Pages

Tuesday, February 10, 2015

KENYATAAN UMNO P.PINANG ISU ANWAR DIPENJARA 5 TAHUN @dzainalabidin @NajibRazak



1. Kes liwat antara Dato Seri Anwar yang di bawa oleh bekas pembantunya yang berlangsung selama 7 tahun telah berakhir. Beliau telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri dan beliau telah menggunakan semua ruang yang tersedia untuknya dalam sistem Kehakiman negara.

2. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan Anwar bersalah seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. Kita berharap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah.

3. Dengan keputusan penjara 5 tahun, Ahli Parlimen Permatang Pauh telah hilang kelayakan dan akan menyebabkan kekosongan di kerusi Parlimen Permatang Pauh; dan pilihanraya kecil perlu diadakan untuk memilih seorang Ahli Parlimen yang baru.

4. UMNO Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah perlu dalam mengadakan persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya PRK di Permatang Pauh sejak Mahkamah Rayuan  memutuskan pada tahun lalu yang Anwar Ibrahim bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Berikutan dengan perkembangan terkini, UMNO dan BN Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh akan terus meningkatkan persiapan dan persediaan jentera parti untuk menghadapi PRK P44.

5. Kita perlu menunggu kenyataan rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum membincangkan perkara-perkara lain susulan daripadanya.


YBhg Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Selasa, 10 Februari 2015

3 comments:

  1. Saya orang Umno...suka berpesan...pada Umno Penang...jangan sibuk dan membesarkan Hal Anwar... biarkan diluput zaman secara alami...Jangan nak jadi hero ..mencanakkan nama..ingat Raykat pasti meluat meluat meluat.. Tumpukan perkara positive untuk politik P Pinang dan kesejahteraan Rakyat...Jangan melatah dgn pembangkang yg akan spin hal Anwar untk emosikan rakyat... Usah peduli langsung..bawa tumpuan rakyat pada isu isu reality..kesejahteraan mereka secara micro dan macro.. Rakyat perlu didikan untuk menilai dan berfikir.. baru emosi tidak bolih digugat gundah gulana tak tentu pasal...Ini teguran ikhlas dari saya...sbb sayangkan Umno..

    ReplyDelete
  2. Dato Seri Pengerusi UMNO PP,

    Kita sedia maklum dan setelah beberpa penialian dibuat kerusi yang dikosongkan bole3h dimeangi dengan mudah oleh BN/UMNO jika tersu meletakkan bekas calun PRU terdahulu, Dr Mazlan Ismail kerana beliau masih mendapat kepercayaan pengundi Permatang pauh dan besar harapan pengikut Anuar akan mengundi beliau kerana tidak ada lagi calun yang layak selain dia samada calun dari BN atau dari Pakatan sendiri.

    ReplyDelete
  3. Sokong anon 8:14pm. Saya amat bencikan DAP, di Pulau Pinang terutamanya. Pulau Pinang perlukan ramai Islam yang betul2 memperjuangkan Islam. Saya amat sedih apabila lebih banyak tokong dan gereja baru telah didirikan, sedangkan di Sungai Nibong untuk dirikan masjid baru perlu kutip derma. Saya sedaya mungkin akan berusaha untuk membantu... IsyaAllah. Diharap ramai yang akan membantu.
    Soal Anwar, ia telah menjadi sejarah jadi, biarkan ianya luput ditelan zaman.

    ReplyDelete