Pages

Saturday, March 2, 2013

Kerajaan Malaysia bertindak betul tangani isu Lahad Datu






Berita yang diterima berhubung insiden ‘penaklukan’ Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.

 Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan.

Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara. Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.

 Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.

 Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. 


Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk ‘spin’ apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan. Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan.

 Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama. 


Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.

 Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.

 Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. 


Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini. Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini. -UTARA NEWS-

7 comments:

  1. Fitnah semata2… tanpa bukti.. sedap mengolah cerita. Cerita yg direka baik punya… Semua org sedih dgn kematian, tak perlu buat dosa menjadi kafir menFITNAH orang. Apabila sudah tersepit xde sokongan..x brani buat praya, mcm2 boleh buat!
    Nak tutup pendedahan Suruhanjaya DiRaja, kes beri IC kpd ratusan ribu org asing termasuk org filipina…
    Sudah tersepit untuk kalah, sanggup korbankan pejuang negara demi kepentingan politik...sebagaimana sanggup letupkan seorang wanita...yg jadi mangsa dihukum gantung sampai mati..2 org pejuang negara juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihatkan sgala isu yg brlaku,lihatkan sikap pemimpin pakatan setan,lihatkan sikap pnyokong2 pakatan yg tak rasmi ni,aku yakin kau la yg plg bodoh sblm tian chua..kalau mak kau baca apa yg kau komen.tentu dia nages tgk anak dia bodo sgt..

      Delete
  2. apa yg fitnahnya bodoh!, sepatutnya PR pujaan ko je yg tersepit yg takde sokongan, bila polis dah jadi balu baru nak spin benda2 yg telah diexplain. itu la pencacai2 bangang PR guna bontot dari kepala otak.. Serupa la dengan anughairah pujaanya pengkhianat dan perosak keamana negara demi kepentingan diri sendiri dari pengorbanan rakyat terutama anngota keselamatan negara.

    ReplyDelete
  3. bengong pencacai pakatan ni..isu ic tu masih dalam siasatan dan ada saksi menyatakan isu kad pengenalan tu lebih kepada mengaut keuntungan dari kakitangan yg tamak....risikan filipina sendiri menyatakan ada pemimpin pakatan yg menjadi dalang pencerobohan di lahat datu.pencacai 11.30 boleh komen?tian chua menunjukan hati komunisnya apabila menuduh umno menjadi dalang dan membiarkan nyawa perajurit menjadi taruhan.harap umno saman tian chua

    ReplyDelete
  4. elok dalang-dalang yg teerlibat menjual negara dihukum gantung sampai mati, begitu juga dengan pencacai-pencacai yg memburukkan negara, menghasut rakyat supaya berdemo, menghina raja dan agama Islam dihukum penjara serta sebatan yg sewajarnya.Sebagai org melayu saya rasa sudah cukup untuk membiarkan mereka menghina kami selama ini dengan berbagai isu yg sensitif serta menguris hati.JIka isu p.Pinang tidak dapat diatasi eloklah Sultan Kedah mengambil semula negeri tersebut demi kepentingan rakyat.Pr sudah melampaui batas.........bukan parti yg bersalah tapi pengikut serta pemimpinnya yg berhati kering...

    ReplyDelete
  5. Isu Lahad Datu bolih diselesaikan tanpa pertumpahan DARAH. Kerajaan yang bijak mampu menyelesaikan masalah ini. Sepatutnya ia disiasat dengan terpeinci, tujun pendatang itu masuk ke SABAH. Kerajaan gagal bertindak dengan cemerlang menangani isu ini dengan sebaik-baiknya. Pembunuhan tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menambahkan masalah. Ada sesuatu yang tak kena dengan peristiwa ini. Insyallah ianya akan terbongkar jua.

    ReplyDelete
  6. Politik semata-mata , orang bodoh je yg caye

    ReplyDelete