Pages
▼
Sunday, July 15, 2018
ANWAR SAH TANDING PRESIDEN PKR
Mutakhir ini terdapat beberapa pandangan mengenai keperluan untuk saya turun ke gelanggang mengemudi KEADILAN selaku Presiden menggantikan Azizah.
Saya mengamati setiap pandangan yang dilontar dengan penuh teliti.
Seyogia diingatkan, sejak Pemilihan KEADILAN tahun 2007 saya telah diminta untuk memimpin KEADILAN selaku Presiden. Namun, sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan pada ketika itu ternyata menjadi kendala, malah lebih parah lagi membawa implikasi pembubaran parti. Demi maslahah lebih besar, saya memilih untuk berundur sementara Azizah kekal selaku Presiden KEADILAN.
Maka wajar kita melihat ke belakang sebagai pedoman ke hadapan, Azizah mengemudi KEADILAN selaku Presiden usai tahun 1999 dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi.
Namun iktikad Presiden, Timbalan Presiden, pimpinan dan akar umbi, ditambah keazaman rakyat menyaksikan kita mendobrak sejarah memimpin Pakatan Rakyat (ketika itu) bersama Azizah menafi dua pertiga Umno-BN pada PRU Ke-12, meraih undi popular mencecah 51% pada PRU Ke-13, dan melangkah gagah ke Putrajaya dengan menjadi parti komponen terbesar di Parlimen melalui muafakat Pakatan Harapan tanggal 9 Mei yang lepas.
Justeru setelah berbincang dengan Azizah, Timbalan Presiden, dan kempimpinan, serta mengambilkira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan KEADILAN, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN.
InshaaAllah sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku Presiden selepas selesai Kongres Nasional KEADILAN pada November 2018.
ANWAR IBRAHIM
15 Julai 2018
assmin mak lampir latipa koyak tein chua(lalang) eli mb sgor dah panas montot oooo.... proksi atok/daim dah panas... proksi atok/daim dlm umno kj dah lupus lam sampah sarap..
ReplyDeleteotai otai reformasi berapa kali lagi atok kau mau kasi main sama DSAI haaahhh...??
kah kah kah kah...