Pages

Wednesday, November 26, 2014

AHLI PEMUDA JANGAN MALU JADI MELAYU DEMI PERTAHAN HAK BANGSA @khairykj #PAU2014




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa ahli pergerakan sayap itu supaya jangan malu jadi orang Melayu kalau hendak menyentuh soal kedudukan kaum itu di negara ini.

"Tak perlu segan bila bercakap tentang halatuju dan masa depan bangsa sendiri. Dan yang paling penting, tak perlu minta maaf dengan orang lain kerana ini tentang kita.

"Kalau bukan diri sendiri yang membela bangsa, nak harapkan siapa lagi?" katanya dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung pergerakan sayap itu di Kuala Lumpur, hari ini. Ucapannya itu bertajuk "Melayu".


Menurut Khairy, perkembangan sejak kebelakangan ini mendorong orang Melayu untuk merenung semula identiti mereka. Proses merenung semula itu, katanya, adalah proses yang biasa dilakukan oleh bangsa yang bertanggungjawab, bermaruah dan progresif.

Dalam ucapan dasar tersebut, Khairy turut menyatakan bahawa Akta Hasutan, sama ada dikekal atau ditambah baik, tidak bermakna kalau rakyat negara ini tidak faham semangat dan halu tuju masyarakat berbilang bangsa.

“Pemuda percaya perlu ada batas dalam setiap nas kebebasan. Apa yang sensitif, apa yang boleh merosakkan pembuluh perpaduan, jangan disentuh sama sekali.

“Tak kira apa akta, apa bylaws, apa kekangan,  perkara-perkara yang sensitif jangan dicanan. Buat apa meniup api dalam sekam semata-mata membangkit kemarahan?

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah perisai tempat berlindung – bukan hanya untuk orang Melayu – tapi untuk semua rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Justeru itu, menurut Khairy, sekiranya Akta Hasutan dipinda atau ditambah baik, yang paling mustahak perlu ada terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelakuan menghasut.

Terma-terma itu kelak bakal jadi pelindung bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi untuk semua kaum lain.

“Jika ada yang melangkaui batas menghina bangsa atau Raja-Raja Melayu, Pemuda mendesak agar mereka cepat-cepat didakwa. Sementelah itu, jika ada yang menghina atau mencerca kaum lain, kita juga harus jadi barisan pertama yang mengasak agar mereka itu dikenakan tindakan! “ tegas Khairy.

Pemuda mahu pucuk pimpinan kerajaan memastikan, kuasa yang ada dalam Akta Hasutan dikekalkan dan jadi perisai untuk semua. Tambah beliau, tanpa perisai itu negara pasti hancur.

Begitupun, menurut Khairy, mengatur hidup dalam arus moden tidak cukup sekadar bergantung dengan Akta Hasutan itu semata-mata, termasuklah dengan setakat menahan diri dari menyoal hak masing-masing.

“Kita mesti mantap pendirian, jadi tiang seri Malaysia yang bersatu. Kita mesti komited dalam mencorak fabrik perpaduan nasional,” ujar beliau.

3 comments:

  1. he..he..KJ cakap begitu... jika beliau bersedia berubah tuntas, kita alu-alukan. Jika keadaan sama seperti sebelum nya, bersiap untuk berundur secara terhormat.

    Jangan malu demi Bangsa, Negara dan Agama.

    ReplyDelete
  2. HAHAHA..TETIBA PENGKHIANAT LIBERAL BOLEH JADI ULTRA MELAYU!!TETIBA SESUMPAH BOLEH BRCKP TTG TANAH REZAB MELAYU YG SEBENARNYA DIBANGKITKAN PERKASA!!TETIBA ANAK OMAK BUANG TABIAT MENGANGKAT PERJUANGAN MELAYU SECARA BERANI!!!HAHAHA..REMBAU MOST WANTED BARU BANGUN TIDO KE???

    KAMI TAKKN LUPA APA YG KJ BUAT SEMASA ZAMAN TUN DOL

    ReplyDelete
  3. Dan orang melayu juga jangan malu berzumba dan mandi ais di pentas bersama dengan barisan kaldai exconya, timbalan dan tidak ketinggalan pembantunya yg pro DAP tue.....

    Itulah yg dinamakan liberal

    Habis rosak pemuda umno di buat nya

    ReplyDelete