Pages
▼
Wednesday, April 15, 2015
BILA KHAIRY GESA MAHATHIR INGAT SEJARAH REFORMASI 1998
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kembali sejarah yang berlaku pada tahun 1998 ketika beribu-ribu berhimpun dijalan raya melancarkan 'reformasi' selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
Khairy berkata, ketika itu Tun Mahathir dikecam teruk oleh rakyat serta pemimpin-pemimpin yang menyokong Anwar namun kepimpinan UMNO tidak berganjak untuk memberi peluang kepada beliau buktikan tindakannya adalah benar.
Beliau berharap perkara yang sama dapat dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.
Jelasnya lagi, meskipun ramai pihak beranggapan tindakan Tun Mahathir bakal menghancurkan UMNO namun beliau sangat yakin Najib mampu menyelesaikan isu terbabit tanpa sebarang masalah.
"Kita pernah lalui peristiwa lebih mencabar pada 1998. Ada reformasi dan beribu-ribu orang memenuhi jalanan namun kita bagi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Presiden Umno ketika itu) untuk pulihkan keadaan.
"Hari ini tiada krisis besar seperti era reformasi, jadi jangan takut dan lari dari medan perjuangan, tetaplah bersama kepimpinan (parti dan negara) untuk beri keyakinan kepada rakyat.
"Kalau 1998 (reformasi) kita sudah lepas, kita yakin akan kembali dan melepasi cabaran ketika ini," katanya dalam satu kenyataan selepas perjumpaan bersama Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Sementara itu, Khairy menegaskan dalam pertemuan yang diadakan semalam, Najib telah memberi penjelasan terperinci berhubung setiap persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sebelum ini.
Menurut beliau, pihaknya amat berpuas hati dengan setiap penjelasan Najib dan Pemuda UMNO percaya segala dasar yang dilaksanakan Kerajaan bertujuan membangunkan serta membela nasib rakyat.
"Banyak isu yang diperjelaskan; 1MDB, kes pembunuhan Altantuya, pembelian jet kerajaan, jambatan bengkok, kedudukan politik, ekonomi semasa dan GST. Memang satu penjelasan yang amat panjang lebar sekali.
"Pemuda Umno harap proses pengauditan ke atas syarikat 1MDB dipercepatkan dan jika ada berlaku penyelewengan dan pecah amanah, mereka yang bertanggungjawab perlu terus dibawa ke muka pengadilan.
"Parti tidak boleh terperangkap dalam sindrom penafian (mengenai isu semasa). Penjelasan Presiden amat penting sekali dan seluruh pihak perlu sama-sama memberi penjelasan terperinci mengenai isu semasa.
"Langkah ini amat dialu-alukan," kata Khairy dalam satu kenyataan
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pihaknya sudah bersiap menghantar jentera Pemuda UMNO di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan Rompin.
"Ini bukan krisis...dalam perjuangan politik, kalau tiada ranjau, ia bukan politik. Saya yakin dan percaya selepas penjelasan hari ini dan semangat yang ditiupkan, parti termasuk Pemuda akan buat yang terbaik dalam PRK.
"Bagi Pemuda kami akan bekerja keras untuk PRK dan cuba memenanginya demi parti dan rakyat, insya-Allah," katanya lagi. - UtaraNews.com
mahathir kata melayu mudah lupa....rupanya celup yang muedah lupa....
ReplyDeleteKJ, betulkah kau yang mendapat undi terbanyak didalam pemilihan ketua pemuda yang lepas? Berani sumpah laknat?
ReplyDeleteZaman najib lg byk himpunan.. bingai punya penjilat
ReplyDeletePerlu faham..Najib jadi PM ketika zaman banyak yg nak buat perhimpunan.
DeleteHehe...where are u then kj dear...?
ReplyDeleteKena juga ingatkan Khairi Sejarah orang yg menyerahkan Passport antarabangsa pada Anwar...Budak Oxford yg suruh Dr. M berhenti jadi PM... Sejarah budak tak bekerja boleh buat pinjaman bank... Sokong pun jgn lah jadi bapok...
ReplyDeletesebelum dia pecat anwar..mahathir dah buat perjumpaan dgn semua menteri kabinet dan termasuk anwar juga ada di situ...isu isu anwar dikeluarkan disitu...jadi mereka2 semua dah tau masalah anwar dan setuju dia dipecat...sebab tu pemimpin2 umno menyokong mahathir (bukan memberi peluang)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletepandai la dia punya cakap. tanya pun bermasalah ker? kalu dah rasa itu jawapan, tak apa la. orang akan tanya lagi dan lagi. selagi mereka tak puas hati dengan jawapan, maka orang akan tanya. apa kaitan bertanya dengan penyingkiran anwar. anwar diberi peluang untuk bela diri dalam mesyuarat mt umno. ada juga yang sokong anwar masa tu, sekarang dah jadi naib presiden.
nak kata bodoh memang la kj ni bodoh sejarah malaysia sebab tak belajar di malaysia. ni semua pakat cakap tanpa lihat sejarah. main cakap jer.
KJ jgn lupa segala taik kau salat & duit2 yg kau dah kebas...
ReplyDeleteKJ jgn lupa buku "Hikayat Khairi Jamaluddin : Putera Oxford ke Putrajaya" tulisan Malaysia Today. Sapa nak soft copy aku boleh emel.
ReplyDeleteSampai hati mu panggil dia bapok. .Hu Hu hu
ReplyDelete