Pages

Saturday, March 2, 2013

Mengapa ATM tidak bertindak awal hapus penceroboh di Lahad Datu ?


Bila sudah dapat arahan daripada PM  semalam , hari ini Angkatan tentera kebangaaan negara dilihat sudah mengawasi sepenuhnya  kawasan  konflik di Lahad Datu .

Ramai orang pertikai mengapa tentera tidak memasuki awal untuk bertindak dalam  isu Lahad Datu ini  malah lebih teruk melabelkan kerajaan terlalu lemah & berkompromi . . Kita harus ingat kerajaan Malaysia sejak awal lagi   mahu menyelesaikan isu pencerobohan ini secara rundingan dan tidak mahu pertumpahan darah .

Jadi pihak polis Malaysia dihantar untuk berunding dengan mereka supaya keluar daripada negara ini dengan cara baik . Yang dihantar itu semua bukan calang2 orang dan kebanyakkan yang pergi berunding dengan mereka  adalah yang terbaik dalam pasukan polis .

Apabila tidak boleh diselesaikan secara rundingan , barulah arahan kepada ATM akan diberikan & darurat diisytiharkan di kawasan terbabit  .  GPB yakin kalau di negara lain berlaku kejadian seperti ini , sudah tentu akan menggunakan cara ketenteraan   dan kekerasan untuk selesaikan isu ini .

Selain itu ,  pihak keselamatan kita juga memerlukan masa untuk memastikan semua  penduduk berdekatan di situ berpindah  meninggalkan kampung mereka. Tambahan lagi , ia juga bertujuan menyekat penyaluran makanan & kewangan kepada kumpulan pengganas ini agar mereka mudah menyerah diri .


Mengapa penceroboh mudah masuk ke Sabah & bagaimana modus operandi mereka ? ikuti pendedahan Blog MPP online di bawah ini

Ramai dikalangan penyokong Pakatan termasuk Anwar Ibrahim sendiri mempersoalkan mengapa perairan negara begitu mudah dicerobohi oleh kumpulan 180 orang termasuklah 32 anggota bersenjata dari Filipina. Mereka mempertikaikan kawalan keselamatan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal sempadan dan perairan negara dari diancam musuh.

Persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang itu merupakan bukti jelas bahawa mereka langsung tak tahu apa-apa tentang ancaman yang diterima di perairan negara yang boleh dikatakan hampir setiap hari oleh anasir-anasir luar.



Pembangkang di Malaysia termasuklah Anwar Ibrahim fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.

Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot-bot kecil yang berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yang luas, tak mustahil akan ada bot kecil yang bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.


Kumpulan-kumpulan kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yang tahu sudah berapa lama perancangan yang dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.

Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.


Setelah musuh dikenalpasti, pihak yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan  negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati-hati agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.

Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.

Oleh itu, dakwaan Anwar bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa Anwar dan Pakatan sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri.





PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bertindak segera mengikut kesesuaian situasi di Lahad Datu, Sabah.

"Pemerintah di medan sudah diberi mandat untuk bertindak sama ada penceroboh terbabit menyerah diri atau menerima kesan yang lebih buruk. Penceroboh sudah menyebabkan anggota kita terkorban jadi tiada lagi tempoh untuk mereka," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Pekan, di sini, hari ini.

Najib berkata dalam kejadian pagi tadi dua anggota polis terbunuh, tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh. Beliau berkata, kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu itu adalah di luar jangkaan pasukan berkuasa selepas kumpulan penceroboh itu mara sejauh 1.5 km dari kubu mereka.

"Perkara yang paling saya elakkan iaitu pertumpahan darah akhirnya berlaku sehingga menyebabkan dua anggota kita terkorban," katanya.

1 comment:

  1. no compromise to give them ceasefires...enough is enough for 3 weeks....they plan to escape not to bury dead body...they buying times to rest and re-plan the strategy....pound them with shell....when all get killing...there is no court justice to defending them soon....dead body is utmost greater evidence to quickly close the case....if you capture them alive...will prolong the issues with filipinos and sulu authority...may goes ICJ...so don't let them escape or live...

    ReplyDelete