berhujah.
Antara calon Ketua pemuda UMNO memang kita tidak dinafikan bahawa Khairy Jamaluddin boleh berdebat di dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik . Kita tidak juga menafikan bahawa Khir Toyo juga boleh berdebat jika dibandingkan dengan Mukhriz. Bagi mereka yang menyaksikan bagaimana Mukhriz yang telah memberi komentar dalam Astro Awani tentu faham kenapa Mukhriz enggan berdebat kerana dalam rancangan berkenaan cara beliau memberikan komen seperti budak tingkatan tiga dan tidak mempunyai fakta langsung.
Malahan laman blog anotherbrickinwall, awal-awal lagi mereka telah mengakui bahawa Mukhriz tidaklah sehebat Khairy dan tidak perlu menyahut cabaran Khairy kerana Khairy mempunyai kelebihan dan track rekod debat yang lebih baik dari Mukhriz.
Track rekod perbahasan dan debat Khairy Jamaluddin
1.Jika kita imbas kembali ketika ucapan usul ekonominya yang bahaskan oleh Khairy pada tahun 2005 dan usul subsidi 2007 di mesyuarat agong UMNO yang lalu Khairy berjaya memukau ribuan pendengar, KhairyJamaludin yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO dikatakan antara pembahas usul yang paling bernas dan telah berjaya menarik minat para perwakilan dan permerhati yang memenuhi Dewan Merdeka pada hari kedua perbahasan usul tersebut.
Beliau yang di beri tugas membahaskan usul ekonomi dan pelajaran serta merupakan pembahas terakhir sebelum sidang beristirehat tengah hari telah membawa beberapa usul yang di anggap bijak dan bertepatan.
2.Seterusnya beliau menjadi penceramah utama Pemuda di Kuala Berang,Pangkalan Pasir, Batu Talam, Machap, Ijok dan Permatang Pauh. Jelassekali Pergerakan Pemuda memerlukan seorang pemidato yang terbaik.
3.Ingatkah lagi ketika konfrantasi Suqiu dengan Bangsa Cina dahulu? Siapakah yang menjadi perunding ketika itu jika bukan Khairy Jamaluddin. Dimana Mukhriz pada waktu itu? Masih terlena dibuai ulik mimpi lagi.
4. Kuala Lumpur, 28 Julai - TV3 pernah menyiarkan debat antara Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB)
5.Khairy juga pernah berdebat dengan parti pembangkang ketika berhadap dengan Tony Pua dan Nik Nazmi baru-baru ini Kuala Lumpur, dengan tenang beliau menjawab dan membidas semula usul-usul yang dibentangkan oleh pihak pembangkang. Sekurang-kurangnya Khairy tidak takut berhadapdengan pembangkang ketika dicabar debat dua lawan satu.
6.101 East Debate on Nov10 Bersih Rally, itulah isu yang dimainkan oleh Malik Imtiaz di AlJazeera ketika berdebat dengan Khairy. Ketika Malaysia dilanda golombang kuning yang mencemarkan nama baik dan maruh negara, Khairy dipanggil untuk membersihkan nama dan maruah Malaysia.
Cadangan debat antara calon Ketua Pemuda UMNO, jika di lihat darisegi sudut yang positif sebenarnya amat baik sekali bagi menerangkan apakah visi masing-masing dalam kepimpinan Pemuda UMNO , akar umbi akan dapat menilai siapakah pemimpin yang berkaliber dan perancangan mereka untuk masa depan negara yang lebih gemilang.
Jika benar Mukhriz mahu membuktikan beliau mampu membawa perubahan dalam Pergerakan Pemuda Umno, berubahlah dari sekarang… buktikanlah bahawa beliau boleh melakukan seperti apa yang telah dilakukan olehKhairy.
Mukhriz tidak perlu takut berdebat dengan Khairy Jamaluddin kerana Khairy tidak akan tanam Mukhriz hidup-hidup kerana beliau bukanlah samseng atau kaki buli sepertimana yang disangkakan.
No comments:
Post a Comment