Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.
Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap penceroboh menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.
Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.
Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian.
Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya peraturan itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli. - UTUSAN ONLINE
*** GPB berharap kerajaan terutama Menteri bertanggungjawab iaitu KDN & Pertahanan perlu tegas . Kalau Panglima TLDM dah bersuara , tolong jalankan tanggungjawab anda.
Rakyat boleh bersatu memberi sokongan moral tapi kalau nak tembak pengganas dahulu pun tak boleh , bagaimana nak pertahankan negara .
Kita sekarang bukan berdepan penceroboh biasa tapi PENGGANAS seperti komunis . Membunuh anggota keselamatan kita ibarat kejayaan besar mereka mencalarkan imej negara.
OoOooo...rupe nya selama ni tokleh tembak ekkk !.....nak tembak kena tunggu MEMO dolu ekk !!
ReplyDeleteIni undang undang paling bangang dan bangsat sekali dlm dunia..da terang terang itu pengganas bersenjata..takkan nak bersalam dulu pastu baru nak tembak!!!
Delete