Pages

Monday, October 27, 2014

PEMUDA UMNO BIDAS CERAMAH ANWAR DI UM HANYA BERSIFAT PERIBADI @KhairyKJ @BMSPenang @drnovandri




 Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara malam ini bersifat berat sebelah selain menjadi pentas politik peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun pergerakan itu menghormati kebebasan mahasiswa berpolitik, tidak sewajarnya golongan berkenaan dimanipulasi menjelang perbicaraan rayuan kes liwat Ketua Umum PKR itu.
Katanya, pergerakan itu tidak pernah menyekat mahasiswa, malah pindaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1972 adalah cadangan Pemuda UMNO untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik.
"Mahasiswa ada hak untuk anjurkan program berbentuk ilmiah tetapi program malam ini agak meragukan sama ada ia berbentuk ilmiah atau sekadar untuk kepentingan politik peribadi.
"Program malam ini semata-mata untuk menghasut mahasiswa dengan menyampaikan mesej berat sebelah... ini bukan kebebasan bersuara yang sepatutnya, ia cuma menjadi pentas malam sebelum kes perbicaraan peribadi Anwar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.
Diminta mengulas program jelajah Anwar ke seluruh negara bertemakan Rakyat Hakim Negara, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, maklumat yang diterima menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan berbanding 1998.
Katanya, laporan daripada Ketua Pemuda Negeri menunjukkan program itu menerima sambutan dingin selain bukti gambar yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan keadaan berkenaan.
"Kehadiran berbanding 1998 adalah jauh kurang, saya pun rasa rakyat sudah faham kerana ini bukan kes isu negara atau isu rakyat, ini adalah kes peribadi Anwar," katanya

No comments:

Post a Comment