Sudah la kalah semalam 2- 1 kepada Vietnam semalam yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia , penyokong Harimau Malaya menyerang dan bergaduh pulak dengan penyokong Vietnam .
Relaks la baru perlawanan pertama , ada lagi 90 minit di Hanoi lagi dan jika pemain tekad mahu ke final , mereka akan mempamerkan aksi lebih baik lagi di sana untuk menebus kekecewaan perit kalah di tempat sendiri .
Bukan sahaja peminat kecewa malah Dollah Salleh sendiri kecewa dengan aksi anak buahnya yang tidak berdisiplin terutama Mahalli Jasuli .
Apapun kita mengharapkan Harimau Malaya akan bangkit semula nanti di Hanoi .
Terus-terang saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain sepanjang perlawanan, namun saya masih yakin memandangkan kita masih ada 90 minit kedua.
“Pemain yang paling membuatkan saya sedih adalah Mahali Jasulli di bek kanan yang sering meninggalkan posisi apabila naik ke atas.
“Saya langsung tidak menjangka Vietnam mampu bermain sebegini baik, malah saya rasa kami cukup bertuah kerana lawan tidak menjaringkan dua atau tiga gol lagi,” katanya, semalam.
Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.
Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang saya terima dan apa yang saya sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.
Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita.
Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.
Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?
Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi.
Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar. These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs.
No comments:
Post a Comment