KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
BERKAITAN PROGRAM MUZIK DAN DRAMA ‘THE KITCHEN’ ANJURAN GEORGETOWN FESTIVAL PADA 22 OGOS 2014
Pergerakan Pemuda Negeri kecewa apabila dimaklumkan berkenaan program Muzik dan Drama anjuran Georgetown Festival ini yang akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini.
Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah menetapkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Negara dan negara serta seluruh Rakyat Malaysia masih bersedih dengan kejadian MH 17. Persiapan yang amat rapi sedang dijalankan untuk menerima dan menyambut jenazah rakyat kita pada hari tersebut.
Amat Malang sekali apabila kami dimaklumkan bahawa Prog Muzik dan Drama ini akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini tanpa menghiraukan perasaan dan emosi keluarga penumpang dan krew nahas kejadian.
Alasan bahawa tiket telah dijual tidak dapat diterima sama sekali memandangkan penganjur masih berpeluang untuk memulangkan semula wang peminat Muzik dan Drama ini.
Georgetown Festival ini adalah satu program dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan rakan strategik utama kepada program ini.
Rakyat Pulau Pinang harus tahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat sidang media menyatakan kesedihan terhadap keluarga mangsa nahas MH17 sebelum ini tetapi pada masa yang sama tetap degil untuk meneruskan acara Muzik dan Drama pada 22 Ogos ini.
Ini sekaligus menunjukan bahawa Kerajaan Negeri ‘cakap lain, buat lain’. Walaupun kami difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menghadiri program ini tetapi ini masih tidak memadai selagi mana program ini masih diteruskan
Pemuda UMNO Negeri mengecam dan mendesak agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang segera membatalkan program ini bagi menghormati Hari Berkabung Negara yang telah di umumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.
Selain daripada itu, program ini perlu dihentikan bagi menghormati perasaan dan emosi keluarga mangsa nahas tragedi MH17 yang bakal menerima jenazah orang kesayangan mereka.
.....Al Fatihah kepada mangsa nahas MH17
Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Pemuda UMNO sama bingai macam Presiden UMNO. Ini anjuran CIMB Bank. Sejak bila DAP merupakan pemegang saham CIMB. CIMB adalah adik kesayangan Presiden UMNO. Berpolitiklah cara cerdik wahai Pemudi UMNO.
ReplyDeleteCIMB kan?
ReplyDeleteSalahkan adik Najib le!
anwar haram jadah pulak nak buat, konges pkr esok jugak. orang dok simpati kat mh17 & gaza, anwar sibuk2 nak bubuh bini dia jadi mb. lantik pompuan jadi mb nenongkah sunnah nabi.
ReplyDeleteKorg ni..x siasat dulu ke sblm kuar statement..tahu x..antara vvip yg hadir tuk event ni smuanya org umno..xda sorg pun dr dap..delete je la statement2 cmni sblm korg digelakkan..
ReplyDelete