Habuan RM 800 RIBU dan tidak sampai 100 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah sudah ada siasatan oleh SPRM terhadap pegawai kanan Menteri Pertahanan !!
Bayangkan kalau 5 tahun mereka memerintah ??
Pemimpin mereka punya kencing rakyat bahawa pentadbiran mereka lebih bersih dan tidak rasuah tapi sudah kini ada disiasat .
Mahacai undi PH dapat apa ???
Tengok pegawai Menteri pun dah senang untuk selesaikan masalah hutang dan status muflis...
Korang dapat kencing je la ...
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.
Pegawai itu didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.
“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.
Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.
Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik sebagai menteri pertahanan dan mengangkat sumpah pada 23 Mei bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-mat-sabu-disiasat-sprm-182974
No comments:
Post a Comment