Pages

Wednesday, July 16, 2014

ZAHID BONGKAR DALANG UTAMA PENGGANAS CEROBOH PULAU MABUL !!!




Kementerian Dalam Negeri mengesahkan penglibatan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dalam insiden penculikan dan pencerobohan terbaharu yang berlaku di Pulau Mabul, Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Nur Misuari melakukan serangan tersebut dengan menggunakan kumpulannya sendiri selain turut dibantu oleh beberapa kumpulan lain.

Katanya, motif perbuatan itu ialah bagi mengumpul dana untuk membentuk pasukan tentera upahan.

"Dalam hal ini, kita mengetahui Nur Misuari tidak mendapat sokongan dalam proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina bagi pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.
"Justeru, dia (Nur Misuari) cuba mendapatkan semula pengaruh di selatan Filipina dan menggunakan taktik menculik bagi mendapatkan dana daripada tebusan semata-mata untuk menghidupkan semula pasukan tentera upahannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis berbuka puasa bersama warga kementerian di Masjid Al-Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Khalid Shariff; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan Nur Misuari tetapi tidak menolak dia bersekongkol dengan mana-mana pihak dalam Kesultanan Sulu.

Katanya, tindakan Nur Misuari itu bertujuan mengambil alih Sabah malah dia cukup berkeyakinan agendanya itu akan berjaya.


1 comment:

  1. Yang pasti ialah Abu Sayaf . Sepatutnya UMNO bayar ganti rugi kpd Misuari kerana tanggapan yg salah.

    ReplyDelete