Pages

Thursday, October 2, 2014

JAWAPAN MENTERI AHMAD MASLAN ISU KENAIKAN MINYAK 20 SEN



Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

9 comments:

  1. Menteri nieh terlebih Cerdik dgn angkat diri sendiri..

    Macam mana Orang Pontian boleh pilih Calon Boddoh nieh.. Tak der Orang Lain ker

    ReplyDelete
  2. Kepala butuh lah Ahmad Mazlan dan Najib

    ReplyDelete
  3. En Menteri - kerisauan dan ketakutan rakyat marhean kat malaysia ni bukan disebabkan oleh kenaikan harga minyak. 20 sen tu ciput saja. Yang kami takutkan sekarang ni ialah the 'chain effect' dari kesan kenaikan itu. Kos sara hidup akan melonjak naik.

    Encik Menteri mungkin tak rasa kesusahan ini sebab 'kesusahan keperitan kehidupan' mungkin tak ada dalam kamus en menteri dan sebilangan besaq menteri BN tetapi kepada rakyat marhean sekelian - it is a fact of life and we have to live with it - day in and day out.

    Tolong refer kepada teguran HRH Baginda Sultan Perak kepada Putrajaya mengenai tahap kehidupan rakyat marhean kat Malaysia le ni. Cuba belajaq sikit dari fakta2 yang ditimbulkan oleh Baginda Sultan tu and at the same time you can also asked your colleuge - Menteri Maybank AWO tu - to rechecked back his statement that the average income rakyat dah meningkat ke RM5,900 / month. Advice dia in future jangan keluar statement yang macam ni sebab in nya menjengkelkan kami rakyat marhean kat bumi melaya ni.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju pendapat Ahmad Maslan tersalah sadar,lepas banyak lagi tersalah sasar,,mintak maaflah,kalau betul lah gaji dinaikkan 1000% pung orang akan percaya cakap dia

    ReplyDelete
  5. Macam pukimak punya penjelasan.. Kau ingat yang duduk kat bandar2 ni semua kaya raya ke? Kau ingat orang Kampung je Undi BN?? Bodoh punya orang. Meh sini dok kat tempat aku satu hari nak tengok kau rasa ape.

    ReplyDelete
  6. Susah juga jadi pemerintah ni ..kalau naik sekarang orang islam marah..kalau naik lagi 2 minggu orang hindu marah sebab depavali..kalau naik december orang kristian marah sebab cristmas..kalau naik bulan febuari tahun depan orang cina plak marah sebab kong xi fat chai..kalau naik april tahun depan nanti orang kadazan plak marah..naik bulan jun tahun depan nanti orang indon kat malaysia plak marah sebab indon nak sambut merdeka..kalau naik bulan july tahun depan orang iban plak marah..naik bulan ogos tahun depan orang islam nak puasa plak..naik bulan september plak orang islam marah sebab raya puasa..naik bulan november depan dah raya haji balik..ehh ehh dah setahun pusingan ya..kalau naik setahun sebelum pilihanraya umum memang kalah bn sebab rakyat bengang..kalau tahun pertama menang pilihanraya tak boleh naik nanti rakyat marah sebab rakyat baru sokong bn menang dlm pru..tahun ke 2 dan ke 3 lepas pilihanraya tak boleh sebab dalam setahun tu penuh dengan perayaan nanti pelbagai kaum ni marah..tahun ke 4 lepas pilihanraya tak boleh sebab dah dekat sangat dgn pilihanraya akan datang..nanti rakyat protes..tahun ke 5 lagi la tak boleh sebab confirm pilihanraya..dah tentu rakyat meletup..adui susah ni..masa bila boleh naikkan petrol ni..nampak gaya petrol memang tak boleh dinaikkan..rupa2nya senang lagi jadi pembangkang kat malaysia ni dari jadi pemerintah ya..sebab kerja pembangkang ni senang..cuma membangkang je..lain tak payah fikir

    ReplyDelete
  7. naiknya harga minyak menyebabkan kenaikan harga lain secara berantai. yang tak untung rakyat juga. kerajaan pun tak untung

    namun kenaikan ini memang pasti dalam sistem kapitalis dan sesiapa pun yang memerintah negara dengan menggunakan sistem ini akan sentiasa mendapati kenaikan harga.

    beza antara zaman dahulu dan sekarang...

    dahulu, jika suatu barang naik maka ia juga akan turun pada suatu masa, ini ialah kebiasaan yang berlaku pada pasaran bebas, supply & demand yang stabil

    sekarang, jika suatu barang naik, ia akan terus naik, naik, naik lagi, naik terus tiada penghujungnya. Opss, penghujungnya ialah revolusi yang akan menjatuhkan kerajaan. tak lama lagi, jatuh kot kerajaan kerajaan di eropah dan amerika, diikuti seluruh dunia...

    ntah la

    ReplyDelete
  8. Subsidi yg dinikmati oleh golongan mewah dan berpendapatan tinggi sebenarnya bole disekat..cuma kerajaan jer nak buat ke xnak buat..bukannya jadikn alasan subsidi dinikmati oleh golongan trsebut..

    ReplyDelete
  9. Subsidi yg dinikmati oleh golongan mewah dan berpendapatan tinggi sebenarnya bole disekat..cuma kerajaan jer nak buat ke xnak buat..bukannya jadikn alasan subsidi dinikmati oleh golongan trsebut..

    ReplyDelete