Pages
▼
Monday, July 2, 2018
NIK NAZMI YANG DIPINGGIRKAN
SEJUJURNYA abam merasakan orang paling layak untuk menggantikan KJ sebagai Menteri, Belia dan Sukan ini sebenarnya adalah Nik Nazmi Nik Ahmad. Umurnya 36 tahun.
Walaupun masih muda, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda PKR telah melalui sepak terajang politik lebih lama, jauh lebih berpengalaman daripada Syed Saddiq.
Dalam usia seawal 26 tahun, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah terpilih menjadi wakil rakyat di DUN Sri Setia. Selepas dua penggal di sana, dilantik pula Timb. Speaker DUN Selangor.
Terbaru, dia yang dipindahkan dari DUN ke Parlimen Setiawangsa, berjaya pula menewaskan 'gergasi' BN yang juga bekas duta dan menteri, Tan Sri Zulhasnan Rafique dengan majoriti 14,372 undi!
Kalau nak tengok dari segi akademik pula, bekas pendebat handalan MCKK ini lulusan King’s College London dalam bidang undang-undang. Beliau aktif dalam pelbagai persatuan mahasiswa termasuk United Kingdom and Eire Executive Council for Malaysian Students (UKEC), King’s College London Labour Students dan Federation of Students Islamic Societies UK and Eire (FOSIS).
Abam tak tahu kenapa anak muda seperti Nik Nazmi ini diketepikan terus sedangkan orang sepertinyalah adalah aset yang cukup berharga buat kerajaan PH.
Sebab itu abam cukup faham kenapa penyokong PKR cukup marah bila sekutu mereka dari Bersatu, Syed Saddiq yang belum teruji sepenuhnya diberi takhta nombor satu dan menjadi Menteri di Kementerian Belia dan Sukan walaupun baru pertama kali jadi wakil rakyat, berbanding Nik Nazmi yang dah tiga penggal bertarung dalam PRU!
Nik Nazmi tidaklah sekacak Syed Saddiq, tidak seglamour Syed Saddiq yang keluar masuk media dan majalah, tetapi mengenepikan beliau adalah satu benda yang cukup merugikan. Serius.
Yang pasti, kem dan 'orang-orang' Anwar semakin hilang penguasaan dalam kerajaan baru ini...ermm....satu percaturan politik yang SEMAKIN MUDAH untuk dibaca...
Shahril Kadir
Berebut jawatan lagi lepas ni agwknya
ReplyDelete