Pages

Thursday, March 7, 2019

PANAS ! KENYATAAN KERJASAMA UMNO-PAS OLEH GUAN ENG SANGAT RASIS - REEZAL




KENYATAAN GUAN ENG KERJASAMA UMNO-PAS SEBAGAI PENGISYTIHARAN "PERANG" TERHADAP BUKAN MELAYU/BUKAN ISLAM SANGAT CAUVINIS DAN RASIS
1. Guan Eng nampaknya masih hidup dalam dunia politik keluarga dan parti DAP yang terlalu rasis. Ini manifestasi DNA pemimpin DAP yang penuh cauvinisme dan tidak pernah senang dengan gerak perpaduan orang Melayu.
2. Sikap dan DNA seperti Guan Eng inilah yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia. Penyatuan fikrah orang Melayu terlalu pantas dianggap sebagai "gendang perang"; sedangkan bukan itu niat asalnya.
3. Pemikiran Guan Eng ini cukup bahaya kepada Malaysia. Guan Eng menolak sama sekali kesatuan orang Melayu sebagai "tiang seri" dan "teras" keharmonian Negara! Sejak bila perpaduan orang Melayu mahu "memerangi" kaum lain? Bukankah keharmonian Malaysia selama ini - sedikit sebanyak dipaksi teraskan kepada perpaduan orang Melayu - yang menjadi majoriti di negara ini?
4. Pandangan dangkal dan berbahaya seperti ditampilkan Guan Eng ini ibarat menolak semangat Perlembagaan dan asas kepada perpaduan negara. Ini "penyakit" dan "kudis" kepada Malaysia Baharu. Kita boleh nampak jelas - punca kudis politik degil dan jahat ini.
5. Kenyataan Guan Eng bukan kenyataan seorang "pemimpin". Ianya kenyataan yang sarat dengan niat tersirat untuk menggalakkan perpecahan orang Melayu.
6. Kita tahu perpecahan orang Melayu akan menguntungkan siapa. Kita juga tahu "orang" mana yang bertepuk tangan jika Melayu berpecah. Kita juga faham, lebih celupar dan cauvinis, maka lebih "hero"lah seseorang itu di mata "komrad" mereka.
7. Guan Eng perlu lebih hati-hati dengan kenyataan yang dibuat. Jangan terlalu celupar. Jangan hidup di dalam dunia politik sempit dan terlalu cauvinis.
*Reezal Merican Naina Merican*
*Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO *

No comments:

Post a Comment