Syabas KHAZANAH kerana membatalkan pertemuan dengan sebuah syarikat yang hanya baru berusia tiga bulan yang mahu menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) .
Siapa Feriz Omar ?? Sepatutnya mereka perlu "menunjukkan terlebih dahulu wang mereka dan siapa penyokong kewangan mereka' sebelum cadangan tersebut boleh diambil kira dengan serius.
Dari mana mereka mahu dapatkan wang ??
Biar lah Khazanah memulihkan MAS melalui pelan 12 perkara yang akan dilakukan mereka . Jentayu tak perlu menyibuk nak membeli MAS kerana jelas Managing Director seperti Feriz tiada pengalaman dalam industri penerbangan .
- Pertemuan antara Jentayu Danaraksa Sdn. Bhd. dan Khazanah Nasional Bhd. berhubung cadangan Jentayu untuk membeli Penerbangan Malaysia Bhd. (PMB) dan menukarkannya menjadi syarikat pajakan pesawat global telah dibatalkan.
Jentayu memberitahu media, ia sepatutnya membentangkan cadangan janji niaga bernilai RM8.75 bilionnya sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang dibebani hutang itu kepada cabang pelaburan negara tersebut pada 5 petang semalam.
Pengarah Urusannya, Feriz Omar berkata, pertemuan itu dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional.
"Kami kecewa kerana masa depan MAS, terutamanya nasib 6,000 pekerja dipertaruhkan," katanya kepada Bernama.
Feriz berkata, Khazanah Nasional tidak pernah memberikan peluang kepada Jentayu untuk menjelaskan cadangan tersebut.
"Sekarang, kami hanya menunggu mereka menulis secara rasmi kepada kami berhubung pembatalan itu," katanya.
Selain menjadikan PMB sebagai sebuah syarikat pajakan global, Jentayu juga merancang menubuhkan syarikat penerbangan baharu, Fly JD, yang akan menawarkan perkhidmatan ekonomi premium di ASEAN.
Kedua-dua entiti itu dijangka mengambil 6,000 pekerja yang akan diberhentikan oleh MAS dalam pelan penyusunan semulanya. -BERNAMA
Jika sudah ada berbilion milion wang sebagai dana nak menyunting syarikat Mas, dan pinangan pula ditolak oleh Khazanah, apa lagi? Gunakanlah wang itu untuk menyunting syarikat penerbangan lain atau mulakan Fly JD seperti dimimpikan... Ambil 6000 orang pekerja Mas yang akan diberhentikan itu. Sekurang-kurangnya, Fly JD dah boleh fly dengan tenagakerja yg sudah berpengalaman. Gunakan kepandaian mereka, bayar gaji yg munasabah, Fly JD akan maju seperti AirAsia. Harus diingat AirAsia bermula secara kecil-kecilan dan setelah mengambil ramai bekas pekerja yg Idris Jala lepaskan melalui VSS, mereka berkembang dengan pesat dan kini bukan saja menjadi saingan tetapi menjadi musuh ketat yang dihormati juga. Maka itu, terbanglah Fly JD. Realisasikan mimpi!
ReplyDelete