Pages
▼
Saturday, July 26, 2008
Ezam gegarkan Perak
“Jika Anwar mahu menyalahkan DEB sebagai punca kepada segala permasalahan rasuah kerana ada pengagihan kontrak yang tidak seimbang, maka beliaulah yang sebenarnya telah menjadi PUNCA kepada kepincangan tersebut!”
“Sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan sistem melahirkan Kontraktor Bumiputera Wibawa. Anwar telah mengarahkan Kementerian Kewangan memberikan setiap syarikat syarikat yang terpilih ini kontrak bernilai paling minima RM1 bilion, tanpa sebarang tender [direct nego]”Itulah antara petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya di Perak malam tadi.
22 Julai – Selasa;- bertempat di perkarangan gelanggang bolakeranjang pekan Kerai, Sungai Siput, UMNO Bahagian Sg Siput telah menganjurkan Ceramah Khas Ezam Mohd Nor.
Tempat ceramah terletak betul betul dihadapan Balai Polis pekan Kerai.
“Gegaran sudah mulai dirasai di Perak ini, ceramah UMNO semakin mirip ceramah PAS sewaktu mereka jadi pembangkang disini. Tengoklah hadirin yang datang malam ni.., dulu tak pernah ramai macam ni” ujar seorang Ajk Bahagian UMNO Sg Siput.
<
Ceramah Ezam semakin mendapat sambutan. Ruang tempat duduk penuh sehingga limpahan ratusan hadirin terpaksa berdiri dibahu jalan dan ada kalanya memperlahankan kenderaan yang lalu lalang disitu.
Ezam telah berjaya menanamkan keyakinan hampir seribu hadirin malam tadi atas semua penjelasannya mengenai keadaan politik semasa. Terutamanya dalam isu kemelut politik Pakatan Rakyat yang semakin longlai, dan juga pendedahan eksklusif perihal Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment