Pages

Sunday, November 17, 2019

KEKALAHAN TERUK PRK TANJUNG PIAI , DAP KAMBINGHITAMKAN PM - NAJIB




Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM ke-7 sebagai punca utama kekalahan PRK Tanjung Piai.
Habis Madu Sepah Dibuang.
Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas PAS semasa mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.
Perangai dan niat jahat DAP tak pernah berubah.

FB : Najib Razak

KEMENANGAN PRK TANJUNG PIAI ADALAH KEMENANGAN RAKYAT - NAJIB




Tanjung Piai satu medan perjuangan yang amat sukar.
Jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali.
Kira-kira RM30 juta ditabur oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri dan angka ini mungkin melambung lebih jika diambil kira dana politik mereka.

Sampaikan ada iklan politik di muka depan akhbar Sinar Harian dan New Straits Times meminta rakyat mengundi Pakatan Harapan.
Naskhah-naskhah ini diedarkan secara percuma juga.
Belum ditambah lagi kad prabayar percuma, minyak masak dan macam-macam lagi "hadiah" untuk penduduk Tanjung Piai oleh Pakatan Harapan.
Malah ada Menteri-menteri yang masih berkempen pada hari mengundi sedangkan ini tidak dibenarkan.
Sama ada kesemua ini mematuhi peraturan, undang-undang dan etika kempen, hanya SPR dan BERSIH boleh jawab.
Namun sama seperti di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, atau kes-kes lain melibatkan kesalahan Pakatan Harapan, ramai masih tertanya akan tindakan lanjutan yang akan diambil.
Tiada demonstrasi yang akan dianjurkan. Tiada sesiapa yang akan bergolek di jalan raya atau bermalam di Dataran Merdeka.
Inilah realitinya hari ini.
Ya, kempen dan jentera Barisan Nasional terikat dan berhadapan dengan ketidakadilan ini.
Namun kita sedar kita tidak akan tunduk kepada mana-mana kuasa kecuali KUASA RAKYAT.
Kita tidak putus asa.
Jentera Barisan Nasional dan calon kita Wee Jeck Seng hanya berbekalkan mikrofon, ucapan dan kemesraan bersama pengundi.
Kita bawa keikhlasan dan senyuman berjumpa dengan pengundi sahaja.
Wee Jeck Seng telah lama berada di sini dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Warga pengundi Tanjung Piai, terima kasih kerana memberikan keyakinan sekali lagi kepada Wee Jeck Seng untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.
Ini satu undi kepercayaan
..kepada Wee Jeck Seng
..kepada MCA
..kepada Barisan Nasional
..kepada MUAFAKAT NASIONAL.
Kuasa di tangan rakyat dan ini adalah kemenangan rakyat. It is the people's victory.
Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.
Kepada rakan-rakan kita dari PAS.
Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, seluruh barisan kepimpinan PAS serta ahli-ahli PAS.
Terima kasih kerana kejayaan kita di Tanjung Piai juga adalah atas sumbangan tenaga dan sokongan saudara-saudari.
Rakyat telah menghantar mesej yang jelas kepada Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan perlu sedar.
Cukuplah berjanji manis dan bercakap kosong.
Cukuplah menyusahkan rakyat.
Cukuplah dengan pembohongan dan fitnah.
Malaysia kini dalam krisis, rakyat kini menghadapi krisis.
Muafakat Nasional hari ini menjadi pilihan rakyat.
Saya dan rakan-rakan akan menggenggam erat kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kami ini.
Saya akan berdiri bahu ke bahu bersama mu semua, memperjuangkan isu-isu rakyat.
Terima kasih Tanjung Piai.
Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!


FB : Najib Razak 

KEJUTAN BN MENANG BESAR TANJUNG PIAI , KEKALAHAN TERBURUK PH




Ramai penyelidik , pemerhati dan think thank kerajaan PH terpaku dengan kemenangan besar Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai iaitu sebanyak 15,086 undi yang mana peratusan keluar mengundi hanya 70 % sahaja . 

Tan Sri Muhyiddin Yassin   & PH  menjangkakan 50-50 sahaja dalam battle ini disebabkan kerajaan Persekutuan &  Johor  adalah di bawah  PH yang  akan memberi kelebihan untuk menjanjikan pembangunan .  Malah hasil kajian dari Terengganu & ILHAM menyatakan BN akan menang dianggap propaganda politik . 

Apakah faktor yang menyebabkan kekalahan terburuk ini ?? 

Kalau nak kalah pun seperti majoriti 3 ribu undi  mungkin boleh diterima dan anggap pengundi luar tak pulang mengundi PRK seperti selalu disebut Mat Sabu .


INILAH   REAL GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT  YANG BERI SIGNAL SOMETHING WRONG IN PH  GONVERMENT 


1  )  ISU - ISU SENTIMEN   NASIONAL  

-  Kerajaan PH dilihat defensif, respon lembab    & Menteri  sentiasa meremehkan isu  ini hingga membuatkan Rakyat tidak puas hati & marah seperti itu tulisan Jawi , ICERD , Isu Arwah Adib , Isu harga kelapa Sawit jatuh , isu bantuan Nelayan ....ini yang membuatkan Rakyat tidak nampak perubahan dibuat kerajaan PH ... 

2 )   ISU JANJI MANIFESTO TIDAK DITUNAIKAN 

-  Pengundi muda terutamanya kini sudah sedar & tertipu   bahawa janji manifesto PH pada PRU14 seperti hapus tol ,  tak perlu bayar hutang PTPTN , gaji minimum RM1500  hingga  menyebabkan mereka berani memilih PH menang tipis di  Tanjung Piai di pilihanraya umum lepas  . 

3 )  EKONOMI RAKYAT  

 -  Tiada perubahan sejak PRU14   , rakyat melihat  harga barang semakin mahal , penganguran  meningkat , harga komiditi jatuh , bantuan kepada nelayan / pekebun kecil dipotong 

4 )  MUAFAKAT NASIONAL 

 -  Rakyat dilihat semakin boleh menerima naratif   Muafakat  Nasional termasuk Bukan Melayu di Tanjung Piai 




TAHNIAH KEPADA PENGUNDI TANJUNG PIAI ....


INILAH REFERENDUM RAKYAT KALI KE 4  KEPADA PAKATAN HARAPAN  







Thursday, April 11, 2019

LAUTAN RAKYAT RANTAU SOKONG TOK MAT , TOLAK KERAJAAN PH



Lautan rakyat RANTAU hadir malam ini ke Ceramah Perdana di Taman Angsamas boleh dikatakan   sebagai signal kuat  menyokong Calon BN pada 13hb ini . 

Jika dibanding dengan ceramah PKR , jelas mood rakyat Rantau masih tetap kenangkan jasa Tok Mat selama 3 penggal menjadi YB di kawasan ini . 











NAJIB BANTU NAIKKAN SAHAM TNB , DATANG KERAJAAN PH MERUDUM TERUK








Petang ini, harga saham Tenaga Nasional (TNB) terus jatuh ke RM11.98 iaitu tahap paling rendah sejak 3 tahun dahulu.
Harga TNB adalah setinggi RM16.24 sebelum PRU14, bermakna nilai syarikat TNB adalah sebanyak RM92.8 bilion.
Kini jatuh ke RM68.5 bilion, bermakna RM25 bilion telah lesap dari TNB selepas PH menang.
Sebelum tahun 2012, TNB sering mengalami kerugian dan harga saham mereka adalah di bawah RM5 bermakna nilai TNB adalah disekitar RM27.4 bilion sahaja masa itu.
Ini ialah kerana perjanjian pembelian dari syarikat janakuasa bebas (IPP) yang berat sebelah peninggalan PM ke-4 untuk kroni-kroni.
Tetapi, kerajaan BN semasa saya menyelesaikan masalah legasi ini dengan pertolongan 1MDB.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155694076510952/
Oleh itu, nilai TNB naik dari RM27.4 bilion kepada RM92.8 bilion sejak tahun 2012 (seperti dalam gambar).
Dividen yang dibayar oleh TNB juga tinggi dan ini memberi pulangan tahunan yang tinggi kepada Rakyat (dan juga Raykat yang sering maki saya) yang menabung dalam ASB, ASN, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan sebagainya.
Petronas juga menerima manfaat yang besar kerana tidak perlu lagi menanggung subsidi berpuluh bilion Ringgit setiap tahun.
Kalau ikut perjanjian 20 tahun, sebanyak RM400 bilion telah diselamatkan kerana kita menyelesaikan perjanjian berat sebelah ketinggalan PM ke-4.
Oleh itu, rizab tunai Petronas naik dengan tinggi supaya PH boleh mula menjarah tahun lepas.
Kerajaan BN dahulu semasa saya PM telah berusaha untuk memberi yang terbaik untuk kroni-kroni kita iaitu Rakyat serta membina aset negara.
Tetapi kita difitnah dan dimaki selama bertahun-tahun pula kerana propaganda PH terlalu licik dan mereka tidak pernah malu untuk memfitnah.
Sebagai contoh, PH pernah sering menyerang kerajaan BN sebelum saya tentang isu IPP berat sebelah dan kroni.
Apabila, kita sudah menyelesaikannya, mereka tidak menyebut bahawa ini sudah diselesaikan oleh kerajaan BN dengan pertolongan 1MDB semasa saya PM.
Mereka cuma buat tak tahu dan tidak menyebut isu ini lagi.

FB : NAJIB RAZAK 

Thursday, March 7, 2019

PANAS ! KENYATAAN KERJASAMA UMNO-PAS OLEH GUAN ENG SANGAT RASIS - REEZAL




KENYATAAN GUAN ENG KERJASAMA UMNO-PAS SEBAGAI PENGISYTIHARAN "PERANG" TERHADAP BUKAN MELAYU/BUKAN ISLAM SANGAT CAUVINIS DAN RASIS
1. Guan Eng nampaknya masih hidup dalam dunia politik keluarga dan parti DAP yang terlalu rasis. Ini manifestasi DNA pemimpin DAP yang penuh cauvinisme dan tidak pernah senang dengan gerak perpaduan orang Melayu.
2. Sikap dan DNA seperti Guan Eng inilah yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia. Penyatuan fikrah orang Melayu terlalu pantas dianggap sebagai "gendang perang"; sedangkan bukan itu niat asalnya.
3. Pemikiran Guan Eng ini cukup bahaya kepada Malaysia. Guan Eng menolak sama sekali kesatuan orang Melayu sebagai "tiang seri" dan "teras" keharmonian Negara! Sejak bila perpaduan orang Melayu mahu "memerangi" kaum lain? Bukankah keharmonian Malaysia selama ini - sedikit sebanyak dipaksi teraskan kepada perpaduan orang Melayu - yang menjadi majoriti di negara ini?
4. Pandangan dangkal dan berbahaya seperti ditampilkan Guan Eng ini ibarat menolak semangat Perlembagaan dan asas kepada perpaduan negara. Ini "penyakit" dan "kudis" kepada Malaysia Baharu. Kita boleh nampak jelas - punca kudis politik degil dan jahat ini.
5. Kenyataan Guan Eng bukan kenyataan seorang "pemimpin". Ianya kenyataan yang sarat dengan niat tersirat untuk menggalakkan perpecahan orang Melayu.
6. Kita tahu perpecahan orang Melayu akan menguntungkan siapa. Kita juga tahu "orang" mana yang bertepuk tangan jika Melayu berpecah. Kita juga faham, lebih celupar dan cauvinis, maka lebih "hero"lah seseorang itu di mata "komrad" mereka.
7. Guan Eng perlu lebih hati-hati dengan kenyataan yang dibuat. Jangan terlalu celupar. Jangan hidup di dalam dunia politik sempit dan terlalu cauvinis.
*Reezal Merican Naina Merican*
*Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO *

Wednesday, March 6, 2019

22 KELUARGA MELAYU PPR TAMAN MANGGIS DIHALAU TIDUR KOMTAR MALAM INI !!




Walaupun pelbagai alasan diberikan kerajaan DAP kepada 22 penghuni rumah PPR Taman Manggis ini tentang syarat kelayakan , tak wajar sekali mereka ini dihalau .

Kerajaan DAP sapatutnya menyelesaikan isu ini secara elok bukan zalim seperti ini . 

Ke mana mereka nak tinggal selepas ini ??  Anak nak sekolah bagaimana ? 

Mana pergi pemimpin Melayu dalam PPBM ,AMANAH, PKR di P.Pinang ??  

Kepada netizen Melayu sendiri yang kecam mereka , hari ini nasib mereka kena , tunggu lah nasib keluarga anda pulak ..

















Monday, March 4, 2019

5 PENGAJARAN DISEBALIK KEMENANGAN BN DI SEMENYIH



BN meraikan kemenangan kerusi DUN Semenyih dengan rasa sangat rendah diri. Setelah 9 bulan Umno dan BN tergelincir dari puncak kuasa, penerimaan pengundi Semenyih terhadap Umno dan BN adalah kepercayaan yang sangat dihargai.
Apa yang tidak dilabelkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno dan BN. Parti yang hancur, musnah, tiada nilai dan segala macam lagi. Malah hanya beberapa hari lepas, Dr Mahathir telah mentalkinkan Umno.
Namun, demikianlah perancangan manusia. Besar dan bercita-cita tinggi. Tetapi, yang sering kita lupa, perancangan Allah jauh lebih hebat. Mengatasi segala yang terlintas dalam fikiran makhluk dan sang pemimpin tertentu.
Sewajarnya semua ini memberikan kita keinsafan. Sudah pasti banyak pengajaran yang harus kita kutip dan berikan perhatian sepanjang episod PRK Semenyih kali ini.

Kembali sokong BN

Pertama, sokongan pengundi Melayu telah meningkat dengan sangat ketara sehingga ke 59 peratus berbanding hanya 35.33 peratus semasa PRU-14 yang lalu.
Ini bermakna, bukan sahaja sokongan orang Melayu kepada BN menokok, tetapi peratusan sokongan terhadap PH pula menyusut dari 44.3 peratus kepada 37.7 peratus. 
Angka ini adalah besar, dan sudah tentulah menjadi satu tamparan yang hebat kepada sesebuah parti yang memerintah. Semua ini menunjukkan bahawa PH sedang menghadapi defisit kepercayaan yang sangat ketara dalam kalangan orang Melayu dan Islam.

Kedua, ada petanda yang jelas bahawa golongan menengah Melayu sudah mula kembali menyokong BN.
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai dan Bukit Mahkota adalah dua kawasan kelas menegah Melayu yang dimenangi oleh BN. Ada beberapa faktor yang mendorong kepada perkara ini.
Antaranya, ketiadaan polisi yang jelas memihak kepada kesejahteraan Melayu kelas menengah. Serta kegagalan PH memberikan penjelasan yang meyakinkan kepada segala kemungkiran demi kemungkiran janji mereka.
Melayu ramai keluar mengundi
Ketiga, BN menang tanpa sokongan masyarakat Cina dan India. Di PDM Bandar Rinching, yang 50 peratus pengundinya ialah kaum India, sokongan terhadap PH masih lagi sangat nyata iaitu hampir 60 peratus. 
Sekalipun begitu, keadaan ini tidak merencatkan pencapaian BN. Sebaliknya menunjukkan impak kemenangan BN tanpa sokongan bangsa Cina dan India. 
Pada masa yang sama, ini juga bermakna BN mesti bekerja lebih keras untuk mengembalikan sokongan India dan Cina kepada BN.
Keempat, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi adalah tinggi. Di beberapa PDM majoriti Melayu, jumlah peratusan keluar mengundi ialah 80 peratus.

Nyata ada keresahan mendalam bangsa Melayu yang menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam menyatakan rasa dan gelora nurani mereka kepada PH. 

Ini petunjuk paling jelas bahawa sejak 9 bulan ini PH tidak banyak mempedulikan keluh kesah orang Melayu.
Keempat-empat penelitian ini memberikan kita beberapa petunjuk.
Pertama, telah ada peralihan sokongan yang sangat nyata terhadap BN di kalangan orang Melayu. Semenyih telah menyaksikan kebangkitan yang jelas pengaruh politik Melayu Islam yang semakin marginal dalam percaturan Pakatan Harapan. 
Orang Melayu telah menghantar mesej yang jelas bahawa tanpa sokongan orang Cina dan India sekalipun, orang Melayu masih boleh meraih kemenangan jika mereka mempunyai kesatuan matlamat. 
Cina dan India bukan lagi penentu
Sangat penting untuk semua pihak tidak mengambil mudah politik Melayu Islam. Ia akan terus menjadi angkubah yang dominan walau bagaimana berubah sekalipun landskap politik Malaysia.
Kedua, pengaruh politik Islam menjadi semakin terserlah hasil dari kerjasama yang erat antara Umno dan PAS.
Jika dijayakan dengan strategi yang ampuh, maka kita akan menyaksikan peralihan kerajaan akan berlaku empat tahun dari sekarang. 
Di sebalik usaha Dr Mahathir untuk menggagalkan kerjasama strategik tersebut, ternyata penyokong Umno dan PAS terus komited untuk menjayakan sinergi politik ini.
Ketiga, bangsa Cina dan India harus memahami naratif Melayu Islam ini adalah karakter politik Malaysia yang tidak boleh mereka ubah dan buang.
Apabila orang Melayu memilih untuk bersatu dengan matlamat yang jelas, sokongan bangsa Cina dan India tidak lagi menjadi penentu. Oleh yang demikian, bangsa Cina dan India sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali mencari jalan bekerjasama dengan parti politik Melayu yang dominan.
Keempat, Semenyih adalah referendum yang jelas bahawa Bersatu tidak boleh menggantikan Umno dan PAS sebagai wadah perjuangan politik bangsa Melayu.
Bersatu gagal meyakinkan bangsa Melayu bahawa ia adalah jurucakap bangsa Melayu. Apatah lagi mewakili kepentingan politik bangsa Melayu. Strategi Bersatu mengukuhkan perwakilannya di Parlimen melalui penerimaan Ahli Parlimen Umno yang melompat bukannya semakin mengukuhkan Bersatu. 
Kegagalan Bersatu
Sebaliknya, telah merencatkan moral dan wibawa Bersatu pada mata dan pandangan bangsa Melayu serta sekutu mereka yang lain terutamanya DAP.
Nasihat jujur, malah harapan besar saya pada Dr Mahathir, teruskanlah mengutip dan menatang mereka yang melompat ke Bersatu. Semakin banyak mereka, semakin menebal kebencian bangsa Melayu (dan bukan Melayu dari DAP dan PKR) kepada parti yang tiada prinsip dan moral. 
Mungkin hanya orang Melayu dalam Bersatu sahaja yang mengalu-alukan kedatangan pelompat-pelompat dari Umno.
Kelima, Semenyih menjelaskan kepada kita bahawa naratif Malaysia Baru yang dilakarkan oleh kerajaan PH adalah naratif yang kabur dan sukar diterima oleh orang Melayu. 
Semua orang masih tertanya-tanya sehingga kini. Apa yang baru sebenarnya?
Lebih malang, kita kembali kepada era lampau yang sangat bersandarkan watak-watak lama seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, malah Daim Zainuddin. 
Apatah lagi pelakon-pelakon tambahan seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat Sabu. Mereka telah begitu lama menguasai persada politik Malaysia. Sehinggakan apabila mereka berkuasa, tiada langsung dasar yang bersifat ‘game changing’ yang diperkenalkan. 
Hanya menggali dan terus menggali kesalahan demi kesalahan. Rakyat sudah muak dengan semua ini. Rakyat mahukan perubahan dalam erti kata yang sebenar. 
Tetapi, ikhtiar untuk mengubah Malaysia secara drastik dengan pendekatan yang antagonis dan tidak berhikmah juga adalah sangat ‘counterproductive’. 
Kepada orang Melayu, melakukan perubahan mestilah berpadapada dan cermat. Bukan dengan menghentam dan membedal sesedap rasa. Sebab, ketika telunjuk galak lurus menuding, kelengkeng sendiri juga yang berkait.
Malaysia harus mematikan budaya politik naungan yang berpaksikan kepada pesona politik sesetengah individu. Malaysia waktu ini memerlukan amalan politik yang membawa kepada ‘more a society, less a political persona’.
Kepada pengundi Semenyih, terima kasih yang tidak terhingga atas pencerahan yang telah dipancarkan kepada BN dan Umno, malah kepada PAS.
Insya-Allah, Umno dan BN tidak akan cuai dan leka. Kita tidak akan mengulangi keangkuhan lepas. Semenyih adalah permulaan yang sangat merendahkan hati Umno dan BN. Terima kasih.

MOHAMED KHALED NORDIN merupakan naib presiden Umno.