Pages

Saturday, September 6, 2008

Ketua Polis Negara nafi khabar angin dakwanya nazak dan lumpuh



05-09-2008 05:35:05 PM

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (gambar terbaru) hari ini menafikan laporan sebuah akhbar parti politik tempatan yang mendakwa beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Ogos lalu.

Musa, yang kelihatan sihat dan ceria, berkata beliau kini dalam keadaan yang sihat dan semakin pulih setelah menjalani pembedahan selama empat jam itu dan akan kembali bertugas bulan depan.

Beliau yang berjalan tanpa bantuan tetapi secara perlahan-lahan turut melahirkan rasa kesalnya terhadap berita yang disiarkan dalam akhbar mingguan "Suara Keadilan" edisi 4-11 Sept 2008, yang seolah-olah menipu rakyat yang sentiasa menantikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya.

"Saya terbaca berita dalam akhbar itu yang mendakwa saya lumpuh dan nazak. Saya kesal dengan laporan tu. Bagi saya, ia satu berita palsu yang zalim, disebarkan orang-orang tertentu yang ingin membinasakan saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.


pejuang bangsa- aku pun ada menerima sms suruh tengok tv1 tadi yg mengatakan KPN kita dah lumpuh .Terkejut juga aku dan aku anggap ini sms palsu dan fitnah dari pihak tertentu .Biasala doa nak binasa orang dan dipohon di masjid bandar perda pada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh tetapi kenapa ye ia tidak termakbul juga.Kesimpulanya sebelum tarikh 16 sept ini akan banyak lagi fitnah2 akan muncul di muka bumi Malaysia ini dan kita sebagai orang Islam ,di bulan Ramadhan yang mulia ini jangan mudah terpedaya dengan fitnah2 ini kerana jika kamu percaya fitnah tanpa selidik dan periksa kesahihannya maka kamu orang yang jahil .

2 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    HARAKAH dan suara keadilan- yang buat laporan palsu tu.

    Kalau anwar jadi PM nanti, jawtan ketua polis negara dia hendak berikan kepada Ramlang Porigi sebab jawatan iman tak ada kelas kot.

    ReplyDelete
  2. abe mie ...ramlang itu pun akan dikenakan tindakan tidak lama lagi kalau dia tidak mohon maaf kpd pegawai khas TPM . itu lah ikut telunjuk PKR lagi

    ReplyDelete