Pages

Tuesday, July 24, 2018

JADIKAN PRK SG KANDIS REFERENDUM RAKYAT TOLAK PH GAGALKAN TUNAIKAN JANJI




Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk menjadikan PRK ini sebagai referendum rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, rakyat sudah kecewa dengan kerajaan PH yang sebelum ini menjanjikan macam-macam perkara melalui manifesto mereka.
“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dah gambarkan tak akan tunaikan janji sebab janji bukan kitab suci. Ramai yang kecewa tapi dengan adanya PRK ini, rakyat tertumpu di sini dan pengundi akan dianggap mewakili rakyat dengan memprotes apa yang dijanjikan kerana rakyat dah jelak dengan janji-janji dari kerajaan.
“Jika mereka masih menang maka mereka akan terus tak menunaikan jani, terus memperkotak-katikkan agama kita, bahasa kita. Kalau nak kerajaan tunaikan janji berilah kemenangan kepada calon BN,” katanya.
Sebelum itu beliau meminta maaf kepada rakyat lantaran sewaktu menjadi Menteri Pertanian dalam kerajaan dahulu tidak terfikir pun untuk ‘mengira’ ikan di laut.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika memberikan penerangan berkaitan perubahan gerak kerja dan pendekatan jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen PRK DUN Sungai Kandis.
“Keputusan mesyuarat dalam Pengurusan UMNO Kota Raja dan UMNO Negeri yang perlu dilaksanakan di setiap PDM dengan gerak kerja PRK kali ini berbeza, dulu tumpuan berbentuk kenduri, ceramah besar-besaran tapi kali ini lebih kepada media sosial, perang lebih kepada media sosial.
“Pihak BPUN akan selaraskan dimana setiap hari akan ada info grafik yang akan dikeluarkan dan menggunakan media sosial kepada lebih 30 ribu pengundi misalnya tentang tiga bilion ikan dalam laut yang dah dikira sedangkan selama saya jadi menteri tak terfikir nak kira ikan dalam laut pun,” katanya.
Beliau turut mengambil contoh pelaksanaan kasut hitam untuk pelajar sekolah yang merupakan polisi pertama dibuat oleh Kementerian Pendidikan.
“Bukan nak tingkatkan mutu kementerian tapi tentang kasut hitam…,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan calon dan penyerahan anak angkat bahagian-bahagian Negeri Selangor yang diadakan di Command Center PRK N49 Sungai Kandis.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia bersama dengan Datuk Seri Mohamad Hassan iaitu Pengarah Pilihan Raya PRK DUN Sungai Kandis merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia dan juga calon BN Datuk Lokman Noor Adam.
PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR pada 2 Julai lalu. SPR menetapkan pilihan raya diadakan pada 4 Ogos depan. – MediaUMNO

1 comment:

  1. Kehadapan pimpinan kerajaan ph.
    Tahniah di atas kemenangan di PRU14 lalu. Sememangnya keputusan PRU14 baru² ini amat mengejutkan pelbagai pihak terutama pihak kami Barisan Nasional (BN). Walaupun begitu sebagai pihak yang waras dan rasional, kami menerima kehendak dan suara rakyat untuk melakukan perubahan kepimpinan persekutuan buat kali pertamanya biarpun terlalu perit untuk kami menghadapinya.
    Setelah lebih 60 tahun kami menabur jasa memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negara, tidak dinafikan kami juga mempunyai kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Namun kekurangan dan kelemahan ini biarpun kami telah berkali² berusaha untuk memperbaikinya, ianya tidak juga mampu untuk membuka pemikiran rasional rakyat. Akhirnya budi kami selama ini dibalas tuba pada 09/05/2018. Tidak mengapalah, kami akur dengan apa yang diputuskan rakyat dan kini kami menjadi pembangkang bukan sahaja untuk kebanyakan negeri malah turut bergelar pembangkang di peringkat pusat.
    Memikirkan bahawasanya tugas menjadi pembangkang ini bukanlah mudah seperti yang disangka, kami memohon agar pihak kerajaan kiranya sudilah untuk 'mengajar' kami bagaimana menjadi 'pembangkang' seperti sebelum 09/05/2018. Sesungguhnya kami tidak 'pandai' untuk bercakap bohong, memanipulasi isu, mencipta fitnah dan cerita palsu, menyampai maklumat tidak benar dan menyebarkan berita² yang tidak sahih.
    Kami juga bukanlah pihak yang 'arif' untuk melakukan demontrasi tunjuk perasaan, melakukan bantahan² dengan disertai perbuatan ganas seperti merosakkan harta awam dan hak milik kerajaan, mengadakan perhimpunan haram sambil melanggar undang², menyalahgunakan kebebasan media dan yang seumpamanya.
    Kami juga tidak memiliki 'kepakaran' untuk memaki hamun, mengumpat mencaci, memesongkan pemikiran dan kewarasan rakyat, berjanji kosong, mengkhianati amanah serta berhujah dangkal.
    Kami juga mengakui kami tidak 'profesional' dalam hal ehwal membuat kenyataan merapu, mengarut, merepek² dan mempersenda serta mempermainkan sentimen rakyat.
    Sebenarnya terlalu banyak yang kami mohon 'diajarkan' oleh pihak kerajaan yang selama ini cukup 'berpengalaman' di dalam melakukan perkara² yang telah kami sebutkan di atas tadi dan mungkin ada banyak lagi yang tidak tersebutkan. Ini disebabkan selama lebih 60 tahun, kami hanya tahu untuk menunaikan janji, menggalas amanah, kurangkan bercakap tetapi lebihkan kerja, menjalankan aktiviti² berfaedah dan merangka dasar² yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Pendek kata, kami tak pandai membuat perkara² yg pernah dilakukan oleh pihak kerajaan ph sebelum ini.
    Akhir kalam, semoga pihak ph akan mampu melakukan yang terbaik demi masa depan rakyat dan negara tercinta ini. Laksanakanlah amanah rakyat dengan lebih terbaik berbanding rekod lebih 60 tahun kami itu.

    ReplyDelete