Pages

Saturday, September 6, 2008

Realiti Sebenar MB Perak


realiti sekarang di Perak

Sungguh sedih dan menyayat hati melihat tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perak (Pakatan Rakyat) yang telah menggadaikan satu demi satu hak Bangsa Melayu kepada Bangsa Lain. Saya masih teringat sewaktu menuntut di IPTA suatu ketika dahulu, pernah terlibat secara langsung dalam jemaah yang memperjuangkan daulah Islamiah. Demontrasi di Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya menentang cadangan samy velloo memindahkan Masjid Ar-Rahman demi kerinchi Link beliau. Alhamdulillah usaha kami berhasil.

Sewaktu di Universiti pelbagai gelaran dihemburkan terhadap UMNO, berjuang menentang kepimpinan negara yang tho’ghut dan sebagainya. Tetapi jelaslah bahawa perjuangan kami hanyalah sia-sia. Nizarlah penyebabnya, Ustaz Haji Hadi memerintah Terengganu tidak pula menggadaikan maruah Bangsanya kepada kaum pendatang. Tok Guru Nik Aziz memerintah Kelantan puluhan tahun, tidak pula menggadai maruah bangsanya kepada kaum pendatang. Tetapi mengapa Nizar memerintah Perak hanya baru 100 hari pelbagai perkara di serahkan kepada kaum pendatang. Tidakkah dia sedar tindakan beliau akan memberi kesan kepada anak bangsanya sendiri pada masa akan datang?. Tidakkah dia sedar bahawa menyerahkan tanah kepada golongan yang bersimpati dengan perjuangan komunis akhirnya akan menyebabkan mereka akan membawa ratusan ribu geran-geran tanah mereka ini ke Mahkamah Antarabangsa untuk menunjukkan bahawa merekalah pemilik tanahair ini.

Nizar, jangan sampai kamu digelar Kamal Attaturk laknatullah moden yang membinasakan bangsa sendiri semata-mata ingin dihormati oleh kaum lain. Walaupun kamu sepupu Ngeh tetapi ingatlah saudara se-agamamu lebih dekat denganmu. Jika benar kamu menolak abangmu dan keluargamu sendiri. Jangan ditolak juga sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam jemaah. Kami telah berjuang, kami telah berdemonstrasi, kami telah berkorban demi menegakkan syiar Islam. Janganlah disebabkan kamu, kami yang menerima akibatnya. Islam tidak pernah mengajar ummatnya menjadi bachul. Kenapa perlu mendengar nasihat dari individu yang bukan seagama denganmu. Kenapa perlu bertuan dan memenangkan kaum yang bukan sebangsa denganmu. Islam tidak pernah mengajar kita menjadi sebegitu.

Siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak? Orang Melayu yang Beragama Islam, atau Bukan Melayu dan Beragama Bukan Islam.

perakbangkit.blogspot.com

1 comment:

  1. Kerajaan Negeri tak ada duit...bagi kat sekolah agama, tak dak untung...kena bagi peruntukan lagi ada la....bagi sekolah cina, depa boleh tubuh syarikat untuk pengurusan...duit sekolah dapat, kerajaan negeri pun dapat...
    Nizar tak paham istilah FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, pasal dia bukan cikgu...dia hanya mengikut arahan DAP....

    www.pilihan-anda.blogspot.com

    ReplyDelete