Pages

Tuesday, May 12, 2015

WIRA BLACK HAWK DOWN CERITA KEHEBATAN ASKAR MELAYU DI BUMI SOMALIA

“KALAU saya tak jumpa rumah itu, depa mati,” demikian kata Sarjan (B) Salim Jaafar, 46, mengimbau pertempuran sengit di Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1993.
Salim yang ketika itu berpangkat prebet adalah pemandu kereta perisai pengangkut infantri (APC) RPZ Condor ZA9462, kenderaan pertama yang tiba di lokasi insiden di mana tentera elit US Rangers terperangkap di dalam sebuah rumah di Pasar Bakara.
Ketika itu Pasar Bakara yang terletak di tengah-tengah Mogadishu menjadi medan pertempuran sengit dengan keadaan rumah musnah terbakar dan asap berkepul-kepul di sana sini, diselangi dengan bunyi tembakan.
Salim yang ketika itu baru berusia 24 tahun mengakui di dalam benaknya hanya ada satu tujuan iaitu menyelamatkan anggota US Rangers sekalipun berdepan tembakan bertubi-tubi puak militia, seperti diarahkan.
Katanya, ketika itu, tiada istilah patah balik sebaik RPZ Condor yang dipandunya memasuki kawasan Pasar Bakara dan menerima tembakan musuh bermula jam 11 malam, pada 3 Oktober 1993.
ANGGOTA Malbatt 1 UNOSOM II sedang meninjau sekitar Mogadishu pada 1993. – Foto Zulfadhli Zulkifli



“Maklumat diterima, mereka (askar Amerika Syarikat) terperangkap di dalam sebuah rumah terbakar tapi bila sampai, kita dapati semua rumah terbakar,” katanya.
Sebelum tiba di lokasi itu, APC dipandu Salim bertembung dengan APC ZA9341 yang dipandu Prebet Mat Aznan Awang yang gugur ditembak musuh.
“APC itu tak bergerak, mereka dah bawa arwah dan lain-lain keluar,” katanya merujuk kepada arwah Mat Aznan, terkorban selepas ditembak puak militia menggunakan RPG.
APC ZA9341 yang tidak bergerak itu telah mengelirukan tiga lagi kereta perisai yang mengikut dari belakang termasuk APC yang membawa Leftenan Muda Muhammad Juraimy Aripin yang juga Ketua Platun 3 Kompeni A dalam misi menyelamat itu.
“Ketua Platun berkali-kali mengarahkan 13 Charlie (call sign kereta perisai Salim) supaya bergerak, rupa-rupanya mereka terkeliru dengan kereta perisai arwah yang rosak dan tidak bergerak,” kata Salim.
Buat seketika kereta perisai Salim berada di depan tanpa tiga lagi APC Platun 3 yang mengekori dari belakang sebelum semuanya tiba di lokasi terbabit beberapa minit kemudian.
GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli



Salim dan krew ZA9462 kemudian menemui rumah di mana tentera AS berlindung apabila beliau berjaya mengesan bulatan cahaya biru yang ditanda di hadapan rumah berkenaan.
Berbekalkan “cover fire” (tembakan perlindungan) oleh helikopter tentera AS sebaik menerima arahan bergerak dari ketua platunnya, Salim memecut kenderaan perisainya ke rumah itu walaupun ditembak bertalu-talu oleh puak militia.
“Kereta saya yang pertama dari Kompeni A sampai di rumah itu. Saya terkejut apabila melihat dalam rumah itu ada dua tiga anggota tentera kita dari Kompeni B ada dalam rumah itu dalam keadaan cedera parah bersama tentera AS yang turut parah.
“Depa (anggota Kompeni B) cakap kalau kami tak sampai, depa dah mati kerana musuh sudah kepung rumah itu untuk ambil mereka. Depa sendiri tak sangka akan hidup kerana sudah cedera parah. Depa dok bertahan ketika itu,” katanya mengesahkan ada dua tentera AS terperangkap di dalam rumah itu.
Sebaik mengambil tentera Malaysia dan AS yang cedera itu, Salim memandu keluar APC dari kawasan berkenaan dengan bantuan tembakan udara oleh helikopter AS terhadap musuh.
Salim adalah antara 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Malbatt 1, yang terbabit dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara selepas misi AS untuk menangkap dua pemimpin kanan panglima perang Jeneral Mohamed Farrah Aidid pada sebelah siang 3 Oktober 1993, gagal.
GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli


Dalam misi menyelamat di bawah panji-panji UNOSOM II itu, dua kompeni 19RAMD dari Malbatt 1 menggunakan 32 kereta perisai RPZ Condor dalam pertempuran sengit itu.
“RPZ Condor ni walaupun ia (kenderaan) lama, tapi banyak berjasa,” kata Salim yang mempunyai empat anak dan kini menyara keluarganya dengan mengusahakan chalet di Langkawi secara kecil-kecilan selepas bersara pada tahun 2012 sebagai jurulatih RPZ Condor 19RAMD.
* Ikuti pengalaman Mejar Muhammad Juraimy Aripin yang mengetuai Platun 3 Kompeni A 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers di Pasar Bakara, Mogadishu, dalam siri keempat Menjejak Wira Black Hawk Down dalam BH, esok.
Nota: Bekas tentera Malaysia yang terbabit dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia pada 1993 boleh berkongsi pengalaman dengan pembaca BH dengan menghubungi Azrul Affandi Sobry (019-6623360 atau e-mel kepada bhnews@bh.com.my.

7 comments:

  1. Apa kata, kalau disarankan kepada Riza Aziz buat black hawk down , Malaysian version Hollywood standard.

    ReplyDelete
  2. Askar malaysia la bukan askar melayu.. Ingat malaysia ne ada melayu saja?? Lain kali tulis btul2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro. Ramd memang la melayu. Rejimen askar melayu diraja bro.

      Delete
    2. Lu bodoh x tau apa2 pasal askar malaysia, jgn bercakap...
      Itu askar melayu mmg special corp dlm atm Malaysia...yg paling digeruni masa darurat dulu...
      Ko tau ape ....!!!

      Delete
    3. Wowoo jgn gado😰

      Delete
  3. SAYA TERPANGGIL UNTUK MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI OPS MOGADISHU PADA TAHUN 1993 SETELAH TERBACA LAMAN INI ...PADA MASA TERSEBUT SAYA MASIH LAGI BERPANGKAT PREBET DAN BERTUGAS SEBAGAI PEMANDU KERETA PERISAI CONDOR 4X4...SEBELUM KEJADIAN BAKARA MARKET KAMI SEBAGAI PEMANDU SETIAP HARI PASTI ADA TUGAS YANG PERLU DILAKUKAN DAN SETIAP HARI NYAWA KAMI SEPERTI DIHUJUNG TANDUK KERANA SENTIASA BERDEPAN DENGAN TUGAS YG AMAT MENCABAR ...SAYA MASIH INGAT SEWAKTU MENGANTAR PELARIAN KISMAYU SAYA MELIHAT SENDIRI BAGAIMANA SUSAHNYA MANUSIA HIDUP DALAM NEGARA YG BERPERANG SEHINGGGAKAN AIR MATA SAYA MENITIK SEWAKTU SAYA MELIHAT ANAK KECIL YANG BERLARI MENGEJAR TRUCK DIHADAPAN SAYA SAMBIL MEMINTA AIR DAN APABILA ADA ASKAR YANG MELEMPARKAN AIR ANAK ANAK KECIL YANG SAYA LIHAT ITU ADA DALAM UMUR LEBIH KURANG 4 KE 5 THN BEREBUT MENGAMBIL AIR MINERAL SALAM BOTOL MASA ITU SAYA TERINGAT ADIK ADIK SAYA DIKAMPUNG DAN PADA HARI LAIN SITUASI YANG KELAM KABUT DENGAN MANUSIA YANG LAPAR SEHINGGAKAN ADA KANAK KANAK YANG TELAH MASUK KELALUAN KERETA KEBAL HINGGAKAN ADA DIANTARANYA TELAH DIPIJAK OLEH KERETA KEBAL DAN BERMACAM LAGI ...........SAYA MOHON ADMIN DATANGLAH BERJUMPA SAYA DI MPSPK SUNGAI PETANI UNTUK CERITA LEBIH LANJUT LAGI .............SAYA HISHAM BIN JAAFAR BEKAS 19 REJEMEN ASKAR MELAYU DIRAJA SEDIA BERKONGSI CERITA DENGAN ADMIN.........PADA MASA SEKARANG SAYA SEDANG BERTUGAS DI MPSPK

    ReplyDelete
  4. saya jual burger kt somalia

    ReplyDelete