KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyifatkan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai alasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melengahkan pelaksanaan manifesto seperti dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan perlu menjelaskan niat sebenar kewujudan tabung berkenaan yang kononnya untuk membantu meringankan beban hutang negara.
"Pemuda UMNO tidak menghentam tabung itu kerana rakyat tidak dipaksa menderma untuk mengisinya, namun mesti jelaskan kenapa.
"Tabung itu kononnya untuk membantu bayar hutang negara seperti digambarkan kerajaan tetapi bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), ini tidak menyeluruh.
"Pemuda UMNO beranggapan THM hanya untuk kerajaan PH menyusun semula janji mereka dan itu naratif mereka kononnya (manifesto lambat ditunaikan) disebabkan hutang negara.
"Mereka gunakan alasan itu untuk menangguhkan beberapa janji," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di sini, hari ini.s
Nak tanya: Tabung itu diwujudkan di bawah Akta/Peraturan mana dan jika diwujudkan sebagai Akaun Amanah mengapa tak guna Akau BNM tetapi akaun May bank.
ReplyDeleteNak tanya: Tabung itu diwujudkan di bawah Akta/Peraturan mana dan jika diwujudkan sebagai Akaun Amanah mengapa tak guna Akau BNM tetapi akaun May bank.
ReplyDelete