default

Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas

on Monday, January 5, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Oleh: Noor Hasilah Ismail

Perbuatan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.

"Inilah dia contoh "Kerajaan Berkebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kempen Tabung Bantuan Bencana Alam di Pasar, Seni,Kuala Lumpur,Ahad.

"Saya amat dukacita dan berharap Kerajaan Negeri Perak memikirkan semula tindakan drastik ini kerana kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa," tambahnya.

Muhammad berkata beliau sudahpun memberi arahan kepada pegawai-pegawainya mencari tempat alternatif dan kerajaan akan menampung bayaran sewa tempat-tempat yang dipilih itu.

"Walaupun saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai supaya mencari tempat yang berhampiran dengan kawasan lama, sekiranya tidak ada pilihan, kita mungkin terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh. Ini pastinya akan menyukarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka. Tetapi buat masa ini, itu sahaja yang kami dapat buat," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa hampir 13,000 murid tadika di Perak terjejas pembelajaran mereka berikutan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 tadika milik agensi itu. baca lagi di sini

PASTINYA AKAN BERLAKU JUGA TINDAKAN KEJAM INI SEPERTI ZAMAN PAS DI TERENGGANU DAHULU APABILA KERAJAAN PAS TERENGGANU DAHULU MENUTUP TABIKA KEMAS DAB BALAI RAYA DI TERENGGANU . RAKYAT TERENGGANU TENTUNYA MENGINGATI LAGI TINDAKAN KEJAM PAS DAN PERKARA INI BERULANG LAGI DI PERAK DI BAWAH KERAJAAN DAP DAN PEMIMPIN BONEKA PAS NIZAR JAMALUDDIN.

APAKAH DOSA ANAK-ANAK KECIL INI INGIN BERLAJAR DAN MENUNTUT ILMU DAN DITUTUP /DIKUNCI TABIKA DAN DIHALAU MEREKA SEBEGINI ??SUDAH LA AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDIN MENGHINA GURU-GURU TABIKA DENGAN MENGGELAR MEREKA MAKCIK KINI KERANA DENDAM KESUMAT MEREKA TERHADAP KERAJAAN BN SEHINGGA MAHU MENGGADAI ANAK BANGSA SENDIRI UNTUK MENUNTUT ILMU ...

UNTUK PENGUNDI KUALA TERENGGANU , KITA AJAR PAS YANG ANGKUH INI DENGAN UNDI !! UNDI PAS MEMBAWA PADAH !!


PAUTAN

Perak diminta jelas arahan kunci Tadika Kemas

default

Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman rejim Israel

on Saturday, January 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional(BN) meminta kerajaan supaya memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat korporat atau individu yang memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin di Genting Gaza.

Perkara itu disuarakan oleh Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas menyertai perarakan secara aman anjuran 'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' dari Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Palestin di Jalan U Thant, lebih kurang 700 meter pada petang Jumaat.

Beliau berharap dengan cara itu akan lebih ramai pihak dapat memberi sumbangan.

Sambil itu Khairy menyeru rakyat Malaysia agar prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin yang kini sudah enam hari menghadapi serangan ganas bertubi-tubi dari rejim Zionis.

'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' yang diterajui Pemuda BN dan Pemuda UMNO Berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 yang diserahkan oleh Khairy kepada Duta Palestin ke Malaysia Abdel Aziz Abu Ghoush.

Dalam sidang media itu juga Khairy menegaskan bahawa rakyat Palestin tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia sehingga dapat membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.

"Matlamat kita adalah untuk melihat rakyat Palestin mempunyai sebuah negara yang berdaulat, Palestin yang merdeka…bebas, bekerajaan sendiri dan rakyatnya tidak disekat untuk ke sana ke mari serta keluar masuk ke negaranya sendiri…Palestin perlu dibebaskan dari mendapat sumber keperluan rakyatnya tanpa sebarang sekatan," kata Khairy.







Tambah Khairy, "saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada usaha untuk menghulur bantuan kepada rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini menghadapi krisis kemanusiaan".

Turut bersama dalam perarakan tersebut adalah ahli-ahli Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai oleh Presidennya Datuk Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO/BN Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Hamid Nazahar dan pemimpin-pemimpin pemuda parti komponen BN.

agendadaily.com



Tahniah YB Khairy yang telah mencadangkan satu langkah dan idea yang bernas dalam isu kesengsaraan rakyat Palestin ini.Antara intipati daripada idea beliau ialah meminta kerajaan supaya memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat korporat atau individu yang memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin di Genting Gaza.

Jika kita semua menonton berita semalam dan termasuk suratkhabar , beliau telah berjaya membawa bersama pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam komponen BN untuk turut bersama membantu kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.Ini menunjukkan Yb KJ mampu menarik sokongan daripada bangsa lain untuk sama-sama membantu rakyat Palestin

Jika kita benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat Palestin, kita perlu melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan ada pengisian supaya ia memberi kesan . Bukan hanya sekadar membuat demonstrasi kosong berarak di jalanraya seperti mana yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.Saya sememangnya menunggu perhimpunan aman oleh Pemuda BN /UMNO untuk membantah kezaliman rejim Israel ini seperti dahulu perarakan aman yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO semasa S/U Amerika Syarikat Cordelezza Rice datang ke Malaysia . Syabas YB KJ dan Pemuda BN!!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

default

Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS

on Friday, January 2, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Gambar: Baguihnya YB PAS ini tidur. Mungkin letih kot ceramah siang malam..dahulu PAS sebarkan gambar Pak Lah tido dalam PWTC ,kini orang PAS pun tidur juga.

Inilah wajah YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu semalam. Wahid Endut dipilih sendiri oleh Hadi setelah favourite candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS. Saya rasakan pastinya ada yang tidak berpuashati dengan pemilihan tersebut,terutama dari team Erdogan yang mengharapkan Dr Syed Azman sebagai calon mereka.

Berdasarkan video Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS di negeri Terengganu.



Wahid sendiri mengakui bahawa PAS tidak membawa sebarang pembangunan, mengapa lagi pemimpin ini mesti dipilih lagi sebagai Ahli Parlimen ? Kuala Terengganu adalah medan pilihan raya secara demokrasi, jangan jadikan Kuala Terengganu medan membaling batu, meraba, memukul orang dan memprovokasi orang lain seperti di Permatang Pauh dahulu.

default

Pas dibidas kerana tolak Pewaris

on Wednesday, December 31, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.

''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.

Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.

Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis mengenai penyerahan memorandum tersebut dua hari sebelumnya," ujarnya.

** PB merasakan Pewaris tak perlu la menghantar memorandum lain selepas ini kepada PAS kerana mereka kini bukan lagi hendak membela bangsa Melayu mereka sendiri tetapi mereka lebih suka menyokong NGO-NGO bangsa lain seperti Hindraf dan Jerit iaitu pertubuhan haram kerana atas dasar kepentingan politik Pakatan . Kalau dihantar memonrandum pun tentu mereka tidak ikhlas hendak menolong dan mungkin kena dibincang dulu dengan komponen Pakatan lain seperti hendak melaksanakan hudud dan Qisas.

default

Antara KJ & Husam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Laman-laman web pro pembangkang kini mempersalahkan Khairy Jamaluddin yang telah berjaya membangkitkan isu yang disembunyikan oleh Pas selama ini dengan memaksa Naib Presiden Pas, Husam Musa untuk menjelaskan kedudukan hukum Hudud dan Qisas yang selama ini diperjuangkan oleh Pas dan akhirnya terpaksa menyembunyikan isu ini dan menggantikan manifesto baru pada pilihan raya Umum yang lalu untuk mengkaburkan mata rakyat apabila Mereka bersetuju bersatu dengan Pakatan Rakyat.






Manifesto baru, negara berkabajikan sebenar adalah aksesories kepada Pas untuk memujuk rakyat bukan Islam untuk menerima Pas dalam pakatan rakyat. Husam dikatakan terperangkap dengan soalan Khairy Jamaluddin dan telah membuat kesilapan dengan jawapan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud dan Qisas sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.




Jawapan Husam ini menimbulkan satu suasana yang keliru dan tidak menyenangkan DAP yang sememangnya menentang Hudud dan Qisas. Keadaan bertambah celaru sehingga Nik Aziz dan Hj Hadi terpaksa mencampuri untuk menenangkan kembali keadaan dengan jawapan yang tidak konsisiten yang boleh di anggap sebagai jawapan untuk menyelamatkan keadaan dan hubungan parti mereka.






Terbaru, Nik Aziz berkata Pas akan melaksanakan hukum Hudud walaupun terpaksa menunggu 30 tahun yang merupakan jawapan untuk menyelamatkan maruah parti berkenaan yang tidak lagi memperjuangkan Hudud. Samy Vellu juga meminta Anwar Ibrahim untuk menjelaskan pendirian beliau sebagai Ketua pembangkang mengenai hukum Hudud ini.



Isu ini hebat diperkatakan di perdebatan kembali oleh pemimpin dari BN khususnya UMNO dan juga pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati kepada bom jangka yang dilepaskan oleh Khairy Jamaluddin menjelang pilihan raya kecil Terengganu. Isu ini sememangnya isu yang enggan diperdebatkan oleh Pembangkang terutamnya PAS dan Dap kerana mereka tidak sehaluan dalam memperjuangkan Hudud dan Qisas,

Isu ini timbul dalam satu forum Transformasi politik yang di adakan di Kota Bahru Kelantan oleh parti Pas dengan menjemput Khairy Jamaluddin sebagai penalist. Tujuan mereka untuk mengaibkan Khairy dalam forum ini akhirnya bertukar apabila Khairy berjaya memperbodohkan Husam dan impak yang diterima oleh Pas dalam Forum anjuran mereka sendiri sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Anak muda dari UMNO ini telah berani berhadapan dengan ribuan penyokong Pas dan pasti berani menghadapi ejekan dan kutukan mereka dan akhirnya berjaya mendedahkan kebodohan Naib Presiden mereka Husam Musa yang akhirnya dikatakan terperangkap dengan jawapan yang beliau berikan.

Seharusnya ada pihak lagi dari UMNO menganjurkan forum atau debat ulangan setelah Pas menganjurkan di Kota Bahru, baru-baru ini dan menjemput tokoh dari PAS dan PKR untuk menjadi penalist .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.