Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan bapa saudara kepada anak Allahyarham pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang terbunuh dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE Mei tahun lalu, hanya pemegang amanah.
Menurut Dr Zulkifli, sepatutnya Muhammad Faizznur Asyraf Husain tidak boleh menggunakan wang sumbangan orang ramai kepada Nur Firuza Amira, 8 tahun dan Nur Firuza Aqila, 4 tahun bagi tujuan peribadi beliau.
“Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara hanya pemegang amanah (mutawalli) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan (maslahah) dan sumbangan atau sedekah kepada kedua anak yatim berkenaan dan diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab.
“Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya dan bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya,” kata Dr Zulkifli.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Rabu sebagai mengulas laporan media berhubung kekecewaan kakak Faizznur Asyraf iaitu Yusnidah Hussain yang mendakwa beliau telah pecah amanah.
Ini kerana, anak yatim berkenaan yang dipelihara oleh Yusnidah hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan terkumpul orang ramai yang bernilai kira-kira RM300,000.
Wang tersebut dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun Faizznur Asyraf selaku pemegang amanah.
Alasan yang digunakan Faiznur Asyraf adalah bersandarkan salah faham daripada Mufti Wilayah Persekutuan yang mendakwa yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan kanak-kanak tersebut.
Dalam kejadian menyayat hati tahun lalu, Fairuz Nizam dan Nova Safitri serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila yang bergelar anak yatim piatu.
Mereka dilanggar sebuah Myvi bewarna kuning yang dipandu seorang wanita dipercayai sedang berlumpa di lebuhraya Duke. Kes itu masih dalam perbicaaan.
Macam mana nak tetapkan keadilan kepada anak anak yatim berkaitann jika niat "pemegang amanah" sudahpun mmenunjukkan pendirian sebanra mereka: duit itu mereka punya dan bukan hak anak2 yatim tersebut.
ReplyDeletePerkara ini harus diselesaikan dengan cepat dan secara mukatamd demi kepenting, nasib dan masa depan kedua2 anak yatim itu.
Yg penting org ramai derma utk anak2 yatim tu, bukan derma kat pak sedara dia...itu pun dia susah nak faham ke..ingat org2 suka2 jer nak derma kat dia..adoi ai..
ReplyDeleteBeku akuan Faizur Ashraf ...
ReplyDeleteJika benar yg dinyatakan pihak yg derma ambil tindakan segera agar pihak berkuasa dapat bertindak