Pages
▼
Wednesday, July 30, 2008
Kuil di kawasan majoriti Islam di negeri Perak
Alkisah wujudlah sepohon ara yang pada penganut Hindu sangat mulia kerana itulah kawasan pertapaan salah satu dewa yang mereka muliakan menurut tafsiran mereka. Terletak di kilometer 10 Jalan Ipoh - Tanjong Rambutan, berhadapan dengan Kedai Rakyat Sunway City, kuil yang bermula dari teduhan kepada sebuah berhala di zaman lalu telah dipuja puja hingga kini boleh dikategorikan kuil di tanah kerajaan.
Ironiknya, hari ini, kawasan radius satu kilometer di sekeliling kuil pondok tersebut telah dibangunkan sehingga menampung hampir 30,000 orang penduduk yang mana 75% penduduknya adalah orang Melayu Islam. Altitud yang tinggi membolehkan apa-apa struktur besar yang dibina di situ menjadi pusat kepada radius kawasan ini.
Berikut kapasiti penduduk 1 km sekitar radius 'pondok berhala' tersebut :
Kg. Tersusun Batu 5, ( selatan kuil ), lebih 7,000 penduduk, 60% Melayu, 35% India.
Kg. Tersusun Batu 6, ( barat kuil), lebih 5,000 penduduk, 80% Melayu, 12% India.
Dataran Perpaduan Selatan, ( barat kuil ) lebih 6,000 penduduk, 60% Melayu, 30% India.
Taman Bercham Raya, ( utara kuil ) lebih 8,000 penduduk, 85% Melayu, 5% India.
Taman Perpaduan ( utara kuil ) lebih 6,000 penduduk, 80% Melayu, 10% India.
Taman Perpaduan Koperasi ( barat kuil ) belum siap sepenuhnya. Anggaran populasi : lebih 5,000 penduduk, 60% Melayu.
Kedai Rakyat ( timur kuil ), tidak berpenduduk, rizab bumiputra.
Apakah kuil ini akan diluluskan Pakatan Rakyat pimpinan PAS yang ditunggang DAP & PKR nanti? Nescaya mereka tunduk pada desakan-desakan ahli politik pro-Hindu di dalam kerajaan yang dipimpin olehnya.
Dengan terletaknya nanti sebuah kuil tersergam indah di sebuah changkat yang dapat dilihat dari segenap kawasan Melayu ini pastinya itu adalah hasil dari tangan pengundi sendiri. Memilih untuk sesuatu yang mereka langsung tidak fahami dan menggunakan politik pendek akal untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.
Sudahlah masjid terhampir di kawasan ini terletak 3 km dari lingkungan Taman Perpaduan, Batu 5 dan Batu 6, sebuah kuil Hindu mungkin akan diluluskan pembinaannya oleh kerajaan pimpinan PAS di Perak dengan tunduknya mereka kepada fundamentalis Hindu atas nama kesaksamaan yang pada hakikatnya akan menjadi pencetus sengketa.
Dengan terdirinya kuil hindu dikemuncak sebuah changkat itu, tidakkah akan menjadi sengketa apabila pelampau-pelampau membunyikan loceng mereka ketika surau-surau sekitarnya melaungkan azan dengan serentak? Siapa yang berani memberi jaminan?
Siapa yang akan menjamin pelampau Hindu tidak akan meraikan pengiktirafan pembinaan kuil mereka di tengah-tengah kawasan yang mempunyai 80% penduduk Islam?
Jika mereka penganut Hindu yang beriman seperti Gandhi, pastinya mereka berpindah dari situ. Malangnya, ahli politik pembangkang menyemarakkan ajaran Hindu yang salah kepada mereka dan pastinya, di bawah Pakatan rakyat, sebuah kuil Hindu akan terbina di tengah-tengah petempatan orang Islam. Siapa yang bertanggungjawab? PAS !
Tidak bersalah si pohon ara,
Datang manusia berlutut menyembah,
Tidak datang pengubah cara,
Di dalam lipatan gunting mencelah.
No comments:
Post a Comment