Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan akan melihat kedudukan negara dalam perkembangan di Ukraine secara lebih terperinci berikutan nahas pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di sempadan negara itu dan Russia.
Beliau berkata, pucuk pimpinan bersama pasukan keselamatan akan menilai dan mengkaji situasi (keselamatan) di Ukraine dengan lebih mendalam.
agak mengejutkan, kerana ia sesuatu yang tidak dijangka apabila negara perlu melihat kembali situasi ini (perkembangan keselamatan di Ukraine)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2014 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, sebentar tadi.
Dalam pada itu Hishammuddin turut mengesahkan laluan yang digunakan pesawat MH17 merupakan laluan yang dibenarkan dan bukan seperti didakwa laluan itu dilarang untuk laluan penerbangan.
Dalam pada itu Hishammuddin turut mengesahkan laluan yang digunakan pesawat MH17 merupakan laluan yang dibenarkan dan bukan seperti didakwa laluan itu dilarang untuk laluan penerbangan.
"Saya difahamkan Thai Airways turut melalui laluan terbabit dan selepas insiden (nahas MH17) pesawat MH3 turut melalui laluan yang sama. Tidak timbul isu pesawat melalui laluan yang tidak dibenarkan," katanya.
** kalau flight Presiden Russia serta penerbangan yang lain masih lagi menggunakan laluan berkenaan , ini bermakna ia selamat . Cuma nasib tidak menyebelahi MH17 .
Al fatihah ...
No comments:
Post a Comment