Pages

Tuesday, July 3, 2018

SPRM: BERI KEADILAN KEPADA DS NAJIB DAN JANGAN BENARKAN “TRIAL BY MEDIA”.





SPRM: BERI KEADILAN KEPADA DS NAJEB DAN JANGAN BENARKAN “TRIAL BY MEDIA”.

Mohd Puad Zarkashi
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

3.7.2018

Tindakan SPRM menahan DS Najib di rumahnya pada hari lini diharap bukan atas tekanan mana mana pihak untuk tujuan membalas dendam terhadap beliau dan UMNO.

Saya yakin DS Najib telah memberikan kerjasama sepenuhnya semasa di soal siasat oleh SPRM sebelum ini. Dan saya yakin dia akan memberikan kerjasama supaya proses undang undang dijalankan dengan adil. Ini telah beliau buktikan apabila membenarkan PAC membuat siasatan termasuk audit forensik oleh Pejabat Audit Negara terhadap 1MDB semasa dia menjadi Perdana Menteri.

Apa yang diharapkan, tindakan SPRM ini mestilah profesional dan tidak membenarkan perbicaraan media dan persepsi berlaku sehingga tidak memberikan keadilan kepada Datuk Seri Najib.

Ini kerana, sebelum ini terdapat unsur unsur yang memalukan beliau kerana cara rumah dan rumah milik anaknya digelidah telah disensasikan sehingga menimbulkan berbagai persepsi buruk. Tindakan pihak Polis mendedahkan jenis dan jumlah nilai barang yang dirampas juga menimbulkan persepsi bahawa ia adalah barangan yang dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB.

Sedangkan DS Najib menjelaskan barang barang yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada pemimpin pemimpin dunia selama berpuluh tahun dia dalam kerajaan.

Justeru SPRM diminta menjaga hak Datuk Seri Najib dengan hanya membuat tuduhan di Mahkamah semasa perbicaraan dan tidak memberi ruang kepada perbicaraan di media berlaku sehingga menafikan hak keadilan  kepada Datuk Seri Najib yang tidak boleh dinafikan banyak jasanya kepada negara.

2 comments:

  1. Semoga DSNR diberi kekuatan dalam mengharungi keadaan getir.Allah SWT sentiasa bersama umatNya yang sabar & cekal.Amin

    ReplyDelete
  2. Ini takan berlaku... tUrn tak kan benarkan..
    Pakatan dah pun mulakan...
    Gelombang media.. supaya rakyat lupakan dsn wujud..
    Memang diaorg akan gunakan budak2 kpop sekali lagi.?
    Sengaja viralkan berita buruk..
    Dah mula...

    ReplyDelete