Pages

Saturday, May 3, 2008

Pengakuan Ezam Terhadap Perjuangan Anwar - Mohd Sayuti Omar


Pengakuan Ezam Terhadap Perjuangan Anwar - Mohd Sayuti Omar
Menjenguk website dan blog yang saya selalu kunjungi, telah berpeluang membaca tulisan seorang blogger, Mohd Sayuti Omar.


Beliau menulis temuramahnya dengan Ezam yang disiarkan di klpos.com dan msomelayu.blogspot.com meceritakan pengakuan Ezam yang kini menyepi dari persada politik. Penulis itu sendiri terasa kehilangan Ezam tatkala Pakatan Rakyat sudah memenuhi banyak kerusi Parlimen yang akan bersanding sehari dua lagi dan juga telah merampas lima [5] buah negeri di Semenanjung Malaysia. Turut diungkai, pandangan peribadi penulis yang menganggap Ezam dan Azmin seperti kembar siam menjadi perisai kepada Anwar Ibrahim. Itu semua menjadi bahan sejarah perjuangan Anwar Ibrahim.

Mohamad Ezam Mohd Nor, sekarang ini lebih menumpukan kepada perjuangan melawan Rasuah habis habisan. Beliau lebih fokus memimbing NGO, Gerakan Anti Korupsi Malaysia [GERAK].

Memetik beberapa potongan perenggan cerita yang dilaporkan ada menyebut


"Ezam berterus terang bahawa dia tidak senang dengan sikap dan perwatakan politik Azmin Ali. Azminlah yang tidak menyenangkan jiwanya. Kini ia sudah berjangkit kepada Anwar. Sikap Anwar yang tidak membelanya dan terus menunjukkan sikap panas barannya bila Ezam melakukan sikit kesalahan, menjadikan Ezam merasakan dia tidak berguna. Menurut Ezam pernah sekali mereka bertemu di hospital semasa melawati seseorang namun Anwar buat tidak endah dan menghormatinya langsung. Lantaran itu dia merasakan wajar beliau terus kekal dalam perlariannya itu."

"Bila bercakap mengenai Anwar, Ezam tidak segan silu lagi. Beliau beterus terang mendakwa bahawa Anwar kini sudah berubah. Ezam lantas membalun Anwar yang tidak lagi memperjuangkan Melayu. Anwar menurut pemerhatiannya sudah tidak meletakkan Melayu sebagai tonggak perjuangan PKR. Itu alasan dan justifikasi kenapa beliau dingin kepada Anwar dan PKR."

"Dalam masa sama katanya Anwar turut menolak DEB, yang menjadi kebanggaan dan harapan orang Melayu selama ini. Bagi Ezam penolakan DEB oleh Anwar ini sangat buruk dan huduh. Buruk dan huduh sehingga beliau melarikan diri dari kemelut perjuangan PKR."

msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment