Pages

Saturday, June 28, 2014

TUDIA !! TUN M NAK KELUARKAN MODEL BARU PROTON SAGA 3 TAHUN DEPAN !!



Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama dengan Berita Harian berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai ‘Saga 3’ bakal dilancarkan tahun hadapan. Saga 3 akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi.
Tambah beliau lagi, Proton akan cuba mempercepatkan proses pembangunannya dalam masa setahun, walaupun pada kebiasaannya 3 tahun untuk membangunkan model baharu. Saga 3 akan berkongsi platform dengan Proton Global Compact Car yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 
Mungkin juga Saga 3 adalah versi sedan Proton Global Compact Car sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar lain sebagai contoh Ford Fiesta sedan/hatchback dan Volkswagen Polo sedan/hatchback.
Proton SAGA generasi kedua sudah terlalu lama dalam pasaran dan sudah sampai masanya ia perlu digantikan dengan model baharu sepenuhnya dengan rekaan, enjin dan spesifikasi yang lebih baik. 
Mahathir turut memberitahu mengenai model terbaru Proton Perdana, yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan. Model tersebut akan berasaskan model generasi ke-8 Honda Accord, namun dengan perubahan yang ketara dan berkemungkinan enjinnya akan ditala semula oleh Proton.
Proton Perdana baharu nanti akan berbeza sepenuhnya dengan Honda Accord dan Proton tidak akan mengeluarkan model rebadged pada masa depan. Proton juga sedang mencari rakan strategik asing selain dari Jepun dan masih lagi belum memuktamadkannya. Dikhabarkan Proton akan bekerjasama dengan Geely untuk meluaskan pasarannya di China dan mungkin membangunkan model berasaskan rekaan Geely. sumber 

2 comments:

  1. pertama kali bawak saga generasi ke 2, still rasa mcm kereta murah. model yg 1.3. gegar sana sini. kemasan dalam mcm kereta murah. harap dpt ditingkatkan dalam generasi ke 3 nanti. sibbaik mention pasal ford fiesta hatchback sbg tandingan. masa kt obersea dulu biasa bawak ford fiesta, rasa puas. x mcm kereta murah. moga dpt dijadikan cabaran. x kisah pun kalau harga mahal, tapi kualiti setanding kereta luar (ford fiesta). utk makluman, kt obersea dulu, ford fiesta adalah dlm kategori murah. sewa boleh dpt sehari RM100, termasuk insurance.

    ReplyDelete