Polis menahan seorang aktivis pro-pembangkang termasuk tiga individu lain selepas mereka didakwa menghasut dengan menjual kemeja yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan, mereka ditahan ketika menjual baju itu di sebuah gerai yang dibuka sempena program KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika, Sri Hartamas di sini semalam.
Difahamkan juga, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan empat individu terbabit namun enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, jelasnya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment