Bila lihat gambar Mantan PM ke 6 Datuk Sri Najib Tun Razak yang nampak ceria dan tenang serta mendapat sambutan baik rakyat berbanding dengan Perdana Menteri ke 7 yang nampak stress dan penat hari ini di Masjid Negara .
Kenapa orang yang dianiayai dan dizalimi nampak lebih tenang berbanding yang melakukan kezaliman terhadapnya ?
Ternyata doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)
No comments:
Post a Comment