The Last Hero in Church

on Monday, January 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PETALING JAYA - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO sewajarnya dipersalahkan berikutan daripada beberapa kes serangan gereja bermula kelmarin.

Menurutnya, propaganda UMNO hanya berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah. “Retorik media milik UMNO yang dikongkong kerajaan, juga mengapi-apikan keadaan.

“Provokasi mereka (BN) bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka,” katanya ketika ditemui sebelum menghadiri perbincangan mengenai isu serangan gereja di The Luther Centre, semalam. Hadir sama dalam perbincangan petang semalam, penganjur selaku pengerusi majlis, Paderi Gereja Luther Malaysia Singapura, Philip Lok, Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Datuk Dr Jeffry Kitingan, Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Chua Jui Meng dan Datuk Mohd Zaid Ibrahim serta wakil-wakil gereja.

Anwar berkata, umat Islam perlu menghormati rumah beribadat penganut Kristian dan polis tidak perlu teragak-agak memberi jaminan keselamatan kepada gereja seluruh negara.


“Rakyat mestilah bersatu padu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan isu agama yang menyemarakkan kebencian.
“Kita mestilah tekad mempertahankan kebebasan beragama dan tidak memperbesar-besarkan politik berpuak-puak.

“Kejadian ini adalah satu ujian terhadap semua agama dan kepercayaan yang menginginkan keamanan dan rasa saling hormat-menghormati,” katanya.

SinarHarian



Nampaknya sesumpah atau the chameleon sudah mula bertukar menjadi The Last Hero in Church . Sebenarnya isu kalimah Allah telah dimulakan oleh beliau telah lama malah di PRK Batang Ai beliau telah menagih undi orang kristian di sana . Kini beliau terus gah menjadi hero dengan menyalahkan UMNO dalam isu ini .

Sebenarnya the chameleon ini menuduh UMNO kerana mahu mengalihkan perhatian rakyat di seluruh negara dari kes liwatnya yang akan dibicarakan dalam bulan ini . Tambahan pulak , isu skandal beliau dengan shamsidar juga kini hangat diputarkan dalam blog-blog .

Tetapi bagi rakyat yang sudah kenal Anwar dan pro BN sudah mengenal siapa anwar ini sebenarnya tetapi yang penyokong2 Anwar yang taksub ini saja lagi dok percaya cakap Anwar .
Bagi kita yang tahu taktik dan strategi Anwar, dia lah yang penulis skrip , pengarah , pelakon dan akhirya menjadi hero last sekali ..

Hebat betul lakonan Anwar dan tidak mampu ditandingi mana2 ahli politik dlm negara ini .12 tahun dia genggam trofi semua award dari Pelakon terbaik hingga penulis skrip terbaik . Memang wajar beliau patut dianugerahkan Anugerah Khas Filem Malaysia ..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.