Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman rejim Israel

on Saturday, January 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional(BN) meminta kerajaan supaya memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat korporat atau individu yang memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin di Genting Gaza.

Perkara itu disuarakan oleh Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas menyertai perarakan secara aman anjuran 'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' dari Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Palestin di Jalan U Thant, lebih kurang 700 meter pada petang Jumaat.

Beliau berharap dengan cara itu akan lebih ramai pihak dapat memberi sumbangan.

Sambil itu Khairy menyeru rakyat Malaysia agar prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin yang kini sudah enam hari menghadapi serangan ganas bertubi-tubi dari rejim Zionis.

'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' yang diterajui Pemuda BN dan Pemuda UMNO Berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 yang diserahkan oleh Khairy kepada Duta Palestin ke Malaysia Abdel Aziz Abu Ghoush.

Dalam sidang media itu juga Khairy menegaskan bahawa rakyat Palestin tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia sehingga dapat membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.

"Matlamat kita adalah untuk melihat rakyat Palestin mempunyai sebuah negara yang berdaulat, Palestin yang merdeka…bebas, bekerajaan sendiri dan rakyatnya tidak disekat untuk ke sana ke mari serta keluar masuk ke negaranya sendiri…Palestin perlu dibebaskan dari mendapat sumber keperluan rakyatnya tanpa sebarang sekatan," kata Khairy.







Tambah Khairy, "saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada usaha untuk menghulur bantuan kepada rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini menghadapi krisis kemanusiaan".

Turut bersama dalam perarakan tersebut adalah ahli-ahli Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai oleh Presidennya Datuk Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO/BN Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Hamid Nazahar dan pemimpin-pemimpin pemuda parti komponen BN.

agendadaily.com



Tahniah YB Khairy yang telah mencadangkan satu langkah dan idea yang bernas dalam isu kesengsaraan rakyat Palestin ini.Antara intipati daripada idea beliau ialah meminta kerajaan supaya memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat korporat atau individu yang memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin di Genting Gaza.

Jika kita semua menonton berita semalam dan termasuk suratkhabar , beliau telah berjaya membawa bersama pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam komponen BN untuk turut bersama membantu kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.Ini menunjukkan Yb KJ mampu menarik sokongan daripada bangsa lain untuk sama-sama membantu rakyat Palestin

Jika kita benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat Palestin, kita perlu melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan ada pengisian supaya ia memberi kesan . Bukan hanya sekadar membuat demonstrasi kosong berarak di jalanraya seperti mana yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.Saya sememangnya menunggu perhimpunan aman oleh Pemuda BN /UMNO untuk membantah kezaliman rejim Israel ini seperti dahulu perarakan aman yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO semasa S/U Amerika Syarikat Cordelezza Rice datang ke Malaysia . Syabas YB KJ dan Pemuda BN!!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kalo derma yg dicari utk bantuan palestin... anda mmg x faham ape sebenarnye yg sedang berlaku disana

  2. Hanya bantuan derma untuk program kemanusiaan shj yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestin selain memboikot barangan Israel dan US ..

    YA ALLAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.