Langkah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Indonesia mencari jalan penyelesaian segera untuk masalah jerubu bukannya 3 tahun tempoh amatlah tepat.
Tempoh tiga tahun yang dimaklumkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengatasi jerebu terlalu lama memandangkan saban tahun Malaysia akan menjadi mangsa kepada masalah itu yang turut mendatangkan kerugian dalam sektor ekonomi dan meningkatkan kos rawatan perubatan.
Nada ketegasan Menteri Dalam Negeri turut dizahirkan bahawa Indonesia perlu mengotakan komitmen untuk mengatasinya dalam jangka panjang termasuk penguatkuasaan yang tegas bukan hanya merancang di atas kertas atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menjadi halwa telinga tetapi tiada tindakan diambil.
“Malaysia mengalu-alukan langkah itu namun tiga tahun mungkin terlalu lama kerana setiap kali pembakaran terbuka dilakukan oleh pekebun-pekebun di negara berkenaan, kita seolah-olah tidak melakukan usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak negara berkenaan.
“Kami sangat berterima kasih dengan Indonesia jika berbincang dengan negara-negara rakan ASEAN untuk mengambil langkah panjang bagi mengatasinya dengan harapan komitmennya bukan hanya di atas kertas atau menjadi halwa telinga, tetapi diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang boleh mengakhiri semua permasalahan ini,”
No comments:
Post a Comment