Pages

Wednesday, August 6, 2014

Nak boikot McD tapi tak pakai otak ..inilah kesannya !!





Kenyataan Aqsa Syarif Berhubung Kejadian di Premis McDonalds Dungun pada 5 Ogos 2014:

Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun  boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism)

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif


* Matlamat tak menghalalkan cara....GPB tak sokong cara bodoh dan bertamadun ini..

Nak boikot McD  itu hak diri sendiri tapi tak perlulah ganggu premis itu dan menakutkan pekerja mereka yang berbangsa Melayu Islam kita juga ...

Cuba guna otak la sikit ....jangan la guna nak Israel la sebagai alasan untuk anda nak tunjuk samseng untuk rosakkan premis mereka ..itu bukan Islam ajar..

inilah kesan viral media sosial hingga membuatkan orang turun berdemo dan melakukan tindakan yang melanggar undang2..

Perbuatan puak2 ini memalukan umat Islam !!


35 comments:

  1. Jahil lah mereka ni.

    ReplyDelete
  2. Melayu buat kan??

    Kompom cepat kena tuduhan dan kena hukum!!

    AG TUNGGU APA LAGI???

    ReplyDelete
  3. Itu semua "gencatan" bukan boikot...x lama lagi singgah juga beli properity burger. Semua orang ada ciri2 hipokrit..tahap yg macam mana..?
    Tepuk dada tanya selera..nk makan apa..?!

    ReplyDelete
  4. Provokasi boikot produk yahudi di malaysia ni sbnrnya dibuat oleh mereka juga..mereka cuba merancang secara halus untuk melingkupkan ekonomi kita..ttg Boikot MCD tu mereka dan puak2 mereka yang buat kerana mereka marah sbb ada segelintir pengusaha restoran MCD Malaysia ni org melayu islam dan kebanyakkan pekerja MCD Malaysia adalah org melayu islam..inilah cara halus mereka ini nk menjahanam org melayu islam..ini juga cara halus supaya MCD Malaysia mengurangkan bayaran cukai dan zakat perniagaan kpd kerajaan Malaysia..yang amat menghairankan lg kaum cina india juga turut nk Boikot MCD Malaysia..adakah kita x terpikir yg kaum cina dan india inilah yg nak merampah hak eksklusif org melayu, mereka juga yg menghina agama islam kita dan nabi muhammad kita..provokasi Boikot Barangan Yahudi ini juga dirancang oleh mereka untuk kita LUPA sebentar apa tanggungjawab kita kpd rakyat palestin GAZA..ini pendapat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan nak salahkan bangsa lain jika bangsa kita sendiri ni masih lemah dari pelbagai aspek. Korang pernah tak tengok kaum cina membuat aktiviti yg membuang masa seperti boikot ni tak? Tak pernah kan? Tu krn mereka ada hal yg lebih penting utk ditangani. Seperti BEKERJA. Yg boikot memboikot ni siapa yg paling aktif sekali? Golongan kita yg MALAS NAK CARI KEJE tu jugelah. Aku bukan nak sokong org Cina ataupun India tapi aku sendiri ada ramai kawan baik bangsa ni. Kadang kala aku tengok kerajinan mereka dibandingkan dengan kaum Melayu kita ni, aku rasa segan. Buka lah minda. Jangan berfikiran sempit dan rasis.

      Delete
    2. Cakap tak berlapik. Kau nak provokasi sentimen kaum lain ke? Cermin diri dulu.

      Delete
    3. Awak betul dan bijak Anonymous

      Delete
  5. itu yang dinamakan bodoh tidak bertempat. kalau cerdik, mereka faham apa definisi BOIKOT. boikot ialah menjauhi, memulaukan dan tidak berurusan. jadi apa jadah pulak kempen boikot menjadi demonstrasi? bijak pandai mana yang menjadi kepala boikot cara bangang ini? cuba fikir sekali lalu, apa salah yang dilakukan oleh mcD dungun tersebut? adakah mcD dungun berkempen bunuh anak2 palestin? sudah tentu tidak. maksud boikot mcD ialah langsung tidak berurusan, tidak membelanjakan walau sesenpun duit di mcD serta berusaha keras menjauhinya. tujuannya ialah supaya mcD malaysia akan terkesan dari segi keuntungan dan pusingan modal sehingga kemungkinan mcD malaysia terpaksa ditutup. (mcD menyumbang beberapa % keuntungan dan yuran tetap kepada mcD amerika dan akhirnya ke israel). merosakkan premis mcD sepertimana yang berlaku di dungun sangat salah dan lari daripada tajuk asal boikot tersebut.

    ReplyDelete
  6. orang yg mcm Dr. ni lar yg menyebabkan Islam lemah... kita dah tenggelam timbul boikot McD ni... dah bertahun2 lamanya... setiap kali Zionist bom Palestin, afalah mamat2 ni pergi buat bising boikot sana sini... HEY Dr. and many ppl like you... cari lar permanent solution, jangan lar boikot suam2

    ReplyDelete
  7. Cer buat kat kedai cinabeng yang kurang ajar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jangan kurang ajar juga. Kalau takda cinabeng korang ingat korang tu ada keje tak? B.O.D.O.H!

      Delete
  8. boikot konon...PHUII HRARHHH TUIH!
    bodoh dan memang takde otak orang Dungun. Malu Aku!
    Tak sedar diri! tengok dulu la weii kat badan korang!
    tengok dulu kat keliling rumah, dalam rumah korang!
    bersepah korang guna benda Yahudi!
    boleh dikatakan bersepah antara korang yang guna FB!
    boikot kununnn!

    ReplyDelete
  9. sapa yg dah terkenal dgn rusuhan jalanan nih...

    ReplyDelete
  10. tiga suku betul la puak puak ni....drp pada dok melalak cam tu baik la berenti hisap rokok, brenti main tablet dan brenti jadi manusia

    ReplyDelete
  11. Aku .makan burgerdel je. Buat sendiri je. Lg sodop.

    ReplyDelete
  12. apa masalahnya kalau goncang pintu restoran mcd tu..salah ke nak pecahkan cermin restoran tu.. bumi palestin dah lebih hampir 50 tahun yahudi laknat ni goncang.. dah berapa banyak kepala islam palestin dipecahkan..pada aku bakar je terus pun xpe mcd tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp awak tak rase ke tindakan yg awak nak ambik ni boleh mendatangkan kemudaratan pade org yg bekerja kat situ.. cube plak fikir kalo family awak yg bekerje kat situ... ape perasaan awak?! Nak boikot.. itu pilihan masing2.. tp fikir la jugak org2 yg bekerje kat situ... yg cari rezeki kat situ... haihh...

      Delete
    2. Kesian dia tu... tak tau reti BOIKOT... Kalau nak main pecah main bakar apakata lagi bagus awak turun pergi berperang... lg ada hasilnya... budu...

      Delete
    3. Ni bongok sorang lagi cakap pakai kepala lutut. Kau berkobar sangat permission berjuang bantu palestin. Jangan nak bakar benda2 kat sini.

      Delete
  13. cakap dengan cermin.

    ReplyDelete
  14. orang suruh boikot saja..bukan buat lebih-lebih...pakai otak la sikit..sampai nak rosak dan ganggu pekerja tu buat apa...aqsa syarif harus bertanggung jawab...

    ReplyDelete
  15. Bodoh sungguh...ingatla sumbangan mcd dlm kebajikan dan sumbangan dlm ekonomi..lebih2 lg pkerja disitu bukan nya org israel..org melayu kta juga..kan dh myekat periuk nasi dia org...bukan nya israel tkesan pun oii dgn tindakan samseng mcm tu..merugikan org2 kta sendiri oiii...nak bantu gaza tp org sendiri yg disusahkan...hipokrit nyerr...malaysia boleh..

    ReplyDelete
  16. Kalau u takda undang2 baru u ada hak nak ckp okay. Kalau kita bakar mcD sekali pun kita takkan mampu nak bina balik kerosakkan bangunan mereka di Palestin. Bahkan kita takkan dpt ganti balik nyawa-nyawa yg terkorban. Jadi, doa kepada Allah semoga Palestin bebas dari serangan Zionis sudah cukup kalau kita tak mmpu nak bg duit utk dorang. Lagi diredhai Allah. Bercakap senang. Tp cukup kah sembahyang 5 waktu kita?

    ReplyDelete
  17. Masalah negara serta sosial sendiri masih tak terurus, nak menyibuk dengan hal Palestin plak. Memang mentaliti mundur ala perkampungan. Buat malu kaum Melayu je.

    ReplyDelete
  18. i was there.
    tiada vandalisma.
    kalau ada, sertakan bukti. sertakan gambar. kalau ada vandalisma, kenapa bukan gambar vandalisma yang disertakan, but this picture?

    hanya ada beberapa budak sekolah datang, goncang pintu, lempar batu. ada peserta perasan, mereka kena marah. then perhimpunan diteruskan.

    itu je.
    kalau tak pergi sana, jangan menokok tambah cerita.
    akhir2 sekali, mcD ni jugak yang diback up.
    oh please, melayu ni kadang2 kena radikal. kalau tak sampai mati pun asyik nak 'layu' je.

    nak hukum, hukum atas kesalahan yang dibuat. bukan yang diada-adakan, yang dibesar-besarkan!

    tipikal melayu tu adalah korang, korang dan korang.
    bercakap tanpa selidik dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lempar batu bukan vandalisme ke...dah buat x mengaku pula...betul2 melayu...

      Delete
  19. Assalam.

    1. Saya selaku saksi situasi di perkarangan Mcd berkenaan menolak dakwaan bahawa terdapat aktiviti keganasan berlaku di premis berkenaan. Tak ada caci maki pun terhadap pekerja Mcd. Namun mungkin ada ucapan berbaur kasar dan sarkastik yang tidak dianggap kritikal dalam budaya orang Dungun. Dan memang ada beberapa remaja mendekati pintu McD berkenaan tetapi tidak pula mengasari dan menakut-nakutkan pekerja. Mereka ini disuraikan dan keadaan kembali terkawal. Pihak Polis juga ada di sekitar dan hadapan McD berkenaan. Kalau berlaku insiden keganasan seperti yang didakwa oleh Aqsa Syarif, sudah pasti ada yang ditangkap atas alasan tersebut.

    2. Saya sempat bertemu dengan penganjur flashmob berkenaan dan cuba mengambil maklumat daripada beliau. Mengikut perancangan kempen ini, flashmob sepatutnya diadakan di laluan pejalan kaki berhadapan McD dan kawasan lapang berhadapan Pasar Buah Dungun secara aman bagi menarik perhatian pengguna jalanraya. Kawasan berkenaan memang sering dijadikan kawasan untuk aktiviti flashmob sebelum ini.

    3. Walau bagaimanapun, peserta semakin ramai apabila pengguna jalanraya tanpa disangka-sangka turut berhenti untuk ikut serta menyebabkan ramai membanjiri di perkarangan premis. Saya sebagai saksi situasi tersebut pasti bahawa ramai yang membanjiri di kawasan berkenaan tidak tahu akan perancangan sebenar daripada penganjur.

    4. Penganjur memaklumkan bahawa beliau telah meminta kebenaran, nasihat dan bantuan kawalan daripada pihak Polis. Bahkan beberapa orang wartawan bersama-sama pihak Polis dengan kereta peronda lebih awal datang ke kawasan tersebut, iaitu sekitar jam 4 petang. Beberapa Polis trafik juga dilihat sedang mengawal lalu lintas.

    5. Penganjur memaklumkan beliau sedikit kesal atas beberapa insiden kecil yang berlaku. Penganjur juga memaklumkan flashmob tersebut cuma bertujuan menyampaikan kesedaran kepada orang awam supaya memanfaatkan kuasa pengguna, bukan kuasa fizikal atau lisan. Apatah lagi menyerang premis. Ditegaskan bahawa maklumat pekerja diherdik dan dikasari adalah tidak benar dan fitnah.

    6. Penganjur tidak mewakili mana-mana pertubuhan dalam flashmob ini.

    - Kenalan penganjur.

    ReplyDelete
  20. Tengku Irfan Firdaus SyahAugust 7, 2014 at 7:49 AM

    Tak leh nak salahkan kaum lain melihat kita dan berasa meluat kerana kebodohan masing-masing. Sama juga seperti yang mengomen kan sini. Memang ketara sekali bangsa jenis jahil dan rasis. Apa yang hebat sangat dengan Melayu kita ni ha? Apa yg kita dapat selama ni adalah sedekah kerajaan kpd kita. Masih tak sedar diri ke yg bahwa yg tak berkemampuan disini adalah bangsa MELAYU. korang tengok cina di luar sana? Ada tak korang nampak mereka terpekik-pekik mcm org hilang akal diluar sana? Boikot sana boikot sini? Ada tak? Takde kan?! Kerana mereka lebih rajin BEKERJA drpd membuat keje2 yg tak berfaedah seperti ni. Aku malu lah tengok Melayu kita ni. Apa segala jua masalah kita, kita sentiasa nak tuduh bangsa lain walhal bangsa kita sendiri yg bermasalah sebenarnye. Sikap pemalas dan sambilewa tu adalah kelemahan utama kita. Renung renungkan lah

    ReplyDelete
  21. Hangat hangat taik ayam je nieeee.....!!

    ReplyDelete
  22. boikot biarlah dengan car berilmu... bukan dengan nafsu... apalah diaorg nie... kbykan yg kje mcd nie melayu... n ada frncais yg nak ambik pekerja oku?????? kat mcd bpe org oku yg kje....?? mata nie pnh npak pkja oku ditrma bekerja di mcd... so jgnlah disbabkan ia terlbat dgn israel krng hlng nilai kemansiaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju..lempar batu kat premis mcd tak mendatangkan kerugian kp isreal.kp org kita ada la

      Delete
  23. Kepada umat Islam yang masih bekerja di bawah syarikat2 atau menjual produk2 yang menyumbang dana kpd rejim Zionis, sila lakukan tanggungjawab anda dan jangan jadikan diri anda boneka mereka utk mengelak dari diboikot!

    Bumi Allah ini luas..yang memberi rezeki itu adalah Allah dan Allah tidak akan pedulikan orang2 yang tak pedulikan urusan umat Islam lainnya!

    Ingatlah! Keuntungan di akhirat itu lebih tinggi berbanding keuntungan di dunia yang hanyalah sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh...sembang kuat...awak bagilah keje kat dorang...ingat company awak punye ke nak hire dorang keje...dasar melayu kolot..

      Delete
  24. boikot fon android milik yahudi tu

    ReplyDelete