Pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Sibu ini memang bangang walaupun dirinya bergelar wakil rakyat . Dia tidak faham dan beza antara Sekolah Agama & SJK .
Tahukah beliau bahawa di sekolah agama juga bukan hanya murid di situ berbangsa Melayu tetapi juga daripada kaum India & Cina yang beragama Islam . Ia bukan untuk kaum tertentu seperti didakwanya .
Di mana suara PAS mengenai kebiadapan rakan tahaluf basi DAP ini ??
Kalau dulu Guan Eng di P.Pinang beri memperuntukan bantuan sek agama rakyat bukan main lagi dipuja PAS seperti Khalifah Umar Abd Aziz tapi yang seekor ni mengapa senyap ??
Adakah PAS takut kepada DAP kerana akan jadi mangsa seperti Iszuree Ibrahim kerana kritik kerajaan PP ??
ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) hari ini menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan mengatakan ia bersifat perkauman, mengatakan perkara sama boleh diperkatakan kepada sekolah agama.
"Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam.
"Tapi saya tidak kata sekolah agama bersifat perkauman, hanya sebagai contoh. Tuduhan mereka pada sekolah jenis kebangsaan, bagaimana pula sekolah agama? Kerana ia perkara sama iaitu sekolah yang hanya untuk kaum tertentu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen seterusnya
KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG TERHADAP KENYATAAN YB OSCAR LING (AHLI PARLIMEN DAP SIBU)
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengecam sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh YB Oscar Ling, YB DAP Sibu yang menyatakan sekolah agama menjadi punca pemisah kaum. Kenyataan sebegini, menyebabkan orang Melayu dan Islam akan berasa marah dan tidak tenteram seolah-olah menghina Agama Islam itu sendiri.
Kenyataan dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.Sudah tentu ramai Umat Islam akan terguris terutamanya yang menerima pendidikan di Sekolah Agama.
Sepertimana yang kita ketahui, Sekolah Agama telah melahirkan ramai cendiakawan dan pemimpin yang beribawa serta ramai ahli parlimen lahir daripada Sekolah Agama. Sekolah Agama juga menjadi tunjang untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah terpuji serta mempunyai kredibiliti seorang pemimpin.
Kurikulum di sekolah agama sememangnya tidak dinafikan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, kurikulum di Sekolah Agama juga mementingkan semangat ukhuwah dan perpaduan yang diperlukan di negara yang berbilang kaum ini.
Bagi pihak pemuda negeri, kenyataan BODOH sebegini TIDAK DAPAT DITERIMA sama sekali.
Pihak kami ingin meminta supaya YB Ahli Parlimen Sibu segera memohon maaf dan menarik kembali kenyataan biadap ini. Pemuda negeri Pulau Pinang bimbang akan ada nanti tindakan luar kawalan yang boleh menggugat ketenteraman negara.
RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang
Sebelum ini, DAP melalui Guan Eng dan paknya LK Sial telah sekian lama dimana mencapai sedikit kejayaan dalam kempen membenci Melayu/Islam dengan menyasarkan UMNO sebagai alasan kononnya DAP tidak benci orang Melayu/Islam. Satu dunia tahu bahawa UMNO adalah orang Melayu dan Islam serta UMNOlah yg memahatkan kemas di dalam Perlembagaan mengenai hak keistimewaan Melayu, Raja2 Melayu dan agama Islam. DAP sengaja melaga2kan UMNO dengan parti komponen berteraskan Cina spt MCA dan Gerakan dgn mengungkit isu hak keistimewaan org2 Melayu. Akibatnya org2 Melayu yg kurang sabar telah menimbulkan isu Cina pendatang yg secara langsung menyakitkan MCA/Gerakan yg membalas dengan “menyokong” DAP dalam PRU-13.
ReplyDeleteDAP “menunggang” sementara PAS setelah melihat kelemahan mereka bila berhadapan dengan perlembagaan atau undang2 tubuh negeri spt berlaku semasa perlantikan Nizar (PAS) sebagai MB Perak, DAP ada 17 kerusi sedangkan PAS hanya 6. Orang yang paling sesuai dalam PAS yang boleh “ditunggang” untuk membenci UMNO (Melayu/Islam) ialah Nik Aziz. Powernya Nik Aziz sehingga boleh bahasakan hendak meludah muka Timbalan Presiden PAS kerana mengusahakan perpaduan PAS-UMNO. Nik Aziz telah mengotakan cakapnya “usahkan DAP, dengan syaitan pun dia sedia bekerjasama”. Apa juga yg Guan Eng cakap, Nik Aziz sentiasa menyokong. Guan Eng nak menghalang sambutan Maulidur Rasul, Nik Aziz sokong dengan kata “Negeri Kelantan tidak pernah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul”. Hinggakan dalam isu Kalimah Allah pun, Nik Aziz menyokong DAP. Patutlah Nik Aziz sanggup bersusah payah dari Kelantan pergi ke rumah Karpal Singh dan diraikan dengan kek harijadi, siap dgn lilin diatasnya.
Inilah yang digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk menghentam UMNO (Melayu/Islam). Sebab Nik Aziz sendiri telah berbangga kepada DAP bahawa “tiada satu pun disebut dalam perlembagaan PAS mengenai menubuhkan Negara Islam”. Hj Hadi Awang pula menegaskan PAS tidak lagi berjuang atas landasan menubuhkan Negara Islam dengan hujah sesatnya “Negara Islam tiada disebut dalam al-Quran.
Apa yang dibimbangkan adalah kenyataan pada November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP setiap bulan untuk menjadi jurucakap bagi DAP dalam parti berjenama Islam itu...IB menamakan salah seorang yang dibayar itu adalah Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu (copy/paste).
Inilah yang menjadi kebimbangan DAP Guan Eng yang amat takut Melayu Islam PAS akan berlembut pula dengan Melayu Islam UMNO, yang boleh menghasilkan pemerintahan Melayu/Islam yang kuat tanpa perlu gabungan dengan yang lain. Guan Eng dan DAP takut dengan bayang2 dan niat jahat mereka sendiri. Selama ini, Melayu/Islam UMNOlah yang telah meletakkan semua bangsa menerima hak masing2. Malah Melayu/Islam UMNO rela dengan kuota 30 peratus sedangkan Melayu/Islam berjumlah lebih dari 65 peratus.
1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
Ambillah perhatian dengan pesanan ini…"Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur"
:Petikan daripada buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Itulah amaran dan peringatan seorang negarawan dan Bapa Kemerdekaan Malaysia empat puluh empat tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj!
byk budak sekolah agama ni bodoh sombong..patut pun dipersoalkan..bila sambung belajar kat negara arab..jadi pembunuh atas nama jihad kononya..klu balik pulak jadi penyokong parti isle yg anti kerajaan...memang skolah agam kena dikji balik..jgn nak tunjuk power
ReplyDeleteKenapa mesti PAS? Mana ketua negara kita? Kalau Pakatan Haram sekalipun yg mengemukakan soalan........ketua negara kitala kena bertindak balas. Usah kata ketua negara mana pergi Datoooook Jamil Khirrrrrrr, mana pegi Batoooooook Ibrahemmmmm Ali dan perkosa.......... gilerla malaysia ni apabila MP2 bangang mula mempersoalkan hakikat di Malaysia. Buat Dr. M tq 4 allah sbb panjangkan umur Dr. M untuk melihat acuan Dkk dan krononisme
ReplyDeleteano 853
ReplyDeletemmg tanya pas la bahlol dah korang yg bertahyul siyasi dgn mp dap ni. ni ke hasil tahayul siyasi korg? tahniah. aku pun nak ucap syukur pd Allah sbb panjangkan umur niki ajis utk letak inilah hasilnya bila dendam kesumat pada sedara sama islam tp lain ideology x telerai selamanya.
jentayu