Pages

Sunday, August 26, 2018

BR1M HAPUS , JANGAN HUKUM ORANG MISKIN - NAJIB





Saya kesal bahawa Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan bahawa BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan.
Tun Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M ialah untuk "membeli" rakyat.
Dia juga mendakwa, wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa.
Agaknya pelik tuduhan bahawa kerajaan BN "curi" wang untuk bagi balik kepada rakyat.
Wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang dicuri. Ia ialah dari langkah rasionalasasi subsidi dan GST.
BR1M bukan untuk tujuan politik dan kriteria menerimanya hanya berdasarkan kepada pendapatan bulanan isi keluarga - tidak kira mereka menyokong parti politik mana.
Orang yang kaya lebih banyak mendapat faedah dari subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak dari SST kerana orang kaya yang bayar lebih banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi "gelap".
Wang ini kita kembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M yang terus naik kerana kutipan GST terus naik akibat dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dulunya semakin naik. Bila orang susah dapat duit, duit tu dibelanjakan semula dalam kitaran ekonomi terutama di kawasan luar bandar.
Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.
Ini jelas dari nisbah GINI yang semakin menurun sehingga terendah di bawah 0.40 untuk pertama sekali dalam sejarah pada tahun 2016.
Minggu lepas, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK (GDP) untuk suku kedua selepas mereka mengambil alih telah menurun dengan mengejutkan kepada 4.5 peratus berbanding 5.4 peratus untuk suku sebelum itu manakala kadar pengangguran sudah naik. Ada beberapa penganalisa ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal akan jatuh kepada kemelesetan ekonomi atau krisis dalam tempoh yang terdekat. Harga getah dan minyak sawit juga telah turun dengan turuk semenjak PRU14.
Ketika inilah orang miskin yang patut ditolong bukan dihukum.
Di mana salahnya kalau kita mengambil wang dari yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin?
Adakah PH sudah lupa bahawa mereka berjanj untuk meneruskan BR1M dalam manifesto? Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin?
Nampaknya kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan membantu golongan yang miskin.
Saya bimbang bahawa jurang pendapatan yang semakin turun masa saya menjadi Perdana Menteri akan naik kembali kepada tahap yang tinggi pada penggal pertama Tun Mahathir berkuasa.

Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak 

No comments:

Post a Comment